Akhirnya saya dapat berjumpa juga seorang makcik yang dapat memberi saya resepi memasak pucuk maman bersama petuanya sekali.Full package.
Diringkaskan cerita,berjaya juga saya melengkapkan resepi saya,ayam masak pucuk maman.Namun di sebalik itu ada 2 kelemahan yang dapat di kesan.Rasanya terlebih masam,mungkin terlebih asam keping dan daging ayamnya agak hancur mungkin kerana ayam tak terlalu sesuai.
ayam...bermacam ayam..ayam daging,ayam kampung...
Alhamdulillah,saya dapat jalan penyelesaian kepada daging ayam yang agak hancur bila sudah selesai di masak. Pencen pun pencenlah......
Pengajaran 1:
Jangan pandang sebelah mata pada kejadian Allah.Walaupun hanya pada seekor ayam yang sudah pencen bertelur.
Berbalik kepada cerita pasar tani,saya sebenarnya ingin mencari bahan mentah untuk memasak pucuk maman buat kali kedua.Kali ini bercadang untuk di masak dan di jadikan juadah berbuka puasa di kampung.Kebetulan kakak ipar saya juga penggemar masakan pucuk maman.Apa kan daya,pucuk maman yang di cari pucuk pegaga yang dapat ku jumpa….
Akhirnya juadah berbuka puasa versi dan ala kampung,isteri saya yang menjadi chief dan saya hanya mampu menjadi ‘food tester’nya.
Di sebalik itu pula,dengan adanya lebuhraya perjalanan dapat di mudahkan dan agak selesa.Memang itu tugas pentadbir sesebuah Negara atau negeri tak kira besar atau pun kecil.Namun sayang sekali,dengan kadar tolnya yang tinggi agak terbeban juga bagi sesetengah pengguna.Saya lebih rela memandu melalui jalan raya biasa,dan kadar tol yang patut saya bayar itu saya gantikan untuk menafkahkannya pada keluarga saya.
Pengajaran 2.
Setiap orang mempunyai tanggungjawab,dan tanggungjawab itu akan di Tanya di Akhirat kelak.
Saya tiba di kampung mertua saya hampir waktu zohor.Masjid Sg Bagan agak ramai jemaahnya memandangkan hujung minggu dan jatuh pula cuti umum Hari Kebangsaan.Ramai orang yang mengambil kesempatan cuti panjang untuk pulang ke kampung.Waktu asar pun begitu,jemaah tetap ramai tak seperti hari hari biasa.Selepas solat asar ada tazkirah ringkas yang saya rasa agak menarik penyampaiannya.Tajuk berkisar amalan pada bulan Ramadhan,di sampaikan pulaoleh seorang yang amat saya kenal perwatakkan dan latar belakangnya.
Sedikit saya kongsikan :
Puasa bulan ramadhan bukan sahaja menahan diri dari perkara perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum tetapi wajib juga menjaga perkara perkara yang mengurangkan atau membatalkan pahala puasa.Banyak contoh yang boleh di senaraikan antaranya mengumpat,mencerca orang,menipu,memfitnah,tidak menjaga pandangan,membuat perkara sia sia dan bermacam macam lagi.
Ustaz juga menceritakan,salah satu sunnah Nabi SAW adalah memberi tazkirah selepas Asar.Kerana asar ini adalah permulaan waktu sebahagian maksiat bermula.Biasanya selepas asar ini,orang ramai telah selesai waktu bekerja dan menuju pula ke destinasi tertentu.Jadi kalau peringatan tidak di beri,maka selepas asar sesetengah orang akan pergi ke tempat tempat maksiat yang akhir akhir ini semakin bertambah bilangannya,hatta pada Bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.
Pengajaran 3.
Jangan jadi seperti orang yang di ceritakan oleh Nabi SAW yang puasa dihujungnya hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Hari ahad saya balik pula ke rumah orang tua saya di Muar.Di sini.budaya tradisi semenjak saya kecil,bila tiba bulan puasa masyarakat di kawasan kampung saya dan persekitarannya ada mengamalkan budaya ‘munjung’.Di mana di sediakan makanan biasanya nasi impit,lodeh,sambal kacang dan ayam berlauk lalu akan di sedekahkan pada jiran terdekat.Kalau dulu juadah di isi di dalam mangkuk tingkat atau ‘tepen’ tapi sekarang zaman dah agak maju,bekas plastik menjadi pengganti,istilah orang sekarang ‘tipuware’ mengambil sempena nama ‘tupperware’ tiruan.
juadah mangkuk tingkat...
Budaya ini amat menarik kerana tuan rumah akan membalas ‘punjungan’ kita mungkin pada hari yang lain.Dan biasanya juadah akan di agih agihkan sebelum atau sesudah asar.Jadi sudah tidak perlu lagi menyediakan juadah untuk hari itu.Mungkin ada sesetengah tempat,'munjung' di buat pada pagi raya.Nampak sama tapi tidak serupa.Kerana fadhilat Ramadhan mungkin tak sama dengan Fadhilat Syawal.Wallahua’lam.
Pengajaran 4.
Bulan puasa ummat Islam di galakkan memberi juadah berbuka kepada jiran,tak kira jiran itu kaya atau miskin.Biasanya kita di galakkan untuk membantu golongan fakir miskin,namun bulan puasa khas,kita di galakkan memberi juadah berbuka kepada jiran tetangga.
Saya sampai kembali di Senawang pada petang isnin selepas waktu asar.Masa terlalu suntuk untuk memasak sebelum maghrib.Jadi saya ambil keputusan untuk pergi ke Bazar Ramadhan mencari sesuatu untuk di buat juadah berbuka.Walaupun situasinya tetap sama seperti tahun tahun lepas,namun apa yang saya perhatikan harga makanan agak berbeza kalau hendak di bandingkan.Sekeping martabak daging yang hanya sesuai menjadi santapan berbuka untuk seorang sahaja berharga RM4.Bagaimana kalau sebuah keluarga di bandar yang rata rata mempunyai 4 atau 5 orang ahli.Jumlah yang agak besar perlu di belanjakan hanya untuk 1 jenis juadah.Perlu di fikir fikirkan......
Murtabak daging...antara menu tetap Bazaar Ramadhan
Pengajaran 5.
Walaupun masa agak mencemburui kita,rancanglah dengan betul.RM20 yang kita belanjakan di Bazar Ramadhan tak sama nilainya dengan RM20 yang kita belanjakan untuk membeli bahan mentah di Pasar Basah.Barokahnya juga jauh berbeza.
"obseRve n React......"
asam garam yang mewarnai kehidupan
"Jom gamatkan Tadarus Al Quran"
3 comments:
pucuk maman? gapo dio tu wak? 1st time dgr... :D
pucuk maman sejenis tumbuhan melata.agak pahit rasanya dan sesuai jgk kalo nak di buat ulam.den pun x tau ado tumbuhan jonis ni kek mesia.den dok nogori baru tau n jumpo.ayam masak pucuk maman ni ala2 msk lomak cili api tapi versi koring.podeh n totap berapi....
owh.... tq 4 d info. nanti tunjuk gambar aaa.. ::teringat2 gulai lomak daging salai pilah... yum yum...::
Post a Comment