Tuesday, September 15, 2009

.....HiDe n SEek.....

.:Madrasah 25 Ramadhan:.

Sana sini dah bunyi mercun,
Bazaar Ramadhan dah mula meriah,
Sepuluh terakhir ni lah kita nak pulun,
Melahir jiwa yang ditarbiyah.

Hampir raya barang naik,
Itu lumrah perkara biasa,
Kita dilatih berbuat baik,
Itulah madrasah bulan puasa.

Bulan syawal hampir menjelma,
Bulan Ramadhan hampir berlabuh,
Sebanyak mana amalan di jana,
Semoga 11 bulan berdiri teguh.

Sedih bukan sayu pun bukan,
Manusia ini mudah lupa,
Berbuka makan sahur pun makan,
Zakat fitrah jangan alpa.

Apa khabar puasa kita tahun ni?

Khabar puasa saya? ...Wallahua`alam.

Doa saya..."Semoga kita terus mendapat kekuatan untuk menyempurnakan ibadah puasa kita sehingga selesai. "

Hidup ini kan 1 perkongsian......

Bertempat di surau Al Amin Tmn Rose Mewah,Senawang N9 telah berlangsung majlis berbuka bersama Ulama pada hari ahad yang lepas.

Ulama jemputan khas : Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makki

Wajah Ulama tersohor Nusantara....

Kuliah dan tazkirah Ustaz Nuruddin pada malam itu di mulakan setelah selesai 6 rakaat solat sunat Tarawih.

Pelbagai aspek dan sudut ilmu yang telah di kongsikan oleh Ustaz pada malam itu.

Antara yang menarik adalah pengkisahan semula riwayat hidup seorang tabiin di zaman khalifah Ummar al Khatab iaitu Uwais al Qarni.

Sebelum itu…

Pernah tak mendengar nama Uwais al Qarni??

Saya tak pasti apa jawapan pembaca,namun bagi saya sendiri,itulah pertama kali mendengar namanya.Jenuh jugaklah memasang telinga malam itu takut tersalah dengar.Pagi ini baru sempat mencari ejaan sebenar nama tersebut…

Alhamdulillah…Allah masih memberi nikmat pendengaran yang jelas….

Beliau adalah seorang tabiin yang zuhud dan tinggal di Yaman.Kezuhudannya sehinggakan beberapa rombongan kafilah dari Yaman yang sampai ke Makkah berasa hairan mengapa Saidina Ummar r.a sering menyebut-nyebut dan mencari cari siapakah gerangan pemilik nama tersebut.

Sehinggalah Saidina Umar r.a berjumpa sendiri dengan Uwais al Qarni di Arafah yang ketika itu Uwais sedang mengembala binatang ternakan kafilah dari Yaman.Pakaiannya yang bertampung tidak menggambarkan beliau seorang yang perlu di beri penghormatan khas.Namun atas wasiat dan petunjuk dari Rasulullah SAW,Saidina Umar r.a dan Saidina Ali kw meminta Uwais mendoakan supaya mereka mendapat keampunan Allah.

Bukan calang calang orang Uwais al Qarni ini.....

Begitulah kejadian Allah SWT........

Kata ustaz Nuruddin :

"Ada wali Allah yang merasa dirinya hebat dan orang lain juga menganggapnya hebat.
Ada wali Allah yang merasa dirinya hebat tetapi orang lain tidak menganggapnya begitu.
Ada wali Allah yang merasa dirinya tidak hebat tetapi orang lain menganggapnya hebat.
Ada wali Allah yang merasa dirinya tidak hebat dan orang pun tidak 'perasan' di mana kehebatannya. "

Namun apa jua hakikat,itulah kisah Uwais al Qarni.

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang- orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (QS. Yunus : 62-63).

Tambah ustaz lagi :

"Ibadah solat bisa mengundang riak dalam diri kita.
Ibadah sedekah bisa mengundang riak dalam diri kita.
Namun puasa yang menyebabkan mulut berbau busuk tidak bisa mengundang riak dalam diri kita. "

Mengapa ya?

Kerana puasa melatih kita supaya belajar di atas kesusahan.
Adakah kesusahan itu ada bersangkut pauk dengan riak.Jauh sekali kan….

Begitulah Allah Menyusun langkah hidup kita…….

....merenung dan mengamati ciptaan Illahi

Sejenak,saya mengajak kita semua merenung seketika….

Pernahkah terdetik/terlintas/terfikir untuk kita risau tentang agama dan amal ibadah kita ??

Cuba renung kisah yang saya ‘kutip’ dari bayan asar jemaah tabligh di surau Tmn Desa Ixora baru baru ini:

Suatu hari Nabi Sulaiman tercari cari burung hud-hud yang memang kebiasaannya bertemu dengan Baginda.Namun hari itu burung hud-hud agak lewat sampai.Akhirnya muncullah burung hud hud dengan membawa satu perkabaran penting.

Burung hud-hud menjelaskan perihal keterlambatannya karena mencari berita tentang adanya seorang wanita yang menjadi pemimpin suatu negara dan dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar.

Negara itu adalah kerajaan yang besar bernama Saba dan di pimpin oleh Ratu Balqis.Kerajaan yang di pimpin oleh Ratu Balqis ini dilaporkan oleh burung hud hud menyembah selain dari Allah swt.Lalu Nabi Sulaiman memberi perutusan kepada Ratu Balqis dan mengikat perutusan itu di kaki burung hud hud.Akhirnya Ratu Balqis memeluk agama Islam dengan dakwah Nabi Sulaiman.

Kisah tersebut diabadikan dalam Qur’an Surat An-Naml ayat 22 dan seterusnya…

Khaligrafi arab yang berupa Burung Hud-hud ( Arab:hud-hud, Latin:upupa, Inggeris: hoopoe) : mempunyai kepanjangan 25-29 sentimeter, dengan 44-48 sentimeter lebar sayap. Walluhua`alam....


Begitulah kepekaan seekor burung yang kecil.Perjalanan mencari rezeki untuk temboloknya di isi juga dengan usaha mencari peluang untuk berdakwah.

Apakah situasi ini juga terjadi kepada kita??

Saya tinggalkan persoalan ini kepada pembaca semua.

Ramadhan berbaki tinggal sedikit….
Pastikan kayuhan IBADAH kita sampai ke hujung dan mencapai matlamat sebenar.

Jom teruskan kayuhan!!!

No comments: