" Musim sejuk musim hujan,
Jangan banyak teguk minuman,
Buang air jangan di tahan,
Tapi jangan buang sembarangan "
Perhatikan gambarajah di bawah dan jawab soalan objektif berikut.
Manakah pilihan anda :
Gambarajah 1. Tandas bertenggung/cangkung
Gambarajah 2. Tandas duduk
Selesai memilih jawapan,sila baca sedikit komen saya di bawah :
Kemudahan di kebanyakkan tandas awam di negara kita sudah banyak berubah walau masih banyak yang boleh di perbaiki.Sudah jarang kita jumpa tandas yang mempunyai ‘penjaga’ kaunter yang caj minimumnya 20 sen.Saya sendiri tidaklah kisah sangat dengan ‘caj’ yang di kenakan namun ianya akan jadi tidak adil sekiranya keadaan tandas yang tidak menyelesakan pengguna samada kotor ataupun berbau.
Tandas,walaupun satu tempat pembuangan sisa tetapi ia juga perlu di jaga kebersihannya.Tandas yang kotor boleh memberi kesan negatif samada dari pandangan umum mahupun dari segi kesihatan pengguna.
Jangan lupa ya….pakailah alas kaki ketika masuk ke dalam tandas terutamanya tandas rumah atau masjid dan surau.Jangan biarkan anda membawa keluar najis dari dalam tandas pada kesan tapak kaki anda bila anda keluar.
Berkait dengan gambar gambar di atas,tandas awam umumnya akan menyediakan 3 jenis tandas sebegitu.Tidak tahulah mengapa ia perlu sehingga 3 jenis.Sedangkan yang hendak di ‘proses’ keluar hanya ada 2 jenis,kecil dan besar.
Pernahkah kita fikir,adakah perlu satu satu kemudahan di sediakan hingga mengabaikan dari segi lain.Adakah ia betul betul memudahkan.Atau bolehkah ia di panggil kemudahan.
Saya ambil contoh gambarajah 3.Sebab gambarajah 3 ini amat menyakitkan mata saya.
Saya bukan penggunanya malah tidak terlintas langsung untuk menggunakannya.Bayangkan anda membuang air di situ.Memang tidak pernah saya perasan di mana mana tandas pun jenis itu menyediakannya paip yang berdekatan.Di mana anda hendak bersuci? Akhirnya air ‘flush’ tandas yang di gunakan.Apa jadi kalau ‘flush’nya rosak??
Kita bicarakan dari segi kemudahan dahulu….
Mungkin akan ada respon dari pembaca yang mengatakan,’susahlah…leceh….kan senang je ‘buang’ kat situ.’ Saya tidak nampak di mana praktikalnya tandas jenis itu.Sudahlah kanak kanak tidak boleh menggunakannya kerana kedudukannya yang agak tinggi.
Kita pergi ke gambarajah 2.Tentu agak tenang kalau anda dapat membuang sesuatu yang tidak anda ingini jauh dari penglihatan orang lain.Tabiat membuang sampah ke dalam longkang yang kita sedar keburukannya pun kalau boleh kita tak nak sesiapa pun perasan,ini kan pula membuang hajat.Tak perlu di ulas panjang panjang.Tetapi dari pandangan peribadi tandas ini kurang mesra pengguna terutama ketika hendak bersuci.Lain padang lain belalang,lain orang lain ragam…..
Kita pergi ke gambarajah 1.
Sebelum itu.....kongsi dulu sikit.
Al maklumlah duduk kampung teknologi tandas agak lambat sampai kepada pengguna.
Ketika itu paling glamour adalah tandas ‘korek’ dan tandas ‘parit’.Terima kasih kepada pihak berwajib yang memperkenalkan sistem tandas yang ada sekarang kepada orang ramai.Tandas perlulah berdinding,berbumbung dan perlu ada ‘tangki simpanan’ di belakangnya.Tangki simpanan pun perlu di gali dan disorokkan di dalam tanah agar tidak kelihatan dari mata orang ramai.Kan bersistem tu namanya….Tapi tandas ketika itu rata ratanya adalah di isi dengan mangkuk tandas bertenggung/cangkung.
Soalannya mengapa tandas menenggung/cangkung yang di perkenalkan dahulu.Bukan tandas jenis duduk jauh sekali mangkuk tandas berdiri.Tentu ada sebabnya.
good manner??....maybe
Apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah permasalahan jenis tandas yang di tunjukkan dalam gambarajah 3.Mungkin tiada masalah untuk buang air besar,kerana sudah pasti rajah 3 awal awal lagi akan di ‘reject’.Dan jangan kita fikir kaum perempuan ter’selamat’ dari isu ini.Untuk pengetahuan,dari apa yang saya baca,ketika berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo suatu masa dahulu,pihak stadium ada menyediakan ‘tandas berdiri’ untuk atlet wanita.Macamana bentuknya saya tak pasti tapi bertujuan untuk ‘mempercepatkan’ proses buang air kecil.Berapa saat yang boleh di rekodkan?? Kan memang atlet atlet amat peka tentang catatan rekod.Saya tidak ada jawapan untuk itu.
Cukup sekadar itu dahulu.
Mari kita rujuk,apa yang Islam anjurkan dalam hal ini.
Hukum Qada Hajat
Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:
1. Cara yang haram.
2. Cara yang makruh.
3. Cara yang sunat.
Cara Qada Hajat yang diharamkan.
1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.
2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.
3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.
4. Qada hajat di atas kubur.
5. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.
6. Membuang air di atas kitab-kitab agama .
7. Membuang air di atas makanan.
8. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.
Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.
1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.
2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat.
3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.
4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan
5. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.
6. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.
Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.
1. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik satu.
2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.
3. Ketika hendak masuk, baca doa ini:
Ertinya : "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina."
4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.
5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.
6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.
7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.
8. Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.
Ertinya: "aku meminta ampun kepada Mu."
Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.
1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas).
2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah.
3. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hokum syariat.
4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa:
5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..
6. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.
7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.
Adab buang air
1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.
3. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.
4. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.
5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.
6. Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.
7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.
8. Jangan membuang air di atas kubur.
9. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).
10. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.
Jelas.Sudah terang lagi bersuluh.
Sekarang pilihan di tangan anda semua.
Satu soalan saya tinggalkan.Masih mahu memilih rajah ke 3 sebagai pilihan?
Dari aspek kesihatan….InsyaAllah,saya akan bicarakan kemudian.
Jom banyakkan berdoa pada bulan Ramadhan!!!
Success?? Jom cari malam Lailatul Qadr.
No comments:
Post a Comment