Friday, October 2, 2009

r.U.S.h.T.i.m.E

Kenapalah ramai di antara kita masih suka buat kerja last minute?

Saya sendiri pun kadangkala mengamalkannya......

(untuk muhasabah diri...Post mortem selepas Ramadhan fasa 1)

Menangguhkan sesuatu kerja bukanlah satu amalan yang baik.Bahkan kemudaratan yang terhasil dari kerja yang tertangguh amatlah ketara kesannya.Kerja yang sedia ada sudahlah terbiar dan terabai,kerja yang mendatang pula kita tidak pasti bila boleh diselesaikan.

Kita biarkan dahulu mukadimmah itu seketika sambil sambil kita muhasabah diri kita sebentar.

Beberapa hari sebelum ‘edul fitri,bekalan elektrik di tempat saya bekerja terputus di sebabkan kerosakan teknikal.Ini merupakan kejadian ke 4 dalam masa 2 tahun berturut turut.Selepas di baik pulih,’capasitor bank’ meletup sekali lagi.Ini bermakna kejadian ke 5 dalam masa 2 tahun.Pelbagai andaian di buat oleh para pekerja di atas kejadian yang ‘kerap’ melanda di tempat kami bekerja.Wallahua'alam….saya pun tidak berani membuat sebarang andaian tertentu.Alhamdulillah…kejadian yang berturutan itu belum ada mencederakan seorang pun dari kami.Itu sahaja yang mampu saya lafazkan.

Lanjutan dari ‘tragedi’ di atas,pihak syarikat terpaksa membuat keputusan menutup sementara operasi di dalam kilang selama 2 hari.Ada hikmah juga Allah takdirkan ‘tragedi’ itu menimpa tempat kami bekerja.Pekerja dapat cuti ‘free’selama 2 hari.

Bagi pihak saya pula,2 hari cuti itu saya gunakan sepenuhnya untuk melengkapkan persiapan 'edul fitri tahun ini walaupun tidak seberapa.Tugas pertama yang saya ingin selesaikan adalah servis kereta.Tugasan yang telah lama saya tangguhkan.

Sampai sahaja di bengkel tempat servis kereta,muncul seorang perempuan cina bertindak sebagai penyambut tetamu.Cukup mesra dan baik budi bahasanya.Walaupun sibuk melayan pelanggan yang kebanyakkannya saya jangkakan datang untuk servis kereta ‘last minute’ sebagai persiapan untuk jalan jauh musim perayaan,kakak tadi masih lagi mampu mengukir senyuman.

Saya pun menerangkan tujuan saya ke bengkel tersebut dan menerangkan dengan teliti apa kehendak saya ketika itu.Kakak tadi mencatat sesuatu pada buku log yang memang saya perhatikan ia di bawa kemana mana.Setelah saya selesai menyampaikan mesej saya,saya segera menyerahkan kunci kereta saya kepada kakak tadi untuk tindakan lanjutan.Saya pun melepaskan lelah sebentar sambil mundar mandir di kawasan bengkel yang agak besar saya kira.

Sebenarnya bukanlah tabiat membiarkan kereta saya di servis tanpa saya melihat sendiri cara mereka menservis kereta saya.Saya lihat keadaan dan kawasan kerja di situ nampak teratur.Walaupun bilangan kereta agak banyak dan bersusun,tapi kereta saya tidak di biarkan lama untuk menunggu giliran.Hanya selepas beberapa ketika sahaja,datang seorang pekerja mereka membuka keempat empat tayar kereta saya.Dan seterusnya sehinggalah kereta saya selesai di periksa.

Namun pada peringkat terakhir,ketika kereta saya menunggu giliran untuk alignment tayar secara kebetulan banyak pula kereta yang menunggu giliran.Senggang masa yang ada saya ambil peluang untuk mencuci mata dengan berjalan jalan mengelilingi ruangan dalaman kedai.Dalam ruang bengkel tersebut sebahagian kawasan di isi dengan tayar dan sport rim.Di bahagian lain terdapat ruangan kaunter pembayaran dan di hujung sekali ada lobi merangkap ruang menunggu bagi pelanggan.Saya ‘gatalkan’ kaki saya untuk meninjau masuk ke dalam ruang tandas.Agak bersih dan tersusun rapi kelengkapannya,walaupun tandas wanita dan tandas lelaki susun aturnya bersebelahan dan kurang privacy.

Sejurus saya keluar,mata saya terhenti sejenak pada papan tanda di pintu betul betul di hadapan pintu tandas.Papan tanda yang bertulis ‘SURAU’ itu betul betul menarik perhatian saya.Menarik perhatian kerana saya amat yakin pemilik kedai dan bengkel servis itu adalah seorang cina non-muslim berdasarkan ‘tokong merah kecil’ terhias di muka jalan masuk kawasan bengkel tersebut.

Apa lagi,saya terus sahaja masuk ke dalam surau berkenaan.Saya perhatikan kelengkapan yang ada di dalamnya.Ada penunjuk kiblat,ada sejadah,tingkap cermin lengkap berlangsir dan secara keseluruhan nampak surau itu berjaga rapi.Samada ada pengguna atau tidak surau tersebut kita tolak ketepi.Tapi sikap keprihatinan pemilik bengkel itu patut di puji dan di jadikan contoh tauladan kepada kita semua.

Kan negara kita sedang menghebahkan 1Malaysia.Inilah salah satu bukti agaknya.Walau saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya gagasan 1Malaysia itu.

Alhamdulillah,menjelang sebelum zuhor kereta saya sudah selesai di periksa secara keseluruhan.Bila saya membayar bil di kaunter,ole ole yang saya terima dari wakil tuan kedai adalah sekotak comel berisi beberapa butir buah kurma.Subhanallah....Secara lahirnya,praktikal kedai itu cukup baik dan elok di jadikan contoh.Mungkin sahaja hidayah Allah belum sampai kepada pemilik kedai itu.Saya berdoa semoga saya dapat mendekati 'taukeh' kedai itu sambil sambil saya korek rahsia kejayaan perniagaan beliau di satu masa yang lain.Manalah tahu,rezeki saya dapat menyampaikan barang sebutir dua kalimah Iman kepadanya.

"Ya Allah berilah aku petunjuk!"

Amacam tadarus Al Quran kita sekarang?

Jom sambung tadarus kita.....

No comments: