Thursday, July 16, 2009

Roti canai pagi Jumaat.....



Beberapa tahun yang lepas,saya berpeluang untuk bertugas di salah satu syarikat ‘pembuat air’ dari Jepun,Yakult (M) Sdn Bhd.Satu syarikat pengeluar air susu kultur yang agak ‘glamour’ di Jepun tetapi masih lagi baru hendak berkembang dan bertapak di sini.

Oleh kerana bidang saya berlatarbelakangkan elektronik,oleh itu food & beverage (F&B) adalah bidang yang amat baru bagi saya.Jika bidang elektronik lebih mementingkan fungsi setiap komponen(cip,kapasitor,diod,resistor) maka F&B amat mementingkan kebersihan luaran dan dalaman ketika proses penyediaan dan penyimpanan.Mungkin ada sedikit sebanyak persamaan tetapi dalam hal kebersihan F&B ada bermacam macam aspek perlu di perhalusi.Ini kerana kesilapan walaupun sedikit,risiko yang menanti adalah kesihatan dan nyawa manusia.

(untuk pengetahuan tambahan,untuk bidang industri QMS menggunakan ISO9001-ISO :International Organization for Standardization;F&B pula menggunakan HACCP-HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT)

YAKULT menjadi penaja kelab Baseball Jepun

Rutin harian dimulai dengan menukar uniform kerja yang putih bersih.Putih yang bersih amat memudahkan kita mengesan segala kekotoran mahupun benda asing yang melekat pada uniform.Uniform pula tidak boleh di bawa keluar dari kawasan kilang bagi mengelakkan uniform dari tercemar.Cucian uniform juga dilakukan setiap hari di dalam bangunan kilang.

Sebelum masuk kekawasan tempat kerja ataupun ‘clean room’ semua pekerja di wajibkan untuk mencuci tangan dengan sabun khas.Selepas membilasnya dengan air tangan perlu di cuci sekali lagi dengan sejenis alkohol.Selepas itu pekerja harus melalui ‘air shower’ untuk memastikan segala habuk yang melekat di bersihkan terlebih dahulu.Jangan lupa shower cap!!!!

Sampai di kawasan kerja perkara utama yang perlu di lakukan adalah melalui ‘road block’ yang dilakukan oleh QC.Perkara yang di pantau adalah tahap kebersihan kendiri.SWAP test akan dijalankan di mana tangan akan di sapu dengan sejenis bahan kimia untuk menentukan tahap kebersihannya.Jangan tak tahu….keputusan kebersihan ini akan di pamerkan setiap minggu untuk tatapan UMUM.Nasib lah,siapa yang tak reti jaga kebersihan…Sediakan je lah telinga masing masing untuk di ‘basuh’ oleh cik QC.

Sebenarnya bakteria yang datang amat suka kepada faktor kelembapan dan mudah membiak. Di sinilah pentingnya kawasan kerja kami bebas dari faktor tersebut.Dinding dan lantai adalah kawasan yang mudah terdedah kepada kelembapan.Bayangkan sekiranya kawasan kerja memang tempat ‘membancuh air’ bagaimana kita boleh mengelak dari faktor tersebut?? Itulah ‘musuh’ utama kami.LEMBAP!! Sampai kan kami yang bekerja juga tidak boleh ‘lembap’ dalam membuat tindakan.Agak agaknya memang ‘perkataan’ lembap ini satu yang negatif.


salah satu kawasan tempat kerja kami..

Pernah satu masa,Factory Manager ketika 'rondaan' mengejutnya menemui sedikit tompokan hitam di celah dinding kawasan kerja.Marahnya ‘boss’ kami itu bagaikan garuda yang kelaparan yang sedang marayau rayau mencari mangsa.Memanglah benar kelemahan kami...manakan tidak kawasan yang seluas lebih kurang 3000 m3 itu hanya diselenggara oleh kami berempat.
Hampir 1000 m3 perlu di bersihkan setiap orang seusai kerja 'membancuh air'.Agaknya memang di takdirkan hari itu kami terlepas pandang tentang tompok hitam yang sebesar duit syiling 5 sen itu bagi pengajaran buat kami semua.Nak tahu apa tompok hitam itu???….sudah tentulah ‘cendawan’ yang tumbuh selepas hujan agaknya…Huhu…

Selepas selesai upacara ‘membancuh air’ dan proses packing,tibalah giliran '4 Abdul' untuk aktiviti proses mencuci mesin dan kawasan sekeliling.Aktiviti yang paling kami gemari.Main buih dan main air….Mesin akan di ‘snow wash’ kan dan di cuci sebersih bersihnya dan di akhiri dengan mandian wap.Selesai rutin harian.....dan yang paling di tunggu tunggu adalah ‘upah’ dapat meminum beberapa botol YAKULT sejuk hasil bancuhan kami sendiri.Fuhhhhh….lega rasanya.

ermmm....sedap kalau dapat diminum sejuk2

Ah…hampir sahaja lupa pada rutin tahunan.Mencuci salur paip laluan botol botol yakult yang perlu dilakukan secara manual.Sehari suntuk bermain buih dan air dan keesokkan harinya sehari suntuk juga memasangnya kembali ketempat asal.

Segalanya demi menghasilkan sebotol YAKULT 80ml.

Alhamdulillah.Allah memang Maha Kaya. Atas sebab saya bekerja di Yakult lah saya mendapat kesedaran betapa pentingnya aspek menjaga kebersihan.Bukan sahaja ketika penyediaan makanan malahan kebersihan persekitaran kita.

Saya masih ingat lagi teguran ‘boss’ Jepun saya yang begitu menyusuk kalbu.Katanya,"kebanyakan orang Malaysia amat bagus dalam kualiti bekerja tetapi amat sukar untuk mengekalkan secara berterusan."Dalam istilah kita…susah nak ‘menten’.Dalam istilah lain…sukar nak Istiqamah.

Ada benarnya juga kata kata itu.Masyarakat kita memang sukar untuk kekal dalam sesuatu perkara.Bukan kita tidak mampu tetapi sikap kita yang sering alpa akan beberapa kepentingan.Kalau tidak,manakan mungkin orang tua tua dahulu mengeluarkan istilah 'hangat hangat tahi ayam'.

Apabila kita lebih mengutamakan perkara yang tidak sepatutnya,maka sudah tentulah perkara perkara yang kadangkala utama tetapi terlepas pandang.Ingatkan ‘boss’ tempat lama sahaja yang menggunakan ‘istilah’ macam tu,’boss’ tempat baru pun sama,melabelkan orang Malaysia sebagai sukar untuk ‘menten’ dalam sesuatu hal.

Tapi dalam hal ini,apa yang saya dapat perhatikan,kita sering melengah lengahkan perkara yang kita anggap remeh.Saya ambil contoh sikap saya sendiri.Kadangkala saya lihat keadaan bilik ‘office’ saya terlalu menyerabutkan mata memandang."Besoklah," detik hati saya.Akhirnya,selepas 3 bulan keadaan masih lagi sama dan kadangkala bertambah buruk.Sedangkan saya mampu untuk mengubah keadaan pada kali pertama saya mengesannya.Habit ini akan berterusan sehinggalah ada tikus yang membawa kaum kerabatnya menggigit perabut saya.Masa itulah baru tindakan di ambil tetapi di dalam hati menyumpah seranah tikus tikus yang berkeliaran menjadi penyebab rosaknya perabut perabut saya.Sedangkan saya sendirilah yang mengumpan tikus tikus itu datang dan menyediakan tempat tinggal yang sungguh ‘selesa’ untuk mereka.

pembantu rumah masa hadapan....

Apa nak tunggu lagi....

Pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh di jual beli.Mungkin tiada harganya melainkan di bayar dengan pengorbanan.

Jomlah hijrah!!!

2 comments:

PurplePink said...

Good info.TQ

WAK said...

PurplePink.

Terima Kasih.