Monday, July 13, 2009
....13 tahun dahulu.
Kalau dahulu sebut sahaja Final Ragbi MSSWP,hampir pasti venuenya adalah di Wembley SMSS.Rasanya sekian lama padang Wembley itu mendambakan dirinya.Tidak tahu mengapa Wembley SMSS menjadi pilihan.MTD dan SAS juga punya padang yang ‘cun’.
(rasanya mungkin kerana penghormatan kepada sekolah kami kerana kerap kali final U18 mahupun U15,pastinya SMSS tidak akan tercicir dari senarai finalist.Ataupun kerana namanya WEMBLEY…)
Saya pun tidak pasti apakah ‘resmi’ itu masih di teruskan…
Berbalik kepada cerita Final Ragbi tadi.Selain para finalist yang akan beradu tenaga pada setiap kali perlawanan akhir,yang lebih meriah di belakang tabir adalah pasukan penyokong sekolah kami.Ahli kelabnya,F1 hingga F3 adalah diWAJIBkan.Para pelajar F4 dan F5 tidak diwajibkan tetapi diMESTIkan.Ahli kelabnya 1 sekolah??? Begitulah ramainya anggota kelab penyokong setia sekolah.
(harap maaf…pelajar perempuan hanya boleh berlegar sekitar kawasan berbumbung)
Sepanjang 5 tahun,terlalu banyak kenangan pahit manis menjadi ahli kelab penyokong setia pasukan Ragbi sekolah.Kalah dan menang perkara biasa.Tapi yang paling penting,kelab penyokong tidak boleh kalah dengan pasukan penyokong pihak lawan.Itu yang pasti.Rasa rasanya 'pengubah lagu' sekolah kami perlu di anugerahkan pelbagai AWARD dek kerana kekreatifan mereka mereka ini mengubah suai lagu yang ada untuk disesuaikan dengan suasana ‘PANAS’ setiap kali final Rugbi di jalankan.
Kalau diingat lagi…..lagu Rasmi sekolah pasti akan membuka tirai final.
"SMS Selangor tegak berdiri,
Bangaan putera puteri….”
Di ikuti dengan….
“Bila sains,bila sains,bila sains,masuk padang,
Bila sains masuk padang,semua orang pandang pandang”
(di ubah dari lagu iklan kasut BATA-BM2000 Turbo)
Bila bermulanya ‘kick off’ maka makin rancaklah sorakan yang gegak gempita.Hampir mustahil terlawan penyokong pihak lawan yang datang hanya dengan beberapa bas mahupun beberapa biji trak tentera dengan kami yang memang terhimpun sebagai Tuan Rumah.
Dan yang paling di tunggu oleh para penyokong pastinya ‘touch down’ dari wira wira kami.Dan selepas itu bermulalah 'drama' di mana suara sorakan pihak lawan akan tenggelam di sebalik ‘ngauman’ sorakan dari kami..
Kemuncak dari sorakan adalah tiupan wisel terakhir dari pengadil.Mana mungkin kami tidak sediakan ‘ole ole’ untuk tetamu yang datang,lagu ‘Balik Kampung’ (nyanyian Allahyarham Sudirman).……dan bermacam lagi hasil kreativiti yang di olah secara terancang ataupun idea spontan.
Begitulah senario bila bertembungnya gergasi sekolah kami dengan mana mana sahaja pihak lawan.Panas ataupun hujan kelab penyokong tetap setia dan turut sama mengerah keringat dan menyumbang tenaga suara untuk terus menyokong dan memastikan pasukan sekolah kami terus kekal mempertahankan mahkota kejuaraan.
Tidak lupa juga 'kata kata' pada dinding berdekatan Padang Wembley yang terpampang…
“With the spirit of the steel,
We will fight to the end,
To be the victor,
So nobody can….”
Agaknya itulah kata kata semangat yang tersemat dan membara di hati kami semua….
Tamat demam final,yang tinggal adalah demam ‘suara’.Dok semangat memberi sokongan sampai terover,suara pun serak jadinya.Itu lumrah dan fenomena biasa selepas final.Tetapi semangat tidak pernah luntur,sebut sahaja bila ada final....kami akan terus berdiri teguh di kiri dan kanan Wembley SMSS.
Itu cerita hampir 13 tahun yang lepas.
Baru baru ini saya ada mendengar kisah pengalaman yang di ceritakan sendiri oleh seorang Al Fadhil Ustaz.Pada satu ketika,ada seorang bertanya kepada Al Fadhil ustaz,
“Ustaz ni,pagi ceramah di A,petang kuliah di B,malam dialog di C.Esok pula,program di W,lusa di X,tulat di Y dan minggu depan di Z.Padat sungguh jadual ustaz.Setiap kali pengisian ataupun program,Ustaz sentiasa cergas dan suara tetap lantang dan bertenaga .Tapi yang peliknya,suara ustaz tak serak serak pun.Ustaz guna petua apa ye?”
Al Fadhil Ustaz yang mendengar soalan itu hanya tersenyum dan kami pada malam itu dapat mendengar sendiri apa ‘petua’ yang di gunakan oleh Al Fadhil Ustaz.Nak tau apa rahsianya…
(kalau Ustaz Shamsuri kata…Ayam Kampung 2 ekor…-IKLAN je ni.huhu…)
Kongsi Al Fadhil Ustaz malam itu pada kami,”Tiada petua apa apa.Cuma yang penting ikhlas menginfakkan suara kita.Kalau kita menginfakkan (mensedekahkan) suara kita ke jalan Allah,Allah akan membalas infak (sedekah) kita tadi.”
Aduh…terasa terpukul betul malam tu.Agaknya memang Allah tak terima ‘sedekah’ aku agaknya masa 13 tahun dulu.Mana taknya…baru sepetang je dah serak.
Terima kasih Ustaz kerana memberi peringatan…
Apo termonong laie jang…Jom Kongsi!!
-salam dari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment