'Jiran' dalam istilah pemahaman mudah saya,orang yang duduk/tinggal berhampiran kita.Samada di tempat kerja,di tempat tinggal kita mahupun yang duduk bersebelahan dengan kita di tempat awam.Wallahuaalam...
Tetapi Ulama mengistilahkan JIRAN sebagai orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dalam semua jurusan.
Jika di renung sejenak,kebanyakan dari penduduk yang tinggal di kawasan taman perumahan,jiran jiran mereka amatlah dekat.Hanya di pisahkan oleh tembok rumah ataupun tembok pagar.Saya pun tidak pasti dari manakah datangnya konsep 'taman perumahan' yang di perkenalkan di Malaysia ini sejak sekian lama.Mungkin antara kita ada jawapannya.Secara positifnya,perumahan nampak teratur dan tersusun.Namun di sebalik itu pasti ada negatifnya,kerana itulah fitrah kejadiaan yang telah di tetapkan olehNya.
Kita lupakan semua faktor itu buat sementara waktu.Apa yang hendak di fokuskan di sini adalah semangat kejiranan antara kita.Seperti khatib tegaskan dalam khutbahnya,JIRAN adalah antara aset berharga bagi kita.Jika di sebut sebagai aset,ada dua pandangan/persepsi di sini.Saya suka memberi contoh begini....
Di dalam satu tempat,masyarakat tiba tiba heboh dengan berita tentang tiba tiba sebuah kerusi boleh tergantung di awang awangan dengan sendiri.Orang orang di kawasan tersebut pasti berduyun duyun datang untuk melihat keajaiban tersebut.Apa yang ada di minda mereka adalah satu sifat kehairanan kerana perkara tersebut luarbiasa.Termasuklah makcik makcik yang baru sahaja pulang dari pasar dan terus singgah ke tempat kejadian.Oleh kerana terlalu sesak dan padat,bakul yang berisi ikan dan sayur tadi di tinggalkan di tepi sahaja hanya untuk mendapatkan 'view' yang menarik tentang kerusi tergantung tadi.
Kita biarkan sebentar peristiwa luarbiasa itu......
Di tempat yang sama juga,ada beberapa ekor kucing yang sedang berkeliaran dan kekadang bermain kejar kejaran sesama mereka.Tanpa menghiraukan sedikit pun
tentang 'kejadian' kerusi tergantung tadi.Tiba tiba fokus mereka terhenti kepada bakul bakul berisi ikan yang tidak bertuan.Bagi kucing tadi,bakul dan isinya iaitu ikan itu lebih menarik perhatian mereka berbanding kerusi yang tergantung tidak jauh dari tempat mereka bermain.
Jadi saya ibaratkan jiran itu adalah tempat kejadian bagi kedua dua situasi di atas.Kerusi tergantung dan ikan,saya ibaratkan pula sebagai persepsi masyarakat tentang jiran.Boleh begitu kan....?
Masing masing mempunyai pandangan masing masing iaitu persepsi kendiri.Tetapi manakah sebenarnya pilihan yang betul lagi tepat.Mana rujukan kita? Apa sandaran yang perlu? Oleh sebab itulah kita kena sandarkan dan sentiasa merujuk,setiap perlakuan kita mestilah berasaskan kepada akidah kita.
Apa pulak akidah tu....? Jangan jangan main sebut je x.....
Akidah datang dari perkataan akad iaitu ikatan.Tidak lain dan tidak bukan,sebagai seorang Islam yang bertaqwa,akidah kita di rujuk kepada Al Quran dan sunnah dari Rasulullah SAW.
Jika kita memilih 'ikan' sudah tentulah ia lebih di kaitkan dengan kita melebihkan hanya pada nafsu kita sendiri.Dan sekiranya kita memilih untuk mengambil iktibar dari keajaiban kejadian kerusi tergantung,maka sudah tentulah kita sedar bahawasanya jiran itu mempunyai maksud yang lebih besar dan lebih memberi kesan di dalam rohani kita berbanding 'ikan' yang bersifat hanya sementara.
Banyak contoh yang boleh di kaitkan untuk di jadikan iktibar.Sebagai contoh...
.......Di sebuah taman perumahan,dek kerana teguran jiran tentang sikap anak jiran bersebelahannya yang tidak 'enak' di pandang,si bapa yang di tegur tadi terus menaikkan 'TEMBOK BESAR NEGARA CHINA'.Langsung terpisahlah utara dan barat.Jiran tidak lagi bertegur sapa jauh sekali untuk melemparkan senyuman.
Adakah itu jalan penyelesaian yang tepat?? Tapi ia boleh berlaku di mana mana sahaja atas sebab sifat angkuh dan besar diri.Jangan sampai ia menimpa kita pula......
Bagaimana hendak mengatasi perkara ini??
....Di takdirkan,katalah berlakunya satu kejadian yang tidak di ingini.Tiba tiba di tengah malam ada antara ahli keluarga kita yang sakit tenat.Perlu di hantar ke hospital dengan segera.Walaupun kita mampu untuk menghantar ke hospital yang bertaraf 5 bintang,hospital tidak mampu mengubati pesakit tanpa adanya para para doktor atau doktor pakar.Di takdirkan doktor pakar tadi adalah isteri jiran kita,apakah ayat yang mampu kita luahkan ketika itu.Benar...kita hanya boleh mengharap pada yang Esa,tapi mestilah melalui asbab.Mampukah kita menuturkan kata kata,"Tuan doktor,tolonglah selamatkan ahli keluarga saya ini.Saya sanggup bayar berapa sahaja." Sedangkan kita sendiri sudah memisahkan jurang dengan terbinanya 'tembok besar' sebagai tanda yang kita boleh faham, 'Jangan ganggu aku..!!!' Tak begitu???
Akhirnya...kita sendiri tunduk dengan kebesaran Allah dan lunturlah kebesaran diri kita yang tidak sebesar manapun.Itu pun hanya pinjaman.....
Kita tidak tahu bilakah masa kita akan di timpa kesusahan.Anggaplah jiran itu sebagai insurans nyawa kita.Kita memberi 'sumbangan' setiap bulan,dan bila kita susah,insurans tadi akan mengeluarkan dari 'tabungan' yang ada untuk membantu kita.(sedikit di ambil kata kata agen insurans TAKAFUL yang pernah menerangkan konsep insurans kepada saya sedikit masa dahulu).
Kan cantik begitu......
Ibnu Abbas mengatakan,"Sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya dalam hati, membersihkan sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki, dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia kepadanya."
Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya,"Allah itu INDAH dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya. "
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Banglo besar boleh di bayar,
Jasa jiran di bawa mati.
Jom...mulakan hari dengan senyuman.
Dengan sapa???
...den nak sonyum dengan jiran den.
Cik Faizal! Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment