Tuesday, July 7, 2009

Berniagalah...walaupun hanya sebatang pensel...


Tidak tahu bila titik mula saya minat berniaga.Sekolah menengah…tidak mungkin…
Sewaktu belajar peringkat diploma mungkin.Hari Kolej memberikan peluang untuk pelajar menunjukkan bakat berniaga.Saya dan beberapa rakan lain telah berpakat untuk menjual 'mee hoon sup'.Satu menu yang tidak pernah di try tapi saya percaya ramai yang suka makan makanan yang panas panas.Alhamdulillah...SOLD OUT. Walaupun seperti tak percaya,tapi itulah kenyataan....Semangat yang tak akan pudar.

Tahun kedua kami mencuba nasib lagi.Kali ini dengan penerampilan baru.'Roti jala'......Macam tahun sebelumnya,sold out. Kali ini menu di up grade kan sedikit dengan tunjuk ajar chef chef yang memang mahir dalam bidang masakan.

Rasanya banyak lagi yang pernah saya perniagakan samada kecil kecilan mahupun sederhana besar.Sama ada langsung ataupun secara tidak langsung.Tetapi perniagaan yang besar dan betul betul besar adalah perniagaan dengan Allah SWT yang belum pernah saya kecapi nikmatnya lagi.InsyaAllah satu hari nanti…..Doa saya dalam hati...

Pernah satu ketika,di sebabkan cuti tahun baru cina yang panjang,hampir 2 minggu saya berniaga lagi.Kali ini nasi lemak dan mee hoon goreng.Satu peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang pengalaman saya berniaga.Seorang jemaah tabligh menemankan saya menjual sambil mulutnya tidak putus putus tasykil saya untuk keluar ke jalan ALlah.Saya pun tak berapa ingat apa butir butir cerita.Tetapi saya amat suka cara jemaah tabligh ni menambat hati saya.Katanya,"meniaga ni betul betul ALlah nak tunjukkan cara kita tawakkal kepadaNya.meniaga nasik lemak tidak perlu menjerit----Nasik lemakkkk!! -hanya duduk dan tunggu pelanggan datang"
1 point yang nyata kebenarannya tapi tidak pernah saya sedari hikmah di sebalik berniaga ni.

Agaknya….apa pula pengajaran dan hikmah berniaga selepas ini.

Jom….berniaga pulak!

No comments: