Tuesday, July 19, 2011

:: Muhasabah Sebelum Ramadhan-2 ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Sudah masuk hari ke empat berada di Negara Matahari Terbit (Jepun) baru berkesempatan untuk menulis di dalam blog.

Berlepas.

Menaiki kapalterbang di waktu malam untuk perjalanan yang jauh adalah sesuatu yang menguntungkan-(perjalanan KLIA-Narita memakan masa 7jam 10 minit).Masa yang diambil tidak terasa lama memandangkan itu adalah waktu tidur bagi kebanyakkan individu.Allah SWT juga menjanjikan jika bermusafir di waktu malam,bumi akan dilipat dan secara tidak klangsung kita akan berasa perjalanan akan terasa sekejap.

Namun ada dugaannya,

Sekiranya solat Maghrib dapat dijamak dengan solat Isya’,ia boleh ditunaikan sebelum kapal terbang berlepas memandangkan kapalterbang saya telah dijadualkan berlepas jam 10:50 malam,tetapi solat subuh tidak boleh tidak perlu ditunaikan pada waktunya.Itu satu cabaran yang besar bagi saya.

Alhamdulillah,setelah berbincang dengan agak terperinci dengan Ustaz Haji Hambali tentang perkara di atas beberapa hari sebelum bertolak,saya mendapat beberapa tips yang banyak membantu saya.

Bermula.

Sebaik sahaja lampu digelapkan di dalam kapalterbang bagi memberikan keselesaan untuk penumpang tidur,saya memanggil pramugari yang bertugas pada malam itu.Terlebih dahulu saya menulis di atas kertas apa maklumat yang saya perlukan.

Alhamdulillah,beliau memberikan kerjasama yang begitu baik.

Sebaik sahaja pramugari berkenaan menerima kertas yang saya berikan,beliau terus sahaja menelifon kapten kapal untuk memastikan pada jam berapakah sinaran matahari yang pertama akan dapat dilihat dari kapalterbang.Setelah mendapat jawapan,beliau menulisnya di atas kertas yang sama dan menyerahkannya kembali kepada saya.

Dengan maklumat yang ada dan panduan yang telah diberikan oleh Ustaz Haji Hambali,saya mula mengira pada jam berapakah saya perlu menunaikan solat subuh.

Sinaran matahari yang pertama.

Menurut kapten kapal,sinaran matahari yang pertama yang dapat di lihat dari ruang kapalterbang adalah sekitar jam 4 setengah pagi waktu Jepun (3 setengah pagi waktu Malaysia).Setelah menolak setengah jam,jadinya pada sekitar jam 4 pagi saya sudah boleh mula untuk bersolat subuh.

Setelah selesai sahaja saya mengira waktu subuh,saya katakan pada pramugari yang saya memerlukan sedikit ruang di atas kapalterbang untuk saya menunaikan solat.Beliau yang cukup memberikan kerjasama,telah membawa saya ke belakang ruang kapalterbang (ekor kapal terbang) dan menunjukkan saya ruang yang agak luas bagi membolehkan saya solat disitu.Lalu kami terus sahaja berjanji,sekiranya saya tidak terjaga sekitar jam 4 pagi,maka saya perlu dikejut dari tidur.

Tepat.

Selesai berjanji,saya duduk semula di tempat saya dan akhirnya terlelap juga mata saya kerana kepenatan,memandangkan pada sebelah siang saya masih datang ke tempat kerja untuk menyelesaikan beberapa tugasan.

Sekitar jam 4 pagi,seperti yang telah dijanjikan,pramugari berkenaan telah datang ke tempat saya dan mengejutkan saya dari tidur sambil bersusah payah beliau menuturkan beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris dengan loghat Jepunnya yang masih pekat.Lalu saya mengucapkan 'Domou arigato gozaimashita-(terima kasih).'

Agaknya mungkin beliau baru perasan yang saya boleh bertutur dalam bahasa Jepun,beliau sambil tersenyum terus sahaja bertutur dalam bahasa Jepun dengan memberitahu saya yang jam sudah pun menunjukkan 4 pagi.Saya bergegas bangun sambil membawa selimut yang disediakan oleh pihak kapalterbang untuk dijadikan sejadah.Sebelum itu sempat saya melihat sebentar kedudukan kapalterbang dengan merujuk pada skrin dihadapan tempat duduk saya.Dengan melihat kedudukan kapalterbang ketika itu,saya dapat menentukan arah kiblat yang perlu saya tetapkan sebelum saya solat kelak.

Tanpa gangguan.

Selesai berwudhu di dalam tandas saya terus sahaja menghampar selimut untuk dijadikan sejadah di atas ruang yang telah disediakan dan terus sahaja menunaikan solat sambil pramugari berkenaan berdiri tidak jauh dari tempat saya bersolat,lagaknya seperti saya bersolat sambil ada 'bodyguard' yang memastikan saya dapat solat dengan tanpa gangguan.

Alhamdulillah,segalanya lancar pada pagi itu.Saya dapat bersolat dengan aman tanpa gangguan.
Maha Suci Allah (SubhanaLlah) dan Segala puji-pujian hanya pada Allah (AlhamduliLlah) yang telah memudahkan urusan hambaMu ini.

Wak,
19 Julai,
Komagane,Nagano.

No comments: