Thursday, November 5, 2009

::: $1mB0lik :::

Hidup dan Mati adalah di bawah Tadbir Allah SWT.
Begitu jugalah dengan jodoh dan pertemuan.....

Sebagai kenangan dan tatapan sepanjang zaman,suka saya nukilkan kisah di bawah ini…..

IPIJ menjadi wadah pertemuan antara saya dengan Ustaz Abdul Halim Abdullah (UAH).Seingat daya ingatan saya,Ustaz Abdul Halim yang dahulu menemui IPIJ dengan daya usaha beliau sendiri.Dengan adanya teknologi IT dan internet,maklumat boleh di dapati di hujung jari.Mungkin juga itulah asbab yang menemukan UAH dengan kami (IPIJ) khususnya dan dengan saya amnya.

Semuanya bermula dengan program di TOYOHASHI sekitar tahun 2001/2002.Atas usaha dan kerjasama semua pihak,kami berjaya juga akhirnya bertemu muka dengan UAH walaupun sebelum itu perbincangan hanya berlaku di dunia tanpa wayar.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan pengisian di TOYOHASHI antara yang memberi impak agak maksima kepada semua peserta ketika itu.Program yang agak padat di samping pendekatan yang di buat oleh UAH agak berbeza dengan program program sebelum ini,membuahkan satu idea baru buat kami sebagai pihak penganjur untuk dijadikan rujukan bagi program program selepas itu.

Entah bagaimana,sebelum saya bertolak ke TOYOHASHI saya di gerakkan hati untuk mencari sebuah video kamera untuk kegunaan ketika program.Semuanya tanpa di rancang.Sudah di tentukan rezeki saya,akhirnya dapat juga saya membeli sebuah video kamera yang agak memuaskan hati saya (SONY DCR PC110E) yang masih dalam keadaan baik sehingga kini.Itupun saya beli di 'yahoo auction japan' dengan harga yang agak murah ketika itu,memandangkan model 110E adalah untuk pasaran luar jepun.Agaknya itulah sebab saya tidak mempunyai saingan hebat dalam tempoh auction.Dan akhirnya saya dapat memiliki 110E saya dengan hanya 54,000 yen (lebih kurang RM 1,500).Walaupun barangan terpakai,saya percaya pemilik sebelum saya itu,amat jarang menggunakannya memandangkan kualiti barangnya menghampiri kualiti barang baru (bak kata juru jual kereta terpakai : like show room condition!! ).Puas hati saya… :)

Seperti yang di rancangkan di awal awalnya,saya bawa segala peralatan kamera saya termasuk tripod,charger,stok kaset perakam mini dan kamera CANON EOS kiss saya ke TOYOHASHI.Lagaknya seperti pemberita yang ingin membuat liputan.Memang itupun niat saya.Sayang sekali kalau segala ilmu yang bakal di tadah di TOYOHASHI di biarkan tanpa bekas tadahan yang setimpal.

Alhamdulillah,saya berjaya merekodkan dan merakam segala ilmu yang di kongsikan oleh UAH di sana dan saya simpan semuanya dengan elok sehingga kini.Itu semua menjadi salah satu harta saya yang tidak ternilai harganya.

Mungkin antara saat yang tidak di lupakan ketika di TOYOHASHI adalah pertandingan nasyid antara peserta program.Dan yang paling meriah sekali UAH juga sudi menjadi salah seorang peserta pertandingan dan merangkap peserta jemputan khas kami.Saya antara salah seorang ahli kumpulan nasyid tersebut.

Penat juga memikirkan judul nasyid untuk di persembahkan bagi pertandingan tersebut.Saya memerah otak mencari lirik nasyid yang pernah saya hafal ketika usrah di zaman SMSS dahulu.Mujurlah ada Sdr Sufian junior saya di SMSS dahulu yang sama sama menyertai program di TOYOHASHI.Dapatlah saya mengembleng tenaga dengannya mengingat kembali senarai nasyid yang sesuai.Malangnya tiada satu nasyid pun yang kami dapat lengkapkan liriknya .

Di tengah kekalutan mencari judul nasyid dan lirik untuk di persembahkan,muncul UAH bertanyakan perkembangan latihan kumpulan kami bersama.Setelah di khabarkan kebuntuan kami,UAH lantas meberikan kami satu judul nasyid yang kami sungguh berkenan dengan liriknya.Nasyid yang berlatarbelakangkan sekitar perjuangan dan pengorbanan di bumi Palestin itu menjadi nasyid yang akan kami persembahkan pada malam berkenaan.

Setelah berlatih dan membuat rehearsal serba sedikit,kami mengambil keputusan membuat sedikit gimik untuk persembahan kami.Beberapa orang ahli nasyid akan keluar dahulu sambil berlari dan di tembak oleh pihak musuh lalu terkorban.Sejurus selepas itu barulah keseluruhan ahli nasyid akan keluar dan terus mengumandangkan nasyid kami.Semua berjalan lancar seperti yang di rancangkan.Dan berbaloi juga usaha kami kerana kami berjaya menggondol juara pada malam itu.Sayangnya saya tidak membuat perancangan awal supaya persembahan nasyid itu dapat di rakam.Sayang sekali ‘LIVE’ dan penampilan sulung UAH bersama kami tidak sempat di abadikan.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan sebenarnya sepanjang tempoh program di TOYOHASHI.Walaupun program tidak sampai seminggu,banyak yang dapat kami pelajari di sana.

Mungkin kenangan abadi sahaja yang akan saya coretkan di sini.

Di akhir program ketika majlis muhasabah,UAH ada menyampaikan beberapa pesanan akhir buat kami.Pastinya doa di akhir majlis yang amat mendalam maknanya memberikan kesedaran kepada kami secara total tentang kepentingan 'deen' sebagai cara hidup yang sempurna.Saya kira tidak seorang pun yang ketinggalan menitiskan air mata ketika doa di panjatkan oleh UAH.Esakan demi esakan dapat di dengar dari segala penjuru rumah ketika itu.Dan selawat NABI yang mengakhiri majlis secara rasmi menjadi saksi bahawa sesungguhnya kita semua ummat Islam adalah bersaudara dan mempunyai tanggungjawab tertentu yang perlu di laksanakan dengan sepenuhnya.

Saya tamatkan seketika kisah saya dan UAH di TOYOHASHI sampai di sini.

2005 menjadi antara titik sejarah bagi saya.Pertama kali saya di berhentikan kerja oleh pihak syarikat yang sudah tidak mampu meneruskan operasinya.Pertama kali saya bertugas di luar negeri kelahiran saya.Pertama kali saya berkampung dan bermastautin di sebuah daerah di Negeri Sembilan.Pertama kali saya hanya berjaya bertugas selama 3 bulan di sebuah syarikat pembancuh air (tempoh yang cukup singkat) dan pertama kalinya saya bertemu dengan masjid yang mempunyai IMAM yang mampu menyampaikan khutbah tanpa membaca teks.Dan banyak lagi yang kalau mahu di senaraikan sejarah peribadi saya sepanjang tahun 2005.

Dan tahun 2005 lah menjadi titik pertemuan saya kembali dengan UAH.

Ceritanya begini…

Memang menjadi tabiat saya menjelajah dari 1 masjid ke 1 masjid,1 surau ke 1 surau untuk solat berjemaah.Bukan apa tujuannya hanya 1,jauh perjalanan luas pemandangan.Lagi banyak kita berjalan,lagi banyak kita dapat ilmu baru.

Kebetulan pada suatu malam saya sempat singgah solat Isya di masjid kariah Rasah.Selesai solat saya pun meluangkan masa yang ada untuk membaca apa yang tertulis di papan kenyataan masjid.Sedang saya khusyuk membelek,tiba tiba mata saya menangkap satu pamplet kecil yang mengiklankan pakej umrah.Bila saya perhati dengan teliti,rupanya pamplet itu di edarkan atas nama Ustaz Abdul Halim Abdullah.Lantas saya cuba memutar kembali memori minda saya.Mungkin agaknya Ustaz Abdul Halim ni UAH yg saya kenali.Saya catat nombor teliponnya di dalam buku nota saya.

Selang beberapa hari,saya kebetulan menghantar anak saya ke klinik Abdullah di Ampangan.Saya teringat untuk menelifon pejabat Ustaz Abdul Halim untuk memastikan pejabat itu milik UAH atau tidak.Alhamdulillah,tekaan saya tidak meleset.Memang pejabat yang menguruskan pakej umrah itu milik UAH dan telefon itu di jawab oleh salah seorang kakitangan beliau.

Segera saya dapatkan nombor telefon UAH untuk di hubungi.Setelah memperkenalkan diri saya serba sedikit,Alhamdulillah UAH masih ingat TOYOHASHI walaupun tidak kenal saya yang mana satu.Temu janji di tetapkan untuk berjumpa UAH.Tempatnya di restoran berdekatan dengan Tabung Haji Ampangan.

Pada masa yang di tetapkan saya bersama isteri bertemu muka semula dengan UAH dan isteri beliau sambil menjamu selera makan tengahari.Seperti tak di sangka sangka,walaupun hampir 3 tahun telah berlalu,Allah takdirkan kami bertemu kembali di tanahair yang tercinta.

Bermula dari saat itu,saya terus mengikuti perkembangan dan aktiviti yang UAH hadiri.Sempat jugalah saya menyertai pasukan bola UAH,Landak FC bermain bola di hujung minggu di Gedong Lalang.Tamat sessi main bola,akan ada tazkirah pendek di tepi padang.Walaupun ringkas ia amat bermakna dan secara langsung menjadi amal ibadah untuk semua yang hadir.

Ada sekali,saya sempat berhari keluarga di pantai Port Dickson bersama jemaah UAH.Memang seronok dapat kumpul sekali sekala.Tambahan lagi ketika itu hanya kaum lelaki sahaja yang hadir program.Bermacam sukaneka di anjurkan dan pada akhir setiap sukaneka akan di terangkan hikmah di sebalik sukaneka tersebut.Dan yang paling seronok dalam sukaneka tersebut adalah acara menyelamatkan bola tennis dari di rampas kumpulan lawan.Bergelut kami sesama kami di atas pasir pantai.Tidak ada yang membezakan kami ketika itu.Doktor,ustaz,professional,cikgu,peniaga,pelajar semua bercampur mesra seperti sudah lama kenal lagaknya.ALhamdulillah acara di sana dapat di sempurnakan dengan jayanya.

Banyak lagi kalau hendak di ceritakan….

Mungkin saya akhiri pengkisahan ini dengan majlis perkhawinan anak UAH di Sikamat tempohari.Saya di undang ke majlis tersebut beberapa hari selepas ‘Edul Fitri.Memang ramai tetamu yang datang ketika itu.Sambutan memang meriah,maklumlah 2 pasang pengantin yang di raikan.Tambahan pula UAH sudah bergelar datuk sekarang.Sekalung TAHNIAH saya ucapkan kepada UAH dan keluarga.Semoga Allah lanjutkan usia UAH untuk terus berbakti kepada warga bumi.Dan saya juga berdoa supaya usaha murni beliau di berkati Allah dan secara tidak langsung saya mengharapkan tempiasnya mengenai saya sekeluarga biarpun sedikit.

Begitulah serba sedikit kisah yang saya rasa sukar untuk di luahkan secara keseluruhannya tapi secara peribadi saya amat rasakan peribadi UAH amat istimewa.Mungkin bagi pembaca sukar untuk menggambarkan perwatakan sebenar UAH,bolehlah membaca tulisan beliau di (UAH blog's).

Saya rasa ada satu kerugian kalau saya tidak abadikan sesuatu dari kehadiran UAH dalam diri kami sekeluarga.Moga moga dengan mengabadikan sesuatu tentang UAH dalam hidup kami,sekurang kurangnya saya sentiasa bertekad dan berusaha untuk berusaha gigih seperti UAH juga.

Oleh itu......

Dengan perasaan mendalam dan amat menyanjung usaha UAH selama ini....
Dengan lafaz BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM….

Dengan ini saya namakan anak saya yang ke empat yang telah lahir ke dunia pada 27 Oktober 2009 yang lalu dengan nama ABDUL HALIM BIN MOHD RIZAL.Semoga Allah memberkati anak kami yang baru lahir ini dan semoga semangat yang ada di dalam jiwa UAH dapat di warisi serba sedikit oleh anak saya ini.InsyaAllah.....

Jauh berkayuh ke Pulau Jawa,
Untuk berdagang emas berlian,
Semangat UAH tanam di jiwa,
Menjadi bekalan di hari kemudian.

8 comments:

Basri said...

tahniah atas kelahiran cahaya mata ke empat. lajunya anta...

WAK said...

Syukran...syukran....kita hanya berusaha,Allah yang Menentukan.Nak kata laju,x jugak...Maklumlah UAH pun dah lebih 10 orang anak skrg ni..Kenalah juga kejar walaupun dari jauh :)

aiDa said...

omedetou... (*-*)/

WAK said...

aiDa-cyan : domou2.ganbaruzou!! omae mo ne (",)

muhammad_alfateh said...

Assalamualaikum saudara,

Tahniah atas pengalaman yang saudara lalui. Saya juga secara peribadi 'terkesan' dengan peribadi UAH, cuma saya tak sangka saudara sampai tahap menamakan anak saudara bersempena dgn nama beliau.

Maka, saya membayangkan byk lagi yang saya perlu lalui dgn beliau bg mencapai tahap yang dilalui saudara.

Apapun, ia coretan pengalaman yang cukup istimewa. Moga Allah meneruskan persahabatan saudaran dgn UAH. YA, hingga jannah. ^_^

Terima kasih sekali lagi.
Wassalamualaikum wbt.

WAK said...

muhammad_alfateh :

Waalaikumsalam.

Bayangkan pokok yang tumbuh rimbun di dalam hutan.Dahan dan daun di guna untuk menahan tiupan angin bagi mengelak pokok dari tumbang.Akar yang menjalar di dalam tanah sebagai pasak di dalam bumi.Cahaya matahari di jadikan sahabat.Tanah di jadikan sumber makanan.Begitulah juga dalam kehidupan seharian kita.Antara kita saling perlu memerlukan.Lebih dan kurang bukan ukuran.Yang penting usaha yang berterusan...

Peringatan untuk diriku yang sentiasa lupa : Bak kata pepatah melayu, 'Tempat jatuh lagi di kenang,inikan pula sahabat seperjuangan...'

Anonymous said...

Salam sdr Rizal,

Datanglah lagi ke tempat riadah pagi Ahad tu. InsyaAllah Ust Halim akan ada jika dia ada di Seremban.

Lawati juga blog ISMA Negeri Sembilan, www.isman9.wordpress.com, Ust Halim adalah Ketua Perhubungan Negeri.

Salam ziarah.

Omar Kassim
SU ISMA Seremban

WAK said...

Salam Tuan SU Isma Seremban
Sdr Omar Kasim,

InsyaAllah dan terima kasih di atas jemputan.Doakan bersama agar kita dapat bertemu dan berpisah kerana ALlah.