Tuesday, January 22, 2013

:: Kunjungan Sheikh Aleey at-Tohiri ke Senawang ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan Ceramah Maulidur Rasul di Surau Taman Seri Pagi oleh Sheikh Aleey at-Tohiri (Pengerusi 'Alamiyah Institute,London)-19 Jan 2012.

Sheikh Aleey at-Tohiri.

1.Kita akan jadi kuat bila kita berhimpun dengan niat hendak bersatu dan dengan niat yang satu.

Contohnya pada amalan solat.Seluruh manusia menghadap pada kiblat yang 1,iaitu Kaabah.

2.Kita hendaklah memeriksa niat kita sebelum berbuat sesuatu perkara.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya. Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya.

3.Bila manusia tidak sedar akan Kebesaran Allah SWT dan kasih sayang Rasulullah SAW pada ummatnya maka kita akan suka/leka pada benda yang lain.Maka hati dan perhatian kita tertarik kepada itu dan ini.

4.Pentingnya zikrullah.

Ghaflah-lalai (dari perkataan ghafiluun) dan pengaruhnya telah menguasai dunia.

Majlis ilmu itu memberi kesedaran pada semua.Majlis ilmu akan menceritakan kalam ulama yang menceritakan kalam ulama sebelumnya yang menceritakan kalam Rasulullah SAW yang menyampaikan KALAM ALLAH SWT.

5.Apabila barat menjajah Sepanyol,mereka amat kagum dengan kewujudan taman-taman yang indah dibelakang rumah orang Islam.Taman-taman ini sebenarnya gambaran kerinduan orang Islam yang membaca ayat-ayat AL Quran yang ada mengisahkan tenatng keindahan taman-taman di syurga.Lalu taman itu dibina bagi mengubati kerinduan mereka.Lalu taman inilah juga yang ditiru oleh barat dan eropah dan dijadikan pelbagai jenis taman yang kita lihat sekarang di negara mereka.

6.Apabila pusat tumpuan kita lari maka datanglah 10 penyakit hati :

Kuat makan,banyak bercakap,cepat marah,hasad,dengki,kedekut,kasih pada harta miliknya,takjub,riak dan ujub.

7.Apabila kita jaga hati,maka hadirlah 12 perkara di dalam diri kita :

Taubat,syukur,khauf dan roja`,tauhid,tawakal,fakir dan zuhud,niat ikhlas,mahabah,redha,muraqabah dan muhasabah,tafakur dan zikrullah.

8.Solat 5 waktu adalah latihan untuk memusatkan tumpuan.

9.Sesihat-sihat mata,apabila di dalam bilik yang gelap tidak akan dapat melihat kecuali jika ada cahaya.Sebaik-baik akal,tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna tanpa ada cahaya/Nur dari Al Quran.
Hadirin yang memenuhi surau.
Moga ALlah menurunkan Rahmat untuk semua.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat,

Wak,
TDI.

No comments: