Thursday, June 25, 2009

...Jumaat dan iktibar...


Minggu yang sudah ketika di Masjid Lobai Kampung,Ustaz Nuruddin Al Banjari ada menyentuh sedikit tentang jemaah masjid yang tidur ketika mendengar khatib membaca khutbah.Samada secara kebetulan atau tidak perkara ini juga terjadi di Indonesia.

Saya bandingkan di tempat saya,yang rata rata jemaah masjid pada hari Jumaat adalah warga industri.Satu kelainan kalau nak di bandingkan dengan masjid masjid lain ketika hari Jumaat.Pemandangan biasa adalah jemaah yang hadir samaada berbaju melayu lengkap bersamping ataupun dengan berkain pelikat sahaja.Tapi tidak di masjid kami,jemaah yang hadir dengan uniform/seragam kilang atau pejabat masing masing.Nampak kelainan di situ dan biasanya mereka ini suka duduk berkelompok menambahkan lagi keceriaan masjid dengan jemaah yang hadir.Tapi masalah tetap sama,jemaah tetap tidur ketika khatib membaca khutbah.(mungkin dasar kerajaan perlu di perbaiki supaya Jumaat di jadikan cuti umum bagi setiap minggu)



Tapi ada beberapa titipan kisah yang saya alami sendiri berkaitan dengan khutbah dan khatib.Beberapa tahun dahulu ketika melawat Bandaraya Ipoh,kami sempat singgah untuk solat Jumaat di sebuah masjid yang tidak ingat namanya.Sebelum masuk ke dewan masjid sempat lagi menjamu selera dengan air sirap dan pisang yang di sedekahkan oleh Hamba Allah.(seperti sinonim buah pisang dengan solat jumaat…di mana mana masjid pasti ada)Tiba tiba apabila sampai masa khatib membacakan khutbah tanpa di sangka sangka khutbah yang di bacakan adalah di dalam bahasa Tamil.Kami memandang sesama sendiri.Rupanya asyik makan pisang tadi membuatkan kami tidak menghiraukan jemaah sekeliling.Barulah kami perasan majoriti jemaah pada hari tu adalah kaum India Muslim.Apapun itu pengalaman beberapa tahun dahulu.

Namun begitu pengalaman dapat bersolat Jumaat di Masjidil Haram merupakan pengalaman manis yang tak mungkin di lupakan.Walaupun dalam bahasa Arab,tapi saya sendiri dapat rasakan 'aura' khutbah berkenaan.Walaupun hampir sebahagian besar isi khutbah tidak dapat difahami tetapi di sebabkan khatib yang membaca khutbah dengan penuh semangat dan dengan roh yang ada dalam isi khutbah itu membuatkan jemaah khusyuk mendengar.(Sebenarnya khatib juga memainkan peranan ketika membaca khutbah demi 'menarik' perhatian jemaah yang hadir)

2 tahun lepas,saya di bawa oleh jiran saya untuk bersolat jumaat di tempat lamanya menyewa rumah.Oleh kerana ada keluangan masa di tambah Jumaat itu jatuh cuti umum saya pun cuba cuba menukar selera.Tapi kali ini 'hidangan' memang betul betul kena dengan selera saya (rasanya jemaah lain mungkin begitu juga.)Khutbah dapat di hadam dengan penuh khusyuk seolah olah saya memasuki satu kawasan yang tidak pernah saya masuki.Khatib penuh semangat membaca khutbah walaupun tanpa teks yang kadangkala teks itu sendiri membuatkan jemaah 'muak' dengan isinya.
Mendengar khutbah dari khatib yang tidak membaca teks ini merupakan pengalaman baru dari saya.Tapi sayang,jarang jarang saya mendapat peluang untuk ke masjid itu lagi.Ada hikmahnya juga,kadang kadang yang selalu itu membuatkan kita 'jemu'.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Al Imam Ustaz Khusairi Hamthan.
Sempat juga saya meminta pada beliau nombor untuk di hubungi sekiranya khidmat beliau di perlukan.Mungkin suatu hari nanti sahabat diluar sana akan saya ketemukan dengan beliau.InsyaAllah.


Nak tunggu apa….Jom Hijrah!!!

No comments: