Thursday, July 19, 2012

:: Berbudi kepada tanah ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,beberapa pokok yang kami semai dan tanam di belakang rumah,kini mula mengeluarkan hasil.Pastinya yang bergembira adalah anak-anak kerana dapat merasai pengalaman baru menguruskan kebun.Apabila mereka mengikut saya ke kebun,mulalah keluar dialog-dialog di dalam UPIN-IPIN.Tentu sahaja dialog Mei-Mei antara yang menjadi pilihan,"Haiya itu cacing maaa..." dan "saya tak tau,saya tak tau."

Walaupun dalam keletihan setelah melalui seminggu bekerja namun di dalam hati terasa puas bila apa yang diusahakan kini mula mengeluarkan hasil.Badan juga menikmati kepuasan bila dapat berpeluh setelah penat membersihkan kawasan kebun.Hasilnya,makan tengahari yang bertambah-tambah berlaukan terung masak kari dan berulamkan timun,semuanya dituai dari kebun di belakang rumah.

Namun hakikatnya ia tidaklah semudah itu.Banyak cabaran yang perlu dilalui untuk membolehkan hasil dituai.Serangan serangga adalah musuh utama,ulat dan kumbang contohnya.Itu belum lagi dikira serangan semut merah.Belum dikira cabaran mengangkat berbaldi air untuk proses menyiram.Juga belum dikira cabaran memulihkan pokok yang terbantut pertumbuhannya.Yang nyata,ia amat memerlukan kesabaran.

Mentimun yang sudah sedia dipetik.

Cili padi yang gemuk membunting.

Tomato yang masih kehijauan.

Bulan ramadhan dan ibadah berpuasa juga melatih kita untuk banyak bersabar.

"Allahuma Balighna Ramadhan."

Wak,
TDI.

No comments: