Tuesday, March 15, 2011

:: Maju Kebelakang (Siri 2) ::

Bismillah hirrahman nirrahim

Segala puji-pujian tertentu hanya bagi Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas sekalian alam.Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya.

Lahir sebagai Melayu.

Alhamdulillah,kita dilahirkan dikalangan bangsa melayu yang pada kebiasaannya akan menganut agama Islam secara automatik.Tetapi adakah kita secara zahirnya sahaja dilahirkan di dalam keluarga Islam sebaliknya amalan kita masih lompang di sana sini.Dalam keadaan dan nikmat yang terlampau besar disebabkan kita mendapat hidayah Iman dan Islam dengan secara percuma,kita sepatutnya menjaga solat kita agar tidak menjadi seperti pagar kayu yang roboh di sana sini.Selain itu tuntutan lain seperti menyempurnalan bayaran zakat juga perlu di tunaikan,bukan hanya sekadar membayar zakat fitrah yang di tunaikan pada bulan Ramadhan sahaja.Itu baru sebahagian dari Rukun Islam.

Tetapi adakah kita sekadar mahu menjadi seorang Islam yang ‘biasa-biasa’ sahaja?

Sebagai orang yang menganut agama Islam,kita mestilah meningkatkan tahap keIslaman kita supaya menjadi MUKMIN YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.Disamping menunaikannya rukun Islam yang 5,segala amal ibadah mestilah dilakukan dan dijaga sebaik mungkin.Contohnya,solat hendaklah dilakukan diawal waktu bukannya menunggu tanah sudah hampir terang baru hendak menunaikan solat subuh.Begitu juga solat-solat fardhu yang lain.Juga perlu dititik beratkan iaitu tuntutan solat berjemaah di surau/masjid.Zakat pula hendaklah ditunaikan seawal mungkin bila sudah mencukupi syarat.

Masih adakah tahap Islam yang boleh kita daki?

Masih ingatkah dengan Ramadhan? Bulan dimana kita dilatih dan dituntut untuk bukan sahaja sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga,bahkan menahan diri dari segala perbuatan yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa.Maka sekiranya tuntutan serta syarat berpuasa yang kita boleh patuhi dengan taat ini sepanjang bulan Ramadhan (siang dan malam) boleh dipraktikkan sepanjang tahun maka jadilah kita seorang Muttaqeen.

Wasilah untuk Nabi SAW.

Selanjutnya,adakah kita sudah layak untuk masuk ke dalam syurga untuk bersama-saman Nabi Muhammad SAW di sana? Sesungguhnya kedudukan syurga Nabi SAW adalah yang tertinggi sepertimana kita membaca doa selepas azan,

"Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang (Wasilah) tinggi dan (wal Fadhilah) terpuji........"

Dan sesungguhnya Wasilah itu hanya Nabi SAW seorang sahaja yang mendudukinya.

Jatuh cintakah aku?

Bagaimana kita hendak mencapai tahap sayang dan cinta kepada Nabi SAW?
Tinggi manakah tahap cinta kita kepada Nabi SAW?

Pepatah melayu ada berkata,"Tak kenal maka tak cinta."
Untuk memahami erti cinta,jom kita kenang semula pengalaman kita masa bercinta 'dolu-dolu'.

Di antara tanda kita mencintai/jatuh cinta pada seseorang :

1.Kita mengambil inisiatif untuk mengenali nama/keluarga/peribadi orang berkenaan.
2.Suruh buat kita buat.
Andai kita merokok,bila orang yang kita cintai itu menyuruh kita buang rokok,pasti kita akan menurut apa sahaja kemahuannya.
3.Surat yang di kelek ke sana kemari.
Sekiranya kita menerima utusan surat (cinta zaman 90-an),kita membacanya berulangkali sehinggakan lunyai kertas surat itu jadinya.Tidak cukup dengan itu,sesudah membacanya,kita simpan pula surat tersebut di bawah bantal sebagai tanda kita sentiasa mengingati kekasih yang kita cintai itu.
4.Nama di sebut-sebut.
Bila kita berseorangan,kita sering teringat-ingat akan orang yang kita cintai.Lalu kita mencoretkan sesuatu di atas kertas.Ada kalanya kita menulis namanya di atas kertas dan merenungnya sambil kita menguntumkan senyuman seorang diri sebagai pelepas rindu.
5.Nampak sesuatu miliknya hilang rindu.
Biasanya bila kita bertemu/berdepan dengan orang yang kita cintai,hati kita akan berdebar-debar.Kadangkala pula kita seperti malu hendak berjumpa/bertemu muka kerana debaran yang ada.Sebagai pelepas rindu,mungkin sekadar dengan melihat kasut orang yang kita cintai itu boleh melepaskan pukulan rindu yang tersesak di dalam jiwa.
6.Tak jumpa hidup-hidup,dalam mimpi pun jadilah.
Masih ingat lagi dahulu ada ilmu yang dipanggil 'Ilmu tepuk bantal'.Jika ilmu itu dipraktikan iaitu dengan menepuk bantal yang kita gunakan sebelum tidur,apabila kita tidur kelak kita akan bermimpi bertemu dengan orang yang kita cintai/rindui. (jangan di amalkan!!!)

Masih segarkah dalam ingatan kenangan-kenangan manis di atas ataupun ia hanya tinggal memori?

Cuba bandingkan dengan tahap kita mencintai Nabi SAW?

1.Kita mengambil inisiatif untuk mengenali nama/keluarga/peribadi orang berkenaan.
Adakah kita mengambil berat/menghafal susur galur/salasilah keluarga Nabi?
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin ??
2.Suruh buat kita buat.
Apakah suruhan Allah SWT di dalam AL Quran yang di wahyukan kepada Nabi SAW kita taati seluruhnya?
3.Surat yang di kelek ke sana kemari.
Berapa banyakkah sunnah dan hadith yang kita baca dalam sehari?
Berapa buku hadith yang kita simpan di dalam rumah?
4.Nama di sebut-sebut.
Dalam sehari berapa kalikah kita berselawat ke atas Nabi SAW?
5.Nampak sesuatu miliknya hilang rindu.
Ada tak di dalam hati kita berniat untuk ziarah kubur Nabi,melakukan haji dan umrah,serata duduk di Raudhah di dalam Masjid Nabi?
6.Tak jumpa hidup-hidup,dalam mimpi pun jadilah.
Pernahkah kita berniat untuk mimpi bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi kita?

Jika kita nilai diri kita melalui 6 soalan di atas,sudahkah selayaknya kita bergelar orang/ummat yang betul-betul mencintai Nabi dan RasulNya?

Wallahua`alam.
Al Fadhil Ustaz Khairul Anuar bin Muhammad Wafa.

Di nukil hasil catatan tangan pada Ceramah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Khairil Anuar bin Muhammad Wafa (Surau Taman Matahari Height-26 Februari 2011) dengan tajuk "Layakkah kita bersama Nabi SAW di syurga?"

p/s :
Saya juga sedang menilai-nilai tahap kecintaan saya terhadap Nabi SAW.

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.

2 comments:

intan.maisarah said...

tenung tenung

pikir pikir

saya masih perlu menilai tahap kecintaan saya pada baginda

WAK said...

i.m :

pikir sejenak itu lebih baik :)