Bismillah hirrahman nirrahim.
Berikut dikongsikan isi kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hambali (13 Aug 2011-SAA)
Bulan Ramadhan sangat berkait dengan Al Quran.Malah antara 3 perkara yang apabila kita memandangnya akan mendapat pahala dan menggugurkan dosa kecil.
1. Memandang Kaabah
2. Memandang Al Quran
3. Memandang wajah ibubapa.
Mempertahankan Al Quran.
Di suatu ketika di zaman Imam Ahmad ibnu Hambal,berlaku satu khilaf yang besar di mana ada segolongan manusia yang mengatakan Al Quran itu adalah makhluk bukan qadim (tiada permulaan).Maka Imam Ahmad Ibnu Hambal bersama 5 orang yang lain bertegas dengan pegangan dan pendirian mereka bahawa Al Quran adalah qadim.
Maka apabila ini berlaku Imam Ahmad ibnu Hambal dan 5 orang lagi sahabatnya ditangkap dan dipaksa supaya menukar pendirian mereka.Di ringkaskan cerita,2 dari mereka telah mengaku Al Quran itu makhluk,2 orang lagi telah meninggal dunia.Tinggallah Imam Ahmad ibnu Hambal berdua dengan sahabatnya berpendirian tegas bahawa Al Quran itu qadim.Namun akhirnya setelah dipaksa dan diseksa sahabatnya itu juga telah menukar pendiriannya.Tinggallah Imam Ahmad ibnu Hambal seorang diri memperjuangkan pendiriannya.
Diseksa.
Oleh kerana Imam Ahmad Ibnu Hambal masih berkeras dengan pendiriannya walaupun bersendirian,maka beliaulah antara yang mendapat seksaan yang paling berat.Diriwayatkan Imam Ahmad ibnu Hambal telah dirotan dengan hebat sekali.Dikatakan kuatnya rotan yang disebat ke badan Imam Ahmad Ibnu Hambal itu boleh menumbangkan seekor gajah.Walaupun menerima seksaan yang sebegitu hebat,namun Imam Ahmad ibnu Hambal masih tetap dengan pendiriannya.
Akhirnya,setelah beberapa ketika,golongan yang awalnya tadi mendakwa Al Quran itu makhluk telah menerima hakikat bahawa Al Quran itu sebenarnya adalah qadim.
Doa.
Setelah segalanya perselisihan pegangan selesai,pada suatu hari belakang badan Imam Ahmad ibnu Hambal yang telah rotan sebelum ini membengkak mengeluarkan nanah.Lalu beliau telah pergi berjumpa tabib untuk berubat.
Sampai di tempat tabib,apabila dibelah belakang badan Imam Ahmad ibnu Hambal untuk dikeluarkan nanahnya,sambil menahan kesakitan Imam Ahmad ibnu Hambal sempat melafazkan,"Ya Allah! Engkau ampunkanlah dosa khalifah." Tabib yang mendengar kata-kata Imam Ahmad ibnu Hambal itu amat terkejut dan berkata,"Kenapakah didoakan khalifah itu sedemikian rupa.Bukankah khalifah itulah yang menyebabkan badan Imam Ahmad ibnu Hambal luka dan bernanah." Imam Ahmad ibni Hambal hanya tersenyum.
Begitulah kisah antara 2 orang yang mempertahankan Islam ketika orang lain berbolak-balik pendirian mereka.Orang pertama adalah Saidina Abu Bakar as Siddiq,iaitu selepas kewafatan Rasulullah SAW,di mana sebahagian golongan percaya akan kewafatan Rasulullah dan segolongan lagi tidak mempercayai bahawa Rasulullah itu sudah wafat.Dan orang kedua adalah Imam Ahmad ibni Hambal,iaitu ketika segolongan manusia menganggap Al Quran itu makhluk dan sebahagian lagi mengatakan Al Quran adalah qadim.
Jom mentadabbur ayat-ayat Al Quran!
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment