Friday, July 20, 2012

:: The Final Countdown ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Hanya tinggal beberapa detik sahaja.
Ramadhan Kareem!

Ini adalah isi tazkirah Ustaz Haji Hambali secara kompilasi.

Penyelesai masalah.

Para sahabat Nabi dahulu menyelesaikan masalah dengan bersolat.Apabila ada sahabat yang balik ke rumah dan bertanyakan kepada isteri mereka dan didapati tiada makanan,mereka akan terus bersolat bermunajat kepada Allah SWT.Jika didapati masih lagi tiada makanan selepas sahaja selesai solat,sahabat akan bersolat lagi sambil memastikan segala rukun dan bacaan adalah betul.Akhirnya,bila sudah selesai solat beberapa kali,sahabat tadi mendapati kisar gandumnya berputar sendiri dan mengeluarkan tepung.Isterinya sibuk menadah tepung sehingga tiada lagi bekas untuk diisi.Kemudian isterinya mengangkat kisar gandumnya didapati tiada apa didalamnya, bila diletakkan semula kisar itu tidak mahu lagi perputar.Lalu sahabat tadi pergi melaporkan kepada Nabi SAW, nabi memberitahu lebih kurang, jika tidak diangkat kisar itu.kisaran gandum itu akan terus mengeluarkan tepung sehingga kiamat.

Mengelak di tipu.

Mungkin ada sesiapa di luar sana yang ada pengalaman di tipu dalam kehidupan seharian.Amalkanlah doa ini sebaik sahaja keluar dari rumah,

"Ya Allah janganlah aku ditipu dan menipu."

Ini pula tazkirah dari Ustaz Haji Nor Azman Mohammad.

Mungkar.

Ada sesetangah orang berhujah dengan ayat Al Quran yang bermaksud – "Dirikanlah solat,sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (al-Ankabut: 54)
Lalu orang itu membuat kesimpulan,kita tidak perlulah bersolat fardhu lagi sekiranya dalam hidup kita seharian sudah tidak lagi berbuat dosa.

Adakah mereka yang berhujah itu tidak sedar,dengan tidak bersolat itulah dia sudah membuat mungkar paling besar.

Pesanan buat diri sendiri.

Ramadhan itu bukan sahaja bulan puasa (menahan lapar dan dahaga),ia adalah bulan Audit Ibadah aka Muhasabah Diri!

Jom semak mutu dan kualiti ibadah kita.

...Tinggal beberapa minit lagi...

Wak,
TDI.

No comments: