Wednesday, July 25, 2012

:: 5 - Berlatih duduk di dalam gelap ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Pagi tadi staff saya mengkhabarkan yang jirannya sedang sakit tenat.Sebelum ini jirannya itu mengidapi penyakit kanser payudara.Setelah berulang kali menjalani rawatan,doktor yang memantau kesihatan pesakitnya itu mendapati sel-sel kenser tidak mati keseluruhannya malah merebak pula ke bahagian tulang.Terbaru,laporan doktor mengesan sel-sel kenser sudah sampai ke kawasan otak.Ia sudah di peringkat kritikal.Staff saya menceritakan kisah jirannya itu sambil menahan air mata kesedihan.

Diceritakan juga,suami jirannya itu pula baru sahaja menjalani pembedahan jantung.Anak pasangan itu seramai 3 orang,yang sulong baru sahaja mencapai umur 15 tahun.Lelaki semuanya.

Apalah perasaan mereka sekarang?

Untuk nota : Kedua-dua ibu dan ibu mertua saya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.

Sentimen Ramadhan.

Tengahari tadi saya mendapat SMS dari Ustaz Abdul Halim mengkhabarkan yang bonda Ustaz Hazizi baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Pilah.Innalillahi wa innailaihirojiuun....

Sesungguhnya,meninggal dunianya seorang yang kita sayangi akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita,inikan pula meninggal dunianya mereka itu di bulan Ramadhan.Saya doakan kesejahteraan Roh mereka dan mendoakan keampunan daripada ALlah SWT kepada mereka.

Gelap di dunia.

Antara waktu yang afdhal/makbul untuk berdoa adalah ketika waktu sahur.Bermunajatlah dengan hati yang merendahkan diri dan anggaplah ia latihan duduk di dalam gelap sebelum kita akan duduk di dalam lubang kubur berseorang diri kelak.

Wak,
TDI.

No comments: