Thursday, July 26, 2012

:: 6 - The power of words ::

Bismillah hirrahman nirrahim.



Minggu lepas ketika mendengar kuliah Ustaz Zaidi Ramli,beliau ada menerangkan peranan perkataan dalam berkomunikasi.

Contohnya bila isteri ingin meminta si suami membayarkan bil api dan air ;

Isteri : Nampak hensem pulak abang pakai baju kemeja ni.
(boleh di tambah dengan pujian lain jika perlu bagi membangkitkan lagi hormon lelaki)
Suami : Nak keluar kejap.Nak pesan apa-apa ke?
(tanda hormon lelaki suami sudah bertambah)
Isteri : Ni ha,tolong bayarkan bil api dengan air ni bleh?

Amat penting penggunaan/pemilihan kata-kata kerana di dalam otak lelaki ini semuanya adalah melibatkan duit.Silap cara,lain jadinya.

Malam semalam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja,sempat mendengar radio IKIM sementara menuju ke MBBS.Ustaz Dr.Zahazan (kalau tak silap) sedang menyampaikan tazkirah pada ketika itu.Kata beliau,setiap perkataan yang kita guna atau dengar mempunyai aura tersendiri.

Contoh yang paling terdekat adalah perkataan RAMADHAN.Ia bukan sekadar perkataan biasa.Bagi yang faham,bila dengar sahaja perkataan RAMADHAN,ia membawa satu penghayatan di mana ia memberi motivasi untuk si pendengar terus memperbanyakkan amal ibadah,siang dan malam.

Benarlah kata seorang ustaz,puasa bulan Ramadhan ini adalah ibadah yang jika dilakukan adalah dengan betul-betul ikhlas.Ini kerana puasa bukan amalan anggota sahaja,ia melibatkan zahir dan batin.Siapa pun tidak akan tahu samada kita betul-betul menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa  atau tidak,melainkan Allah SWT.

Apa khabar puasa kita?

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.

No comments: