Bismillah hirrahman nirrahim.
Sedikit dikongsikan pengisian tazkirah dari Ustaz Zaidi Ramli (Surau Ibnu Khaldun,Taman Levendar Height-22 Julai 2012).
Sifat Positif.
Manusia sebenarnya sentiasa mencari sebab untuk bersifat positif.Contohnya jika seseorang itu melihat orang membuang sampah merata-rata,maka pasti akan terdetik dihatinya membenci akan perilaku itu walaupun dia sendiri biasa membuang sampah merata-rata.
Sejahat mana pun seorang penjenayah pasti dia sendiri tidak mahu anaknya menjadi penjenayah sepertinya.
Mengimbangi nafsu dan akal.
Nafsu dan akal adalah kurniaan Allah SWT kepada hambaNJya yang bernama manusia.Itulah yang membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain.
Namun nafsu terlebih dahulu berada pada diri manusia.Nafsu datang seawal bayi itu lahir.Walaupun bayi itu tidak pandai berkata-kata tetapi bayi akan menangis bagi menyatakan yang dia sedang lapar dan mahukan susu ibunya.
Akal pula datang kemudian.Mungkin sedikit demi sedikit mengikut kadar tumbesaran sebayi itu.Mungkin akal datang ketika bayi itu berumur 15 tahun.
Sebab itulah perlunya agama dan peri-pentingnya ianya dihayati.Penghayatan agama perlu ada dalam hidup seseorang. Hayat ertinya hidup.Ia bukan sekadar hanya tercatat pada kad pengenalan diri sahaja.
Kajian dilakukan oleh pelbagai pihak berkaitan peranan dan kesan media (massa dan elektronik) mengenai gejala kelahiran anak diluar nikah.Hasil kajian didapati punca utama masalah ini adalah pegangan akidah atau dengan kata lainnya penghayatan agama yang kurang.Dan media hanyalah menjadi stimulasi dan pemangkin sahaja.
Manja.
Antara yang menjadi tanda seseorang itu manja adalah ia gemar dan suka meminta sesuatu.Manja biasanya dikaitkan dengan anak perempuan ataupun anak bongsu di dalam sesebuah keluarga.
Di dalam Islam,kita sebenarnya diajar untuk menjadi manja.Dengan kata lain kita di ajar oleh Nabi Muhammad SAW agar banyak meminta-meminta kepada Allah SWT.Contohnya,sebelum masuk ke tandas kita meminta kepada Allah.Sebelum naik kenderaan kita meminta kepada Allah. Sebelum memakai pakaian kita meminta kepada Allah.Dan banyak lagi.
Apa kesannya? Semakin kita manja dan banyak meminta kepada Allah SWT,semakin tawadhulah kita dalam kehidupan.
Ayuh,banyakkan berdoa di bulan Ramadhan ini terutamanya doa keampunan dan doa agar dikurniakan Syurga Firdaus.
Moga perkongsian memberikan menfaat.
Ps : Hari ini juadah berbuka dan juadah bersahur disponsor oleh naqib usrah,Ustaz Haji Halim Abdullah.Terima kasih ustaz sekeluarga kerana menjemput kami iftar di rumah.Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki Ustaz sekeluarga.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment