Tuesday, July 24, 2012

:: 4 - Mencari keberkatan hidup. ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan isi kuliah Ustaz Haji Hambali ;

1.Umur yang panjang tetapi tiada keberkatan hanya mengundang kutukan dari Allah SWT.
2.Anak yang ramai tetapi tiada keberkatan hanya menjadi bebanan kubur dan hari akhirat.
3.Harta yang banyak tetapi tiada keberkatan hanya menarik kita ke pintu neraka.

Sesungguhnya sesuatu nikmat yang berkat itu adalah nikmat itu sendiri sentiasa memberikan ketenangan kepada kita.Malah tidak kira samada nikmat itu sedikit mahupun banyak,ia memberi kebaikan kepada agama.

Anak sebagai satu nikmat.

Sesetengah orang mahukan anak yang ramai.Sesetengah orang pula mahukan anak yang minimum.Ia biasanya berkaitan 'kuantiti vs kualiti'.Sudah tentu ia adalah terlalu subjektif.

Alhamdulillah,anak saya kini seramai 5 orang,3 lelaki 2 perempuan.Mereka adalah buah hati kami suami isteri.Merekalah pengubat kepenatan apabila saya pulang bekerja.Mereka jugalah yang memeriahkan rumah ketika mereka berjaga.

Umur anak-anak saya sekitar 1~8 tahun.5 orang anak bermakna saya perlu menghadapi 5 jenis perilaku setiap hari.Semuanya berbeza-beza.Yang sama hanyalah bin dan bintinya sahaja.Namun untuk mengambil kira peringatan di atas-"Anak yang ramai tetapi tiada keberkatan hanya menjadi bebanan kubur dan hari akhirat",ia memerlukan satu bentuk tarbiah khusus untuk anak-anak.

Lalu apa tarbiyah terbaik untuk anak-anak?

Saya tidak pasti.Tetapi pepatah melayu ada mengatakan,kepimpinan melalui tauladan.Seorang bapa harus menjadi pemimpin yang bagus.Bukankah bapa itu pemimpin keluarga?

Bagaimana mahu menjadi pemimpin yang bagus?

Apakata mulakan dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan solat berjemaah 5 waktu di tempat azan di azankan dan di awal waktu.Bulan Ramadhan rasanya amat sesuai kita mula untuk mempraktikkannya.

Juadah berbuka hari ini-kuih ketayap.
Ia merupakan air tangan dari seorang ummi :)

Mega-mega merah sudah muncul,azan pun sudah berkumandang.
Jom berbuka dengan penuh keinsafan dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.

No comments: