Puasa di Bulan Ramadhan biasa dikaitkan dengan sifat sabar.
SABAR juga perlukan kunci.
Tetapi sabar yang bagaimana?
Contohnya begini.
Walaupun juadah berbuka yang enak-enak sudah terhidang awal di dapur,ia hanya boleh di jamah oleh kita bila azan maghrib berkumandang.Jika kita menjamah makanan berkenaan awal seminit sekalipun,makan batalah puasa kita pada hari tersebut.
Itu semua orang sedia maklum.
Adakah kategori sabar yang lain?
Sabar adalah sifat menahan.Ia bersifat seperti brek kereta,menahan kereta dari terus bergerak bila pedal brek ditekan.Sebab itulah biasa kita dengar akan perkataan menahan sabar.
Oleh itu,tanpa sebarang tekanan atau situasi tertentu,sifat sabar tidak diuji.Contohnya begini,bila kita diserang sakit gigi,sifat sabar perlu ada dalam diri kita dengan kadar yang tinggi ketika itu.Silap langkah sahaja,kita bisa melakukan tindakan luar kawal dek kerana tidak sabar menahan sakitnya gigi yang berlubang itu.
Itu sabar dari segi fizikal.
Bagaimana pula sabar dari segi mental.
Puasa kadangkala membuatkan masa kita akan terluang.Ini disebabkan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk makan sudah tidak kita guna.Pada masa-masa terluang inilah kadang-kadang terlintas dibenak dan fikiran kita peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada kita selama ini.Mungkin kita teringat bagaimana boss kita selalu memberikan bebanan kerja yang tidak munasabah.Mungkin kita teringat kawan kita yang berhutang lapok kepada kita.Mungkin juga kita teringat kepada ibu kita dikampung yang sedang merajuk terhadap kita atas sebab tertentu.
Lintasan-lintasan ingatan seperti di atas,biasanya bisa membangkitkan amarah dalam diri kita.Lalu jika ia tidak dikawal,maka tidak mustahil percikan api akan malak menyara dek kerana simbahan bahan pembakar api.
Lalu bagaimana mahu mendidik sabar?
Sifat sabar bukan boleh datang tanpa ada latihan.Sebab itu Ramadhan dipanggil sebagai Universiti yang mentarbiah nafsu.29/30 hari kita berpuasa Ramadhan maka selama itu jugalah nafsu dalam diri kita ditarbiyah.Ini supaya bila keluar sahaja dari Universiti Ramadhan kelak,kita tidak mudah tewas dengan nafsu kita yang dirangsang oleh pujukan syaitan.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)
Ya! Target kita bila berakhir sahaja bulan Ramadhan,kita menjadi orang yang berTAQWA.
Moga perkongsian dapt memberikan menfaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment