Thursday, March 3, 2011

:: Sirah Nabi & keistimewaannya ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(sekadar gambar hiasan)

Antara maksud/tafsir kepada sirah Nabi Muhammad SAW adalah perjalanan hidup yang ditempuh oleh Nabi SAW sepanjang hidup baginda.

Antara keistimewaan sirah Nabi SAW adalah :

1. Sirah paling sahih dan paling tepat.

Kisah perjalanan hidup Nabi SAW bukan seperti kisah lagenda yang kita biasa baca tertulis di dalam buku-buku tertentu yang kebanyakkanya mempunyai tokok tambah disana sini.Kisah sirah Nabi SAW adalah kisah yang bersanat (salsilah-pertalian yang terdiri dari beberapa orang perawi,satu demi satu) dan bertawattir.

Penelitian tentang kisah dan sifat Nabi SAW juga diceritakan dengan terperinci di dalam kitab Taurat dan Injil.

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri." (Al Baqarah :146)

Sekali,Imam Bukhari berjalan beratus-ratus kilometer jauhnya bagi menemui seorang yang diberitakan boleh meriwayatkan satu hadith.Tatkala sampai ke tempat berkenaan,kelihatan orang tersebut sedang menabur makanan kepada ayam peliharaannya.Tetapi sebenarnya makanan yang ditaburkan itu bukan untuk memberi makan sebaliknya sebagai umpan untuk orang tersebut menangkap ayamnya.Melihat kejadian itu,Imam Bukhari membatalkan hasratnya untuk mendapatkan hadith dari orang tersebut.

Kalau begitulah berhati-hatinya Imam Bukhari dalam pengumpulan hadith,maka sudah tentulah pengkisahan sirah Nabi SAW adalah juga amat terpelihara.

2. Syaamilah (merangkumi seluruh aspek kehidupan)

Seperti yang diketahui umum :
i.Nabi Muhammad SAW adalah seorang ketua agama.

ii.Nabi Muhammad SAW adalah seorang ketua angkatan perang.
Nabi sendiri menyertai beberapa perang besar contohnya,perang Badar,Uhud,Khandak,Hunain.

iii.Nabi Muhammad SAW adalah seorang suami.
Bukan sahaja seorang suami,malah seorang bapa yang adil dan romantik.
-Nabi SAW amat memberati giliran kepada kesemua isterinya walaupun ketika sakit dihujung usia Baginda.
-Nabi pernah berlumba lari dengan Saidatina Aisyah.

iv.Nabi Muhammad SAW adalah seorang bapa.
Bukan sahaja seorang bapa,malah seorang bapa yang tegas.

"Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan kupotong tangannya." (Riwayat Bukhari)

v.Nabi pengorbanannya tinggi.
-Suatu ketika di perang Khandak,ada sahabat yang mengadu kepada Nabi Muhammad SAW yang mereka sedang menahan kelaparan.Sambil itu mereka menunjukkan perut mereka yang telah berikat dengan seketul batu bagi menahan lapar mereka.Melihat itu,lalu Baginda menunjukkan kepada sahabatnya akan keadaan perut baginda yang berikat 3 ketul batu.
(Mengikut pemahaman kita,jika sahabat 1 kali lapar,Nabi 3 kali ganda lapar.Kalau sahabat 1 hari tidak makan,Nabi 3 hari tidak makan.)

-Nabi SAW pernah solat malam hingga bengkak-bengkak kaki Baginda.
(Kita pula tidur malam sampai bengkak-bengkak mata kita)

3. Kaamilah (lengkap)

Kisah sirah Nabi SAW dari mula kehidupan (sebelum menjadi Nabi) hinggalah saat kewafatan Baginda semuanya diceritakan dengan jelas.Tiada satu sudut pun dalam kehidupan Baginda yang di rahsiakan.

Nota :
Di atas adalah perkongsian dari isi Ceramah Maulid Nabi yang di sampaikan oleh Ustaz Hj Nor Azman di Surau Al Amin (27 Februari 2011) dengan sedikit penambahan (moga tidak menjejaskan tajuk utama).

Wak,
Taman Desa Ixora,
N9.

1 comment:

DK said...

tabib ust nor azman albanjary http://datoksirkronik.blogspot.com/2015/02/rawatan-percuma-untuk-gangguan-makhluk.html