Suatu hari seorang hartawan telah melalui hari-hari yang cukup menyeksakan di dalam hidupnya.Apabila dia bangun dari tidur dan pergi ke tandas untuk membuang air,tiba-tiba dia berasa sesuatu yang agak luar biasa.Walaupun dia merasakan yang dia mahu membuang air kecil tapi ia tidak begitu.Tiba-tiba sahaja kesakitan datang tanpa diduga namun dia belum mampu juga untuk melangsaikan hajatnya.Kesakitan yang bersilih ganti dengan keinginan untuk membuang air itu membuatkan dia serba tidak kena.Lebih dari itu,kesakitan yang ditanggungnya semakin menjadi-jadi menyebabkan dia menderita dan tidak tentu arah.Akibat tidak tahan menanggung derita kesakitan,dia telah memanggil anaknya dan meminta agar anaknya itu menghantarnya ke hospital dengan kadar segera.
Setibanya di hospital si hartawan tadi terus sahaja di bawa ke dalam bilik rawatan untuk diperiksa.Setelah mendapat nasihat doktor,dia pun bersetuju untuk dirawat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.Setelah mendapatkan rawatan barulah kesakitan dan penderitaan yang di tanggung oleh si hartawan tadi hilang beransur-ansur.
Cerita si hartawan tadi dimasukkan ke dalam hospital telah sampai ke pengetahuan sahabat-sahabatnya.Maka ramailah di antara mereka yang meluangkan masa menziarahi si hartawan di hospital.Apabila sahabat-sahabatnya sampai di hospital,mereka segera menemuinya.Namun apabila mereka sampai ke dalam wad tempat si hartawan tadi berbaring,mereka dapati sahabat mereka itu sedang merenung sekeping kertas dengan mata yang merah.Lalu salah seorang dari mereka bertanya,apakah kertas yang sedang di renung oleh si hartawan itu.Lalu si hartawan itu menunjukkan kepada mereka kertas yang berupa bil rawatan dari pihak hospital itu sambil air mata terus berjujuran.Mereka kehairanan.Bil yang bagi mereka yang walaupun tinggi tetapi tidaklah sebanyak mana kalau hendak dibandingkan dengan harta yang dimiliki oleh hartawan tadi.Tentu sahaja si hartawan itu mampu untuk membayarnya.Tetapi mengapa dia menangis sebegitu rupa.Kerana berhadapan situasi yang sebegitu,ada dari mereka yang sudi untuk melunaskan bil berkenaan hanya untuk membuatkan hati sahabat mereka itu tidak sedih dan berterusan berjujuran air mata sebegitu.
Setelah seketika,keadaan kembali tenang dimana si hartawan tadi sudah boleh mengawal keadaannya.Dia pun sudah mula berbual dengan para sahabat yang menziarahinya.Lalu si hartawan tadi berkata,
Dalam hidup tiada yang kita dapat percuma.
Tapi tidak untuk nikmat yang ALlah beri.
(sekadar gambar hiasan)
"Aku sudah hidup selama 70 tahun dengan nikmat yang terlalu banyak dan tidak terhingga.70 tahun juga aku tidak pernah menerima bil dari Allah bila aku membuang air kecil.Tapi hari ini,baru sekali sahaja aku membuang air kecil di hospital,pihak hospital sudah memberi aku bil untuk di jelaskan.Bayangkan sahaja kalau setiap kali aku membuang air kecil,Allah memberi aku bil untuk dijelaskan."
Si hartawan itu menambah lagi......
"Selama 70 tahun ini aku tidak pernah menyedari erti sebenar yang datang dari nikmat membuang air kecil.Hari ini aku benar-benar sedar dan mengetahui betapa besarnya nikmat yang Allah berikan pada kejadian buang air kecil."
Pengajaran dari kisah :
1. Menghargai nikmat pemberiaan Allah membuatkan kita mensyukuri segala kurniaanNya.
Nota tambahan :
Sedarlah,jika ditakdirkan kita beroleh Syurga Allah,itu bukan di sebabkan amal kita yang banyak tetapi atas Rahmat dari Allah SWT.Seorang abid yang beramal selama 1000 tahun,bila dibandingkan timbangan amalannya dengan nikmat sebelah biji mata,maka nikmat sebelah biji mata itu lebih berat dari timbangan amalannya.
Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.
No comments:
Post a Comment