Bismillah hirrahman nirrahim.
Harta.
Dalam riwayat,Iskandar Zulkarnain mempunyai jajahan takluk pemerintahan dari benua Asia hinggalah ke benua Eropah.Sebelum beliau meninggal,beliau berpesan agar apabila beliau meninggal kelak,mayatnya hendaklah di bawa keliling bandar dengan tangan terbuka.Apabila di tanya mengapa,beliau mengatakan,"aku ingin memberitahu dunia,lihatlah Zulkarnain,apabila dia mati dia tidak membawa 1 sen pun ke dalam kubur."
Berkat.
Suatu hari Khalifah Harun ar-Rasyid pergi berjalan-jalan di dalam sebuah kebun delima milik rakyatnya.Ketika sampai di suatu kawasan,baginda telah berhenti sambil memerhatikan buah-buah delima yang besar dan masak ranum.Lalu baginda meminta izin untuk merasa buah delima di dalam kebun itu kepada tuannya.Lalu di ambil oleh tuan kebun itu sebiji delima yang dirasakannya terbaik.Di perahnya delima tadi ke dalam sebuah bekas minuman dan bekas itu telah diajukan kepada baginda.Baginda amat gembira kerana bekas yang ada di depannya penuh dengan air delima dan apabila diminum rasanya cukup manis.Lalu baginda meminum air delima itu sehingga ketitisan terakhir.Dalam pada yang sama,terlintas di hati baginda untuk menaikan kadar zakat yang dikenakan kepada penanam delima kerana hasil mereka cukup lumayan.
Oleh kerana air buah delima yang diminum tadi cukup lazat,baginda telah meminta kepada tuan kebun berkenaan agar dipetikkannya sebiji lagi.Lalu tuan kebun tadi berbuat seperti yang dibuatnya sebelum ini.Dari pokok yang sama,diambilnya sebiji buah delima yang terbaik,diperahkan airnya ke dalam bekas minuman dan di ajukan kepada baginda.Tetapi kali ini baginda mendapati airnya tidaklah sepenuh sebelumnya bahkan apabila di minum airnya pun tidak sesedap dan sesegar sebelumnya.Baginda agak musykil dan diajukan persoalan kepada tuan kebun tentang kemusykilannya itu.Walaupun sama-sama kehairanan tetapi tuan kebun menyatakan dan berpendapat yang mungkin khalifah ingin menaikkan kadar zakat kepada mereka penanam buah delima.
Dengar sahaja pendapat dan pandangan tuan kebun berkenaan,baginda terus sahaja membatalkan niat baginda yang terlintas di dalam hati sebelumnya.
Pengajaran :
1.Harta bersifat sementara.
2.Keberkatan datang apabila keadilan itu ditegakkan.
Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang N9.
No comments:
Post a Comment