Tuesday, March 8, 2011

:: Maju Kebelakang (Siri 1) ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Situasi 1.

Apabila tiba hujung minggu,A dan isterinya akan menghabiskan masanya sebaik dan sesempurna mungkin.Sarapan pagi akan mereka luangkan masa untuk sarapan bersama-sama,mungkin di warung S untuk bersarapan ala-kampung mahupun restoran T untuk bersarapan ala-barat .Sebelum pergi bersarapan,mereka terlebih dahulu beriadah di Tasik U.Sambil mengeluarkan peluh,mereka berborak sambil bertukar-tukar pandangan tentang perihal mereka.Kadangkala sambil mereka membuat aktiviti ada di selang seli dengan usik mengusik bersenda gurau sambil mengimbau kenangan manis dan kisah silam.Jika masa mengizinkan mereka akan bersiar bersama-sama dengan menunggang motosikal.

Situasi 2.

C bekerja di seberang laut.Suasana kerjanya hanyalah sekitar pelantar minyak dan bilik kawalannya.Apabila pulang ke tanahair pasti dibawanya bersama buah tangan dan cenderahati yang istimewa untuk ahli keluarga.Oleh kerana cuti yang diperuntukkan agak banyak,C akan menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarga.Di bawa keluarganya bersiar-siar di Bandar P sambil membeli-belah di gedung Q.Apa yang di minta oleh ahli keluarga pasti akan di tunaikan oleh C,memandangkan dia hanya sekali-sekala sahaja mempunyai masa bersama keluarga.

Situasi 3.

E seorang yang bekerjaya begitu juga dengan F isterinya.Hari-hari biasa mereka terlalu sibuk dengan aktiviti mereka.Menjelang malam barulah mereka berada di rumah dalam keadaan yang hampir lesu.Tika itulah urusan anak dan urusan rumah diselesaikan mana yang mampu.Hampir tengah malam,walaupun masih banyak perkara yang hendak diselesaikan,mata terpaksa dipujuk tidur memandangkan esok,awal-awal pagi lagi mereka terpaksa memulakan rutin biasa.Kerana desakan kerja dan kesibukkan masa,hari minggu merupakan waktu dan saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri itu.Si isteri akan memikirkan dan merancang apakah aktiviti yang akan dibuat pada hujung minggu begitu juga si suami.Si isteri akan mengambil kesempatan yang ada untuk memasak samada menu istimewa mahupun menu yang baru.Si suami pula akan memilih aktiviti luaran seperti melawat kawasan peranginan.Aktiviti yang bersilih ganti sebegitu menyuntik semangat baru kepada mereka.

Apa persamaan antara situasi di atas?

Dalam kehidupan terutamanya kehidupan berkeluarga,saat-saat bersama adalah amat dinanti-nantikan.Bila dalam keadaan sebegitu,tentu banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama.Di kala itu juga,tautan kasih antara sesama ahli keluarga akan dapat ditambah eratkan kerana setiap individu dapat meluangkan masa dan menghargai pasangan dan ahli keluarga masing-masing.Walau apa jua aktiviti yang dirancang dan dilakukan,ianya menjurus kepada satu matlamat iaitu mengINTIMkan ikatan.

Tapi pada suatu ketika,antara sedar atau tidak,mungkin antara kita dalam merencana dan merancang aktiviti,kadangkala oleh kerana terlampau banyak pilihan kita terus menjadi buntu.Mungkin faktor kesesuaian,antara yang banyak menyebabkan aktiviti kadangkala amat sukar untuk disenarai pendekkan seterusnya untuk dimuktamadkan.Kadangkala kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk merancang,aktiviti yang dilaksana menjadi hambar dan kelam kabut.Akhirnya situasi yang sepatutnya boleh mengINTIMkan pasangan masing-masing bertukar menjadi sebaliknya.

Haiwan juga berkeinginan untuk sentiasa
disamping ahli keluarganya.
(sekadar gambar hiasan)

Anda juga pernah mengalami sebegitu?
Sukar membuat pilihan?
Sukar mendapat kata sepakat?
Sukar meluangkan masa bersama?

Tapi masih inginkan ikatan kekeluargaan segar dan INTIM selalu.

Sekali sekala anda boleh mencuba cara/resepi/tips ini.

1. Bila anda terjaga malam,anda kejut pasangan anda.
2. Jika pasangan anda tidak terjaga,dengan penuh kasih sayang renjiskan sedikit air pada mukanya.
3. Bila pasangan anda terjaga,ajak pasangan anda bersama-sama untuk bangun dan mendirikan solat malam.

Ini kerana,

Nabi s.a.w bersabda,"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dgn air."(hadith riwayat Abu Daud)

Apalagi yang lebih baik dalam hidup ini bila Rahmat Allah ada disekitar diri kita.Selain amalan bangun solat malam tadi boleh menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur,ia juga mampu memberikan kekuatan dalaman dalam diri pengamalnya.Kesan dari Rahmat Allah yang turun pula akan menautkan hati antara ahli keluarga,dan akhirnya keluarga menjadi bahgia,anak isteri mudah untuk taat perintah Allah dan ketua keluarga dan akhirnya keberkatan datang dalam setiap apa yang ingin kita lakukan.

Mudahkan?

Selain dari aktiviti yang kita agendakan dan rancang bersama seperti 3 contoh yang dinyatakan di atas,mungkin tips KELUARGA BAHGIA yang disyorkan oleh Nabi SAW boleh juga kita mula dipraktikkan

Saya sendiri pun sedang mencuba-cuba untuk mengamalkannya secara sedikit demi sedikit.

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.

2 comments:

intan.maisarah said...

:)

WAK said...

intan maisarah : ahlan wasahlan.
Jazakumullah sudi mampir...