Monday, March 14, 2011

:: Menadah Ilmu dari Ulama Nusantara ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut di kongsikan sedikit catatan dari Kuliah Subuh yang telah di sampaikan oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Surau Al Amin-12 Mac 2011).

Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
(Ulama Nusantara)

Ada segolongan dari manusia mempertikaikan mengapa orang Islam solat dengan berkiblatkan Kaabah,seolah-olah orang Islam menyembah batu sama seperti agama lain yang menyembah berhala yang juga dibuat dari batu.

Adakah benar begitu? Mari kita renung sejenak.....

Kejadian Kipas dan Lampu.

Melihat kejadian makhluk bernama lampu mahupun kipas,mereka begitu patuh pada perintah manusia.Apabila kita menekan butang ON,maka kipas/lampu tadi akan menyala/berpusing.Pada waktu yang lain bila kita menekan butang OFF,maka lampu/kipas tadi akan berhenti berfungsi.Kipas/lampu tadi bukan sebahagian dari golongan dari manusia,tapi mereka direka oleh manusia.

Kejadian Manusia.

Manusia kejadiannya dicipta dengan dianugerahkan beberapa anggota badan yang sempurna.Mungkin dipertengahan hidup ada segelintir dari manusia yang diciptakan oleh Allah menanggung sengsara penyakit anggota badan,namun walaupun keadaan yang sebegitu,tiada siapa pun yang sanggup menjual anggota badan mereka walaupun ditawarkan sejumlah wang yang tinggi.Ini kerana anggota kita teramat mahal.Anggota seperti organ penglihatan,organ pendengaran,organ berfikir mempunyai fungsi yang amat berguna pada kita manusia.Harganya lebih mahal dan tidak mungkin ternilai walaupun jika hendak dibandingkan dengan alat-ganti kenderaan yang paling mahal di dalam dunia sekalipun.

Adakah dengan kejadian kita seperti yang kita sedia maklum itu,kita tidak boleh patuh/mengImani perintah Allah SWT agar solat untuk mengadap Baitullah?

Sebaliknya,

Jika diperhatikan,mengapa manusia yang kejadiannya seperti yang dinyatakan di atas,hendak menyembah/patuh kepada yang lebih rendah dari taraf mereka?

Pengajaran di sebalik menghadap pada Kiblat.

Sesungguhnya manusia itu suka untuk bersatu. "Innamal Mukminu na Ikhwah" (Qs. Al-Hujurat: 49)

Contohnya seperti kita pergi ke negara Eropah yang majoriti penduduknya orang berkulit putih,tiba-tiba kita berjumpa dengan seorang Melayu.Apabila kita bertegur sapa dengannya,rupa-rupanya orang itu sedaerah dengan kita.Apa agaknya perasaan kita ketika itu? Sudah tentulah kita kepalang gembiranya kerana di daerah yang sejauh Eropah itupun kita masih boleh bertemu dengan orang yang sebahasa, senegara, senegeri,sebandar dan sedaerah dengan kita.

Bersatu pada roh dan perasaan.

Jika dibandingkan dengan situasi di atas dengan kepalang gembiranya kita bertemu dengan saudara yang seagama dengan kita tentu berbeza.Orang yang seagama dengan kita,bila bertemu kita saling mendoakan sesama kita melalui penyebaran salam.Amal ibadah kita juga serupa iaitu dengan rukuk,iktidal,sujud dalam solat.Bacaan kita serupa,permulaan solat kita serupa (mengangkat Takbiratul Ihram) dan pengakhiran solat kita juga serupa (memberi salam) dan kita menghadap pada kiblat yang sama.Bila ini berlaku,kita akan rasa kita semua ummat Islam adalah bersaudara.

Kaabah memandangnya juga berupa ibadah.

Itu baru satu sahaja perintah Allah SWT yang kita tunaikan dan kita sudah boleh melihat hikmahnya.Betapa besarnya hikmah yang ada jika dikaji dan diselidik di sebalik banyak lagi perintah Allah SWT kepada hambaNya di muka bumi ini.

Kisah di sebalik pengajaran bertukarnya kiblat.

Apabila turunnya ayat Al Quran berkaitan berubahnya kiblat untuk solat dari menghadap Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis) ke Masjidil Haram (Baitullah) maka masjid tempat peristiwa di mana kejadian itu berlaku di panggil Masjid Qiblatain (Masjid 2 kiblat).

Sejarah Masjid Qiblatain dinukilkan di dalam Al Quran.
"Sesungguhnya Kami, (sering) melihat mukaMu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan Kamu ke kiblat yang Kamu sukai. Palingkanlah mukaMu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukaMu ke arah nya. Dan sesungguhnya, orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui bahwa, berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Allahnya, dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan." (Surah Al Baqarah:111)

Lalu seorang Ansar yang pulang dari perkampungan Bani Salamah,tempat di mana Masjid Qiblatain berada,berjumpa dengan sahabatnya yang lain yang sedang solat dan masih berkiblatkan Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis) segera menyampaikan perkhabaran yang baru ianya terima mengenai perubahan arah kiblat.Sahabat yang sedang solat itu,apabila mendengar sahaja sahabatnya mengatakan sebegitu,mereka terus sahaja menukar arah kiblat mereka ke Kaabah di Masjidil Haram.Begitulah sifat sahabat,mereka sentiasa bersedia untuk berubah sekiranya itu adalah perintah dari Allah SWT dan RasulNya.

Mengapa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadith Nabi SAW?

Abu Hurairah r.a adalah antara yang paling banyak meriwayat hadith dari Nabi Muhammad SAW dikalangan sahabat yang lain (sekitar 5000 hadith di riwayatkan oleh Abu Hurairah r.a) walaupun Abu Hurairah r.a hanya sempat bersama dengan Nabi lebih kurang 5 tahun sahaja.Berbanding dengan Saidina Ali r.a yang memeluk Islam dari zaman kanak-kanak,di mana Saidina Ali r.a bersama-sama Nabi SAW 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah tetapi hanya meriwayatkan hadith sekitar 800 sahaja.Ini berlaku kerana beberapa sebab :

1. Abu Hurairah r.a banyak memberikan kuliah berbanding sahabat seperti Saidina Abu Bakar r.a,Saidina Umar r.a,Saidina Uthman r.a,Saidina Ali r.a kerana mereka semua sibuk dengan tugas sebagai khalifah.Sudah tentu dengan banyak memberikan kuliah,Abu Hurairah r.a lebih banyak peluang berkongsikan ilmu melalui riwayat hadith yang diketahuinya.
2. Sekali Abu Hurairah r.a meluahkan masalah mudah pelupa yang ada padanya kepada Baginda SAW.Lalu Baginda mengarahkan setiap kali apabila Abu Hurairah r.a mendengar kata-kata Nabi SAW,hamparkanlah sejadah dan sejadah itu apabila disapukan kedada pasti akan dapat diingat segala kata-kata Nabi SAW.Maka semenjak itu,Abu Hurairah r.a tidak lagi menjadi orang yang pelupa.
3. Abu Hurairah r.a adalah antara sahabat yang selalu berada di sisi Nabi tambahan pula ABu Hurairah r.a merupakan seorang yang tidak berkhawin.Maka sudah tentulah dia tidak mempunyai urusan keluarga seperti mana sahabat-sahabat yang lain.Selain itu,Abu Hurairah r.a adalah salah seorang ahli suffah yang mana hidupnya banyak di habiskan di dalam Masjid Nabawi.

Sessi soal jawab.

1. Apakah status golongan syiah.

Golongan syiah bukan sahaja terdapat perbezaan dari segi ibadah mereka bahkan mereka ada yang menolak hadith selain yang di riwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja.Jauh dari itu apa yang mereka lakukan,akidah yang mereka pegang juga bukan sahaja jatuh kufur malah hingga jatuh kepada murtad.Mengapa?

a.Ini kerana bagi meraka,Al Quran itu tidak cukup dan tidak sempurna kerana ada tangan-tangan yang mengubah dan mewarnainya.Tidak bagi kita,kita mengimani Al Quran itu turun dari Alla SWT.

b.Bagi mereka Imam-imam mereka lebih mulia dari Nabi dan Rasul kerana Nabi dan Rasul menerima wahyu dari Allah melalui perantaraan Jibrail a.s manakala Imam-imam mereka menerima wahyu terus dari Allah SWT.

c.Mereka berpendapat,sahabat r.a bersengkongkol dan bermuafakat menidakkan hak Saidina Ali sebagai kalifah yang pertama.Mereka berpendapat sahabat Nabi itu fasikh,pengkhianat,penyibuk dan gila harta ,jawatan dan kedudukan.


Nauzubillah.

2. Cara terbaik mendidik anak untuk solat.

Tidak ada cara terbaik untuk mendidik anak solat dengan ibubapa itu sendiri menjaga solat mereka dengan sempurna.

3. Bolehkah kita berdoa untuk bermimpi berjumpa dengan ibu kita yang sudah meninggal dunia? Adakah riwayat yang menceritakan kisah yang sama.

Suatu hari seorang sahabat Saidina Abbas bin Abdul Muttalib,berdoa kepada Allah SWT untuk berjumpa dengan Saidina Umar r.a di dalam mimpinya.Setelah setahun barulah doa sahabt itu termakbul.Bila sahabat itu bertanya akan perihal keadaan Saidina Umar r.a,Saidina Umar r.a menjawab bahawa beliau baru sahaja selesai di soal siasat di dalam kubur.

Bayangkan sahaja,Saidina Umar yang siangnya tidak tidur kerana sibuk dengan tugas khalifah mentadbir Negara,pada malamnya pula tidak tidur kerana sibuk dengan urusan ibadah kepada Allah SWT,itupun soal siasat terhadap beliau setahun lamanya barulah selesai.

Ada pula kisah lain di zaman dahulu,di mana seorang hamba Allah berdoa ingin berjumpa di dalam mimpinya dengan seorang yang di anggapnya samseng yang telah meninggal dunia.Di mana meninggalnya si samseng tadi ramai yang bersyukur kerana kawasan mereka menjadi aman.Apabila doanya termakbul,alangkah terkejutnya hamba Allah itu apabila mendapati dia berjumpa dengan si samseng tadi di dalam mimpinya tidak seperti yang digambarkan oleh fikirannya.Si Samseng tadi berpakaian serba indah dengan keadaannya yang sungguh gembira dan ceria.Apabila ditanya mengapa boleh terjadi begitu,si samseng itu tadi menceritakan,memang dahulu kami diseksa di dalam kubur di atas amalan buruk yang dilakukannya dahulu,tetapi ada seorang datang menziarahi kuburnya lalu mendoakannya dan mensedekahkan bacaan al Fatihah,lantas si samseng tadi mendapat mendapat keberkatan dari kebaikan dan doanya itu dan dibebaskan dari azab kubur.

Oleh itu,jangan dianggap kecil sesuatu yang kita sedekahkan kepada si mati,samada kenduri arwah,doa atau apa sekalipun amal ibadah kita.Itu merupakan 1 hadiah yang luarbiasa bagi si mati.Ini kerana,Sesungguhnya orang yang sudah mati,mereka seperti di alun-alun oleh ombak,maka amalan yang kita hadiahkan kepada mereka itulah yang mereka tunggu-tunggu dan lebih bererti dari segala dunia dan isi-isinya.

Moga mendapat keberkatan dari ziarah seoarang ulama
dan daku berdoa moga bisa ketemu kembali.

Moga perkongsian yang diberikan ku mohon kepada Allah SWT moga dapat memberikan manafaat kepada semua.
Ku hadiahkan hasil tulisan ini kepada bondaku tersayang Almarhumah Hjh Misemah binti Hj Sakir.

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.

No comments: