Monday, July 30, 2012

:: 7 - Sabar ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Puasa di Bulan Ramadhan biasa dikaitkan dengan sifat sabar.

SABAR juga perlukan kunci.

Tetapi sabar yang bagaimana?

Contohnya begini.

Walaupun juadah berbuka yang enak-enak sudah terhidang awal di dapur,ia hanya boleh di jamah oleh kita bila azan maghrib berkumandang.Jika kita menjamah makanan berkenaan awal seminit sekalipun,makan batalah puasa kita pada hari tersebut.

Itu semua orang sedia maklum.

Adakah kategori sabar yang lain?

Sabar adalah sifat menahan.Ia bersifat seperti brek kereta,menahan kereta dari terus bergerak bila pedal brek ditekan.Sebab itulah biasa kita dengar akan perkataan menahan sabar.

Oleh itu,tanpa sebarang tekanan atau situasi tertentu,sifat sabar tidak diuji.Contohnya begini,bila kita diserang sakit gigi,sifat sabar perlu ada dalam diri kita dengan kadar yang tinggi ketika itu.Silap langkah sahaja,kita bisa melakukan tindakan luar kawal dek kerana tidak sabar menahan sakitnya gigi yang berlubang itu.

Itu sabar dari segi fizikal.

Bagaimana pula sabar dari segi mental.

Puasa kadangkala membuatkan masa kita akan terluang.Ini disebabkan masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk makan sudah tidak kita guna.Pada masa-masa terluang inilah kadang-kadang terlintas dibenak dan fikiran kita peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada kita selama ini.Mungkin kita teringat bagaimana boss kita selalu memberikan bebanan kerja yang tidak munasabah.Mungkin kita teringat kawan kita yang berhutang lapok kepada kita.Mungkin juga kita teringat kepada ibu kita dikampung yang sedang merajuk terhadap kita atas sebab tertentu.

Lintasan-lintasan ingatan seperti di atas,biasanya bisa membangkitkan amarah dalam diri kita.Lalu jika ia tidak dikawal,maka tidak mustahil percikan api akan malak menyara dek kerana simbahan bahan pembakar api.

Lalu bagaimana mahu mendidik sabar?

Sifat sabar bukan boleh datang tanpa ada latihan.Sebab itu Ramadhan dipanggil sebagai Universiti yang mentarbiah nafsu.29/30 hari kita berpuasa Ramadhan maka selama itu jugalah nafsu dalam diri kita ditarbiyah.Ini supaya bila keluar sahaja dari Universiti Ramadhan kelak,kita tidak mudah tewas dengan nafsu kita yang dirangsang oleh pujukan syaitan.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:183)

Ya! Target kita bila berakhir sahaja bulan Ramadhan,kita menjadi orang yang berTAQWA.

Moga perkongsian dapt memberikan menfaat.

Wak,
TDI.

Thursday, July 26, 2012

:: 6 - The power of words ::

Bismillah hirrahman nirrahim.



Minggu lepas ketika mendengar kuliah Ustaz Zaidi Ramli,beliau ada menerangkan peranan perkataan dalam berkomunikasi.

Contohnya bila isteri ingin meminta si suami membayarkan bil api dan air ;

Isteri : Nampak hensem pulak abang pakai baju kemeja ni.
(boleh di tambah dengan pujian lain jika perlu bagi membangkitkan lagi hormon lelaki)
Suami : Nak keluar kejap.Nak pesan apa-apa ke?
(tanda hormon lelaki suami sudah bertambah)
Isteri : Ni ha,tolong bayarkan bil api dengan air ni bleh?

Amat penting penggunaan/pemilihan kata-kata kerana di dalam otak lelaki ini semuanya adalah melibatkan duit.Silap cara,lain jadinya.

Malam semalam ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja,sempat mendengar radio IKIM sementara menuju ke MBBS.Ustaz Dr.Zahazan (kalau tak silap) sedang menyampaikan tazkirah pada ketika itu.Kata beliau,setiap perkataan yang kita guna atau dengar mempunyai aura tersendiri.

Contoh yang paling terdekat adalah perkataan RAMADHAN.Ia bukan sekadar perkataan biasa.Bagi yang faham,bila dengar sahaja perkataan RAMADHAN,ia membawa satu penghayatan di mana ia memberi motivasi untuk si pendengar terus memperbanyakkan amal ibadah,siang dan malam.

Benarlah kata seorang ustaz,puasa bulan Ramadhan ini adalah ibadah yang jika dilakukan adalah dengan betul-betul ikhlas.Ini kerana puasa bukan amalan anggota sahaja,ia melibatkan zahir dan batin.Siapa pun tidak akan tahu samada kita betul-betul menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa  atau tidak,melainkan Allah SWT.

Apa khabar puasa kita?

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.

Wednesday, July 25, 2012

:: 5 - Berlatih duduk di dalam gelap ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Pagi tadi staff saya mengkhabarkan yang jirannya sedang sakit tenat.Sebelum ini jirannya itu mengidapi penyakit kanser payudara.Setelah berulang kali menjalani rawatan,doktor yang memantau kesihatan pesakitnya itu mendapati sel-sel kenser tidak mati keseluruhannya malah merebak pula ke bahagian tulang.Terbaru,laporan doktor mengesan sel-sel kenser sudah sampai ke kawasan otak.Ia sudah di peringkat kritikal.Staff saya menceritakan kisah jirannya itu sambil menahan air mata kesedihan.

Diceritakan juga,suami jirannya itu pula baru sahaja menjalani pembedahan jantung.Anak pasangan itu seramai 3 orang,yang sulong baru sahaja mencapai umur 15 tahun.Lelaki semuanya.

Apalah perasaan mereka sekarang?

Untuk nota : Kedua-dua ibu dan ibu mertua saya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.

Sentimen Ramadhan.

Tengahari tadi saya mendapat SMS dari Ustaz Abdul Halim mengkhabarkan yang bonda Ustaz Hazizi baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Pilah.Innalillahi wa innailaihirojiuun....

Sesungguhnya,meninggal dunianya seorang yang kita sayangi akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada kita,inikan pula meninggal dunianya mereka itu di bulan Ramadhan.Saya doakan kesejahteraan Roh mereka dan mendoakan keampunan daripada ALlah SWT kepada mereka.

Gelap di dunia.

Antara waktu yang afdhal/makbul untuk berdoa adalah ketika waktu sahur.Bermunajatlah dengan hati yang merendahkan diri dan anggaplah ia latihan duduk di dalam gelap sebelum kita akan duduk di dalam lubang kubur berseorang diri kelak.

Wak,
TDI.

Tuesday, July 24, 2012

:: 4 - Mencari keberkatan hidup. ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan isi kuliah Ustaz Haji Hambali ;

1.Umur yang panjang tetapi tiada keberkatan hanya mengundang kutukan dari Allah SWT.
2.Anak yang ramai tetapi tiada keberkatan hanya menjadi bebanan kubur dan hari akhirat.
3.Harta yang banyak tetapi tiada keberkatan hanya menarik kita ke pintu neraka.

Sesungguhnya sesuatu nikmat yang berkat itu adalah nikmat itu sendiri sentiasa memberikan ketenangan kepada kita.Malah tidak kira samada nikmat itu sedikit mahupun banyak,ia memberi kebaikan kepada agama.

Anak sebagai satu nikmat.

Sesetengah orang mahukan anak yang ramai.Sesetengah orang pula mahukan anak yang minimum.Ia biasanya berkaitan 'kuantiti vs kualiti'.Sudah tentu ia adalah terlalu subjektif.

Alhamdulillah,anak saya kini seramai 5 orang,3 lelaki 2 perempuan.Mereka adalah buah hati kami suami isteri.Merekalah pengubat kepenatan apabila saya pulang bekerja.Mereka jugalah yang memeriahkan rumah ketika mereka berjaga.

Umur anak-anak saya sekitar 1~8 tahun.5 orang anak bermakna saya perlu menghadapi 5 jenis perilaku setiap hari.Semuanya berbeza-beza.Yang sama hanyalah bin dan bintinya sahaja.Namun untuk mengambil kira peringatan di atas-"Anak yang ramai tetapi tiada keberkatan hanya menjadi bebanan kubur dan hari akhirat",ia memerlukan satu bentuk tarbiah khusus untuk anak-anak.

Lalu apa tarbiyah terbaik untuk anak-anak?

Saya tidak pasti.Tetapi pepatah melayu ada mengatakan,kepimpinan melalui tauladan.Seorang bapa harus menjadi pemimpin yang bagus.Bukankah bapa itu pemimpin keluarga?

Bagaimana mahu menjadi pemimpin yang bagus?

Apakata mulakan dengan mendekatkan diri dengan Allah SWT dengan solat berjemaah 5 waktu di tempat azan di azankan dan di awal waktu.Bulan Ramadhan rasanya amat sesuai kita mula untuk mempraktikkannya.

Juadah berbuka hari ini-kuih ketayap.
Ia merupakan air tangan dari seorang ummi :)

Mega-mega merah sudah muncul,azan pun sudah berkumandang.
Jom berbuka dengan penuh keinsafan dan mensyukuri nikmat Allah SWT.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.

Monday, July 23, 2012

:: 3 - Membina perisai diri ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Sedikit dikongsikan pengisian tazkirah dari Ustaz Zaidi Ramli (Surau Ibnu Khaldun,Taman Levendar Height-22 Julai 2012).

Sifat Positif.

Manusia sebenarnya sentiasa mencari sebab untuk bersifat positif.Contohnya jika seseorang itu melihat orang membuang sampah merata-rata,maka pasti akan terdetik dihatinya membenci akan perilaku itu walaupun dia sendiri biasa membuang sampah merata-rata.

Sejahat mana pun seorang penjenayah pasti dia sendiri tidak mahu anaknya menjadi penjenayah sepertinya.

Mengimbangi nafsu dan akal.

Nafsu dan akal adalah kurniaan Allah SWT kepada hambaNJya yang bernama manusia.Itulah yang membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain.

Namun nafsu terlebih dahulu berada pada diri manusia.Nafsu datang seawal bayi itu lahir.Walaupun bayi itu tidak pandai berkata-kata tetapi bayi akan menangis bagi menyatakan yang dia sedang lapar dan mahukan susu ibunya.

Akal pula datang kemudian.Mungkin sedikit demi sedikit mengikut kadar tumbesaran sebayi itu.Mungkin akal datang ketika bayi itu berumur 15 tahun.

Sebab itulah perlunya agama dan peri-pentingnya ianya dihayati.Penghayatan agama perlu ada dalam hidup seseorang. Hayat ertinya hidup.Ia bukan sekadar hanya tercatat pada kad pengenalan diri sahaja.

Kajian dilakukan oleh pelbagai pihak berkaitan peranan dan kesan media (massa dan elektronik) mengenai gejala kelahiran anak diluar nikah.Hasil kajian didapati punca utama masalah ini adalah pegangan akidah atau dengan kata lainnya penghayatan agama yang kurang.Dan media hanyalah menjadi stimulasi dan pemangkin sahaja.

Manja.

Antara yang menjadi tanda seseorang itu manja adalah ia gemar dan suka meminta sesuatu.Manja biasanya dikaitkan dengan anak perempuan ataupun anak bongsu di dalam sesebuah keluarga.

Di dalam Islam,kita sebenarnya diajar untuk menjadi manja.Dengan kata lain kita di ajar oleh Nabi Muhammad SAW agar banyak meminta-meminta kepada Allah SWT.Contohnya,sebelum masuk ke tandas kita meminta kepada Allah.Sebelum naik kenderaan kita meminta kepada Allah. Sebelum memakai pakaian kita meminta kepada Allah.Dan banyak lagi.

Apa kesannya? Semakin kita manja dan banyak meminta kepada Allah SWT,semakin tawadhulah kita dalam kehidupan.

Ayuh,banyakkan berdoa di bulan Ramadhan ini terutamanya doa keampunan dan doa agar dikurniakan Syurga Firdaus.

Moga perkongsian memberikan menfaat.

Ps : Hari ini juadah berbuka dan juadah bersahur disponsor oleh naqib usrah,Ustaz Haji Halim Abdullah.Terima kasih ustaz sekeluarga kerana menjemput kami iftar di rumah.Moga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki Ustaz sekeluarga.

Wak,
TDI.

:: 2 - Mengembara ke angkasa ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,telah masuk malam kedua Ramadhan.Hari ini tergerak untuk solat Isyak dan Terawih di MBBS.SubhanaLlah,belum sampai ke pintu pagar masjid tetapi kereta telah melimpah dari atas bukit hingga ke jalan raya utama.Masuk ke dalam masjid terbukti kereta yang melimpah tadi adalah milik hamba-hamba Allah yang sedang menghidupkan malam Ramadhan.Dewan masjid sudah penuh sesak.Dewan utama bagaikan mustahil untuk diisi lagi dengan jemaah.Ketika itu,ada 2,3 minit lagi sebelum azan Isyak dilaungkan.

Alhamdulillah,Solat Isya dan Solat Terawih dipimpin oleh Imam (al Hafiz) jemputan.Di pertengahan solat terawih,Ustaz Arshad memberikan tazkirah ringkas kepada seluruh jemaah.Antara isinya,

Manusia kena berubah dari :
1.Bersifat riak kepada bersifat ikhlas.
2.Bersifat takabbur kepada bersifat tawadhu`.
3.Bersifat was-was kepada bersifat yakin.

Teringat pula pengisian tazkirah dari Ustaz Sofwan Abdul Halim tempohari :

Antara pengajaran Israk dan Mikraj adalah solat 5 waktu yang difardhukan kepada ummat Nabi Muhammad SAW boleh mengangkat darjat sesiapa yang mengamalkannya.Malah darjatnya bukan sahaja diangkat di atas muka bumi bahkan sampai suatu peringkat darjatnya akan diangkat ke langit.Lihat sahaja para jemaah yang ke masjid.Mereka berpakaian serba putih (baju putih dan kopiah putih).Apabila sampai ke masjid,menara masjid yang tinggi memuncak malah berbentuk seperti roket pula sedia menunggu.Bukankah itu simbolik ummat Islam yang datang solat berjemaah ke masjid juga adalah calon angkasawan untuk ke angkasa.
Antara contoh bentuk menara masjid.
Lihat rekabentuknya.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.

Saturday, July 21, 2012

:: 1 - Al Hilal Ramadhan 1433 sudah menjelma ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,segala puji-pujian kepada Allah SWT,Tuhan pentadbir sekalian alam.Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

Maka sudah muncullah Al Hilal Ramadhan 1433H.

Sampan sudah mula meninggalkan jeti Syaaban.
Pendayung sudah di tangan.
Ayuh orak dayungan menuju ke destinasi.

Ramadhan Kareem dari kami sekeluarga!

Ulangkaji Bab Puasa.

Pagi tadi kuliah subuh telah disampaikan oleh Imam al Hafiz Jemputan di Surau Al Amin.
Antara yang ditekankan adalah perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Contohnya,masuk sesuatu pada lubang rongga yang bersambung dengan bahagian dalam tubuh seperti lubang hidung,lubang telinga,mulut,qubul dan dubur.

Antara lain juga ditekankan adalah rukun puasa.Niat puasa hendaklah dibaca di antara setelah malam menjelma (sebaik sahaja waktu Maghrib masuk) sehinggalah terbit fajar.Tidak sah puasa jika niat dibaca sebelum waktu Maghrib ataupun selepas waktu subuh.

Moga perkongsian memberikan menfaat.

Cahaya matahari yang mula muncul pada 
1 Ramadhan 1433H.Alhamdulillah....
(Taman Desa Ixora)

Wak,
TDI.