Hidup adalah berpasang-pasang.
Ia umpama hitam dan putih.
Seorang kawan saya mempunyai anak yang berumur 7 tahun.Mengikut laporan guru kelas anaknya,anaknya itu mempunyai masalah kerana dia masih belum pandai membaca.Ini dipantau melalui tahap-tahap ujian yang dilaksanakan di dalam kelas.
Baru-baru ini,pihak sekolah telah memanggil ibubapa yang mempunyai anak yang bermasalah tentang pembelajaran agar memantau anak mereka.Mereka di beri masa sehingga tahap ujian yang seterusnya.Jika anak mereka masih lagi tidak menunjukkan peningkatan,pihak sekolah menasihatkan agar anak mereka di pindahkan ke sekolah lain.
...itu cerita kawan saya.
Saya juga pernah mendengar kisah yang agak serupa namun berlaku di kawasan lain di Negeri Sembilan.Kisah tersebut juga berlaku di mana ibubapa kepada pelajar tersebut telah di panggil oleh pihak sekolah anaknya berkaitan dengan kemajuan anaknya yang tidak memberangsangkan.Atas alasan tertentu,ibubapa dinasihati oleh pihak sekolah agar memindahkan anaknya ke sekolah lain.Memandangkan mereka duduk berhampiran dengan sekolah yang sediada dan untuk mengambil tindakan memindahkan anak mereka ke sekolah lain adalah terlalu jauh destinasinya berbanding sekarang,mereka berkeras juga menghantar anak mereka ke sekolah yang anaknya berada sekarang.Itu keputusan muktamad mereka.
Takdir Tuhan tiada siapa yang tahu.Bila anak tersebut berada di darjah 6,ketika keputusan UPSR diumumkan,dia telah mendapat keputusan yang amat cemerlang sehinggakan guru-gurunya terkejut dengan keputusan yang diperolehinya.
1.Persoalannya,perlukah pihak sekolah memberi katadua/memberi nasihat kepada ibubapa kepada anak yang kurang cemerlang di dalam pembelajaran agar dipindahkan ke sekolah lain,sedangkan pelajar baru sahaja berada di darjah1?
2.Dan lagi,perlukah ibubapa dan pelajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya perihal kemajuan pembelajaran?
3.Dan lagi,adakah ada pekeliling dari mana-mana yang mengatakan seorang pelajar sekolah rendah yang berdarjah 1,sekiranya masih belum pandai membaca/mengira,apabila sampai ke satu tahap,mereka perlu berpindah sekolah yang lain?
4.Apakah wajar pihak tertentu memantau prestasi guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang mempunyai peratusan tertentu kadar pelajarnya yang belum lagi pandai membaca/mengira walaupun sudah sampai ke satu tahap?
Apapun,
Saya suka komen bapa kepada pelajar di dalam kisah kedua,"Kalau pihak sekolah berani mengeluarkan surat hitam putih agar anak saya perlu dipindahkan ke mana-mana,saya akur.Kalau tidak,nasihat/kata dua itu saya abaikan sahaja."
-Ya,hidup perlu ada hitam dan putih.Dalam konteks di atas,ia sebagai bukti.
Moga perkongsian memberikan manfaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment