Siapapun dalam hidup ini mahu menjadi kaya.
Antara resepi untuk menjadi kaya adalah dengan banyak memberi.
Dakwah juga salah satu ruang untuk memberi.
Berada di dalam karier kerja dakwah,lebih banyak dicela dari dipuji.
Berjuang memang pahit kerana syurga itu manis.
Dan kaya di syurga lebih kekal.....
Ini antara buah bicara kami dengan Naqib usrah,Ustaz Hj Abdul Halim Abdullah.
"Kami pekerja XYZ ni ustaz,setiap tempoh masa tertentu,kerja dan kualiti kerja kami akan dinilai.Lalu penilaian itu akan disemak dan akan diambil tindakan selanjutnya.Penilaian itu berdasarkan,
Gred 4-Tidak memenuhi syarat dan akan dipecat.
Gred 3-Sederhana dan tersenarai sebagai calon VSS.
Gred 2-Baik dan bakal mendapat 1~2 bulan bonus.
Gred 1-Cemerlang dan bakal mendapat 4~5 bulan bonus.
Dengan ertikata lain,kami sentiasa dipantau,diperhatikan dan dinilai.Dalam tuntutan bekerja yang sebegitu,disamping tuntutan berdakwah yang juga penting,bagaimana kami mahu menangani dan menyeimbangi masalah ini ustaz? "
Ustaz menjawab dengan kata kata berikut,
"Bukan dalam kerja sahaja ada gred,dalam membuat kerja dakwah juga ada gred.Contohnya begini,
Gred 4-Hanya pergi dan balik usrah/program sahaja.
Gred 3-Hanya melakukan dan menyelesaikan tugasan yang diberi.
Gred 2-Inovatif : Memikirkan cara untuk bagaimana maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat.
Gred 1-Cemerlang.Di belakangnya ada 1000 orang yang boleh dikumpulkan bila-bila masa sahaja.
Sekarang letakkan diri masing-masing dan nilailah diri kita sendiri."
Sebelum itu,mungkin soalan di bawah ini boleh ditimbang-timbangkan.
Soalan 1 :
Sesungguhnya jika kita membuat kerja dalam pekerjaan kita sambil lewa,lalu kita risau kita akan dibuang kerja.Sebaliknya,apakah kita juga risau jika kita membuat kerja dakwah sambil lewa lalu masalah yang berlaku/melanda masyarakat sekeliling bertambah serius sehinggakan merebak ke dalam keluarga kita? Sesungguhnya sahabat Nabi SAW,jika mereka membuat usaha dakwah mereka sambil lewa,pasti Islam tidak akan dapat sampai kepada kita pada hari ini.
Soalan 2 :
Perlukah kita membuat kerja dakwah (baca: mengajak manusia kepada kebaikan dan menghalang mereka dari membuat keburukan)?
Moga perkongsiaan dapat memberi manfaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment