Matahari,juga makhluk ALlah SWT.
Ia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya.
Apa akan jadi jika matahari lupa untuk muncul disiang hari?
Manusia pasti dan pasti tidak dapat mengelak dari perilaku lupa.Sifat lupa bukan bermakna manusia itu tidak tahu,tapi dek kerana banyak sangat yang manusia itu tahu,perlu tahu dan hendak tahu,akhirnya ada sesetengah perkara yang mereka tahu itu mereka lupa atau terlupa.Ia satu sifat semulajadi yang tidak dapat dielakkan.
...namun yang paling bahaya adalah sifat buat-buat lupa.
Sebab itulah Allah menurunkan Nabi dan Rasul,untuk memberikan peringatan.Lalu bila Nabi dan Rasul sudah tiada,maka ulamalah yang mengambil alih tugas tersebut.
...kita bukan ulama,lalu apa tugas dan tanggungjawab kita?
Sebelum itu,
3 bulan lepas,salah seorang rakan sekerja saya terpaksa menempuh satu kehidupan baru yang menyebabkannya perlu mengubah segala susunan hidupnya selepas itu.Bapanya yang bertugas sebagai pegawai kerajaan telah dipindahkan nun jauh di sana,Sabah negeri di bawah bayu.Sebelum ini bapanya bertugas sejak sekian lama di Jempol,Negeri Sembilan.
Bukan sahaja berita itu datang secara tiba-tiba bahkan menyebabkan rakan sekerja saya itu terpaksa berpisah jauh dengan ibubapanya.Dan jadilah dia sebatang kara kerana di Negeri Sembilan ini tiada siapa pun saudara maranya yang tinggal berdekatan melainkan kakaknya.
Walaupun sedih,hidup perlu diteruskan.Akhirnya saat perpisahan berkunjung jua.Kawan sekerja saya terpaksa tinggal di Semenanjung kerana tuntutan kerja begitu juga ibubapanya,terpaksa meninggalkan Semenanjung juga kerana tuntutan kerja.
...setelah 3 bulan.
Mana ada anak yang tidak rindukan ibubapanya begitu juga sebaliknya.Atas sebab itulah rakan sekerja saya telah merancang untuk menghabiskan cuti kerja sempena Hari Buruh yang akan datang ini untuk pergi ke Sabah dan bertemu dengan ibubapa yang tercinta di sana.
Segala perancangan telah di atur,cuti telah dipohon dan diluluskan,tiket kapal terbang telah ditempah bahkan ole-ole untuk dibawa ke sana juga telah siap dibeli,tinggal menunggu hari untuk bertolak sahaja.Rakan sekerja saya bersama kakaknya akan menghabiskan masa 6 hari di Sabah.Mereka cukup teruja.
...Allah Maha Berkuasa.
Hari Rabu lepas,satu kejutan berita telah diterima oleh rakan sekerja saya.Sejurus sahaja masuk ke pejabat,dia telah mendapat panggilan telefon yang mengatakan kakaknya tercedera dalam kemalangan jalanraya semasa hendak menuju ke tempat kerja.Kecederaan yang di alami agak teruk dan menyebabkan pihak hospital terpaksa menahan kakaknya di dalam wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.Ia benar-benar tidak terjangka.
Khabar terkini yang diterima,ibubapa rakan sekerja saya itu akan pulang ke Semenanjung buat masa terdekat untuk berada di samping anaknya yang tercinta.(Sepatutnya mengikut perancangan asal,anak-anak di Semenanjung yang akan melawat ibubapa mereka di Sabah.Tapi sebaliknya...)
Begitulah sesungguhnya perjalanan alam ini.Kita merancang,namun Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku.Saya mendoakan agar keluarga mereka tabah dan Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat mereka.
...terkedu!
Berbalik kepada tajuk utama.Manusia sering lupa had dan batasan kuasa yang mereka ada.Bahkan sebenarnya kuasa itu pun sebenarnya hak Allah SWT yang dipinjamkan kepada kita.Terkadang kita terlupa akan perkara ini,langsung kita menyalahgunakan kuasa yang ada.
...sedikit dikongsikan untuk renungan.
Setelah sekian lama khutbah di MBBS hanya mengundang layu kepada mata,khutbah untuk Jumaat yang baru ini betul-betul memberikan sedikit kefahaman di dalam diri saya.Khutbah Jumaat di MBBS tidak menyebut perihal BERSIH seperti sebelumnya walaupun BERSIH 3.0 sedang hangat membara,tapi khutbah tempoh hari menyebut,
"Sesungguhnya anggota badan kita kelak akan menjadi saksi sendiri kepada perilaku buruk dan dosa-dosa yang kita lakukan.Mereka akan membenarkan segala perlakuan dosa kita di hadapan Allah SWT di hari perhitungan kelak.Hakikatnya tubuh anggota badan kita tidak rela melihat kemaksiatan dan perilaku dosa yang kita lakukan ketika di dunia,tetapi nafsu dan gelojak di dalam diri kita ini menidakkan kewarasan akal untuk berfikir dengan fitrah."
Ayuh manusia! Berilah peringatan untuk diri dan masyarakat yang selalu lupa.
BERSIH 100%!
Moga perkongsian dapat memberi menfaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment