Pernah jumpa/nampak bangkai anjing yang mati ditepi jalan?
Beginilah nasib bangkai selalunya.
Busuk dan mereput.
Orang sekeliling pula mencaci-cela.
Mungkin mereka yang melihat senario di atas,begini respon mereka :
A : Eh,bila pula ada bangkai kat tepi jalan ni?
B : Bangkai anjing ni.
C : Siapalah yang langgar anjing ni agaknya.
D : Anjing mati!!!
E : Ish,mati kat jalan pulak.Najis mughalazoh tu.
Adakah dengan memberi respon sebegitu,bangkai anjing tadi dapat berubah?
Akhirnya,oleh kerana tiada mana pihak pun mahu menguruskan bangkai anjing tadi,busuklah ia di situ dan siapa yang ada disekitar itu jugalah yang berterusan menghidu 'aroma'nya.
Sepatutnya apa yang boleh kita buat?
Bangkai bukan untuk dikata tapi perlu diuruskan agar tidak berbau.
Oleh yang demikian,masukkan bangkai anjing tadi ke dalam guni,galikan lubang dan kambuskan bangkai.Bangkai yang sudah bertutup tidak mungkin akan berbau melainkan ia dikorek semula.Tapi mana mungkin lubang tempat bangkai anjing ditanam akan dikorek semula.
Maruah orang Islam.
Sepertimana kita tidak mahu maruah buruk kita dilondehkan oleh sesiapapun,begitu jugalah orang lain.Sekiranya kita mengetahui sesuatu perilaku buruk tentang orang lain,senyap dan pendamkan sahaja dalam diri kita.Menyebarkan perilaku buruk orang lain seperti menebarkan aroma bangkai yang busuk keseluruh pelusuk alam.Menyimpan/tidak menghebahkan perilaku buruk orang lain umpama kita menanam dan mengambus bangkai bagi mengelakkanya berbau busuk.
Kisah Saidina Umar r.a dengan peminum arak.
Suatu hari ketika Saidina Umar r.a membuat rondaan,beliau telah terdengar sesuatu yang mencurigakan (seperti bunyi gelas berlaga di dalam sebuah rumah).Lalu Saidina Umar r.a mengintai apa yang terjadi di dalam rumah berkenaan.Beliau dapati seorang rakyatnya sedang meminum arak.Lalu beliau pun melompat masuk ke dalam rumah berkenaan melalui tingkap.Memang benarlah,seorang lelaki telah ditangkap oleh Khalifah sedang meminum arak.Namun ketika ditangkap membuat kesalahan,pemuda itu cuba membela dirinya.Lelaki itu mengatakan dia terlalu ketagih arak dan perbuatannya itu dilakukan tetapi disembunyikan dari pengetahuan orang lain.Malah ketika itu juga pemuda itu telah mempertikaikan tindakan Khalifah dengan berkata,"Jika sekiranya saya melakukan 1 kesalahan,Tuan telah melakukan 3 kesalahan."
Jangan mencari kesalahan orang.
Pertama.Tuan sudah mengintai saya dari luar.
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Hujuraat : 12)
Masuk ke rumah melalui pintu.
Kedua.Tuan telah masuk ke dalam rumah saya dari tingkap.
".....dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Al-Baqarah 2:189)
Masuk ke dalam rumah tidak memberi salam.
Ketiga.Tuan tidak memberi salam ketika masuk ke rumah saya.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)." (An-Nuur 24:27)
Selepas dari kejadian itu,Saidina Umar tidak menceritakan kepada sesiapun akan peristiwa yang beliau ketemui itu.
Selepas beberapa ketika,ketika Khalifah membuat perjumpaan dengan seluruh rakyatnya,Saidina Umar telah terlihat kelibat lelaki peminum arak tersebut.Beliau telah memanggilnya ke sisi Beliau dan bertanyakan khabarnya.Saidina Umar berkata kepada lelaki berkenaan bahawa beliau tidak pernah menceritakan kepada sesiapun peristiwa pada malam tersebut .Lelaki berkenaan tersenyum dan memberitahu kepada Khalifah, semenjak dari peristiwa tersebut,dia sudah bertaubat dan sudah tidak meminum arak lagi.
Kesimpulan.
1.Menutup maruah orang Islam secara tidak langsung memberi inisiatif kepada orang berkenaan untuk bertaubat dan memperbaiki dirinya sendiri.
2.Menjadi pemimpin harus bersedia untuk ditegur.
Wallahua`alam.
Mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 30 (21 Januari)" kepada Zaujah tercinta,Pn. Zaiton bte Othman.Moga angka 30 itu bisa mengorak langkah mengejar destinasi ke Syurga Allah dengan lebih laju dan penuh Istiqamah.
Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.
2 comments:
Assalamu'alaikum Wak Hijjo (green la tu...hehee)
Kabare wak... wes suwi ana orak mampir....
Terimakasih atas perkongsian entry yang sangat bermanfaat ini...
Waalaikumsalam.
Waras....
Hidup itu kan 1 perkongsian :)
Saya pun mendapatnya dari orang lain...
Monggo teko meneh yo!
Post a Comment