Thursday, July 28, 2011

:: Muhasabah Sebelum Ramadhan-7 ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,segala puji-pujian kepada Allah SWT,Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,para keluarga dan para sahabat Baginda.

Bertarikh 23 dan 24 Julai 2011,bertempat di Laman Tok Sidek,Telok Kemang,Port Dickson,telah berlangsungnya Hari Keluarga dan Muktamar Alumni IPIJ.Ia acara yang dirancang dan alhamdulillah ia berlangsung dan selesai menurut seperti aturcara yang telah disediakan.
IPIJ-Ikatan Persaudaraan Islam Jepun.
Sakura,Jepun dan tangan yang saling berpautan.

Tahniah kepada Pengarah Program dan penganjur Hari Keluarga 2011 yang bertungkus lumus menjayakan majlis kali ini dari awal sehingga selesai semuanya.

Tahniah juga pada peserta-peserta Hari Keluarga 2011 yang berjaya meluangkan masa,mencurahkan wang dan tenaga bagi menjayakan majlis kali ini (ada yang datang dari dekat dan ada yang datang dari jauh).

Tahniah juga pada barisan kepimpinan baru yang telah dilantik dan bakal menerajui tampuk alumni IPIJ.Moga kekuatan yang Allah pinjamkan kepada kita semua dapat kita manafaatkan kepada jalan yang diberkatiNya.

Kepada yang tidak berkesempatan menghadirkan diri,saya percaya doa-doa dari antum semua
menjadi asbab berjayanya majlis pada kali ini.Berdoa juga semoga dapat bertemu di lain
kesempatan.
Surat jemputan untuk penceramah.
Asalnya ia sebagai majlis pengisian tetapi
terpaksa dibatalkan.

Akhir sekali,dengan penuh rendah diri memohon kepada Allah SWT,moga-moga mata-mata rantai yang bersambung-sambung di atas jalan dakwah di muka bumi ini,akan terus bersinar dan memohon agar dijauhkan sama sekali ianya berkarat dimamah usia.

Kami sekeluarga juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan,

"Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak."-kepada seluruh ummat Islam baik dimana anda berada.

Moga kita dapat bertemu dengannya sekali lagi pada tahun ini dan dapat menyempurnakan segala ibadah yang wajib mahupun yang sunat di sepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Allahumma Balighna Ramadhan. Allahumma Balighna Ramadhan. Allahumma Balighna Ramadhan. Ya ALLAH, sampaikan kepada ku Ramadhan.

Ingatan ikhlas dari kami,



















Wak,
TDI.

2 comments:

P-yAh said...

kehadiran Wak sekeluarga ckup menggembirakan..rasa hilang keletihan bila melihat telatah anak2 Wak..hehe..maaf atas pembatalan pengisian ustaz tersebut..huhu..moga Allah mengikat hati2 yang berkumpul keranaNya dgn cahaya keimanan selamanya..

WAK said...

P-yAh.

Alhamdulillah.Ukhwah antara IPIJ yang terjalin sekian lama tidak mungkin begitu mudah dilunturkan.Anak-anak yang bakal mewarisi usaha dakwah juga seboleh mungkin di beri pendedahan awal biarpun mereka masih belum lagi faham.

Moga berjumpa lagi kelak...

"Ya Allah permudahkan urusan akhirat kepada mereka-mereka yang telah memudahkan urusan dunia ku.Amin."