Tuesday, July 26, 2011

:: Muhasabah Sebelum Ramadhan-3 ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Tsunami dan Fukushima (Nuklear Power Plant)

Semenjak 11 March 2011 (tragedi tsunami Jepun) kawasan sekitar Fukushima telah mengalami gangguan bekalan eletrik yang agak serius.Ini memandangkan Power Plant Fukushima adalah antara yang terbesar di kawasan timur negara Jepun (higashi nihon).

Memandangkan electric frequency antara kawasan Jepun (higashi nihon dan nishi nihon) adalah berlainan (50 Hz dan 60 Hz),maka kawasan higashi nihon tidak dapat mendapat bekalan tambahan dari kawasan nishi nihon.Ini adalah antara sejarah yang panjang di mana suatu ketika dahulu higashi nihon mengambil khidmat nasihat dari negara Eropah manakala nishi nihon mengambil khidmat nasihat dari US dalam pembelian generating equipment mereka.
Power Grid.
Higashi Nihon (berwarna merah) dan Nishi Nihon (berwarna biru).
-sumber dari wikipedia.

Sektor Industri.
Antara yang terjejas teruk adalah sektor perindustrian,di mana ini adalah salah satu tulang belakang sumber ekonomi negara Jepun.Maka sehubungan dengan itu,kerajaan Jepun telah menyusun semula operasi perindustrian mereka dengan mengubah jadual kerja.Ada sesetangah syarikat perindustrian yang pada hari Khamis dan Jumaat adalah merupakan hari cuti hujung minggu mereka dan ada sesetengah syarikat pula cuti hujung minggu masih kekal pada hari Sabtu dan Ahad.Kaedah ini dilaksanakan bagi mengimbangi jumlah penggunaan kuasa eletrik pada satu-satu masa.

Sektor Perhubungan.

Keretapi adalah salah satu kenderaan awam yang utama di Jepun.Jumlahnya terlalu banyak samada keretapi milik kerajaan mahupun milik swasta.Yang pasti juga jumlah pengguna keretapi ini juga terlampau ramai memandangkan ia adalah antara pilihan utama penduduk Jepun untuk ke sana ke mari.

Memandangkan keretapi Jepun juga menggunakan kuasa eletrik sebagai sumber tenaga,maka dengan sumber tenaga yang amat terhad,hanya pada waktu puncak sahaja keretapi akan beroperasi mengikut jadual masing masing.Selain dari waktu tersebut,jumlah operasi perjalanan dikurangkan bagi menyeimbangi sumber tenaga yang amat terhad itu.

Poster.

Di lihat juga poster-poster tertampal yang menyatakan agar rakyat Jepun sendiri juga perlu menyumbang agar penggunaan tenaga eletrik dapat dikurangkan.

Contohnya terdapat poster yang menggalakkan para salary-man Jepun agar menjalankan bisnes mereka tanpa perlu memakai tali leher dan kemeja kot.Ini bagi mengurangkan penggunaan alat penghawa dingin dalam urusan mereka.

No neck-tie,no coat/suit jacket.

Alternatif.

Selain dari itu,kerajaan Jepun dengan kerjasama pihak-pihak tertentu juga sedang mengkaji alternatif lain dalam usaha mereka menambah sumber tenaga eletrik yang sedia ada ini.

Kesimpulan :

1. Dalam keadaan tertentu,tindakan tertentu perlu di ambil segera bagi mengatasi masalah yang timbul.
2. Sekiranya rakyat tidak menyokong kerajaan (dalam kes-kes tertentu) untuk mengatasi masalah dalaman yang ada,segalanya tidak akan berjalan lancar.
3. Kita tidak perlu panik dan terburu-buru untuk mengambil tindakan tambah-tambah lagi di dalam keadaan yang tertekan/terdesak.

Wak,
Cyuubu International Airport,
Nagoya,Japan.

No comments: