Bismillah hirrahman nirrahim.
Alat pengesan.
Zaman yang serba canggih ini macam-macam dipasang dalam kereta,terutama kereta mewah.Ada sensor itu dan sensor ini.Semuanya bertujuan untuk memberi amaran awal.Memang ia sebenarnya diwujudkan bagi membantu pemilik kenderaan sekiranya berlaku sebarang abnormality.Ya,ia sungguh membantu walaupun kadangkala menyesakkan pemiliknya sendiri.
Sesak?
Manakan tidak,sensor yang sepatutnya menyala/berfungsi dan sudah pun menyala/berfungsi tetapi tidak mahu padam walaupun mekanik telah mengesahkan tiada sebarang abnormality berlaku.Akhirnya terpaksalah juga direpair sensor itu.Itu sudah tentu lebih baik dari terpaksa merepair bahagian utama komponen kereta,tentu bukan calang-calang RMnya.
Sihat.
Manusia yang selalu sihat adalah 1 nikmat yang tidak terhingga nilainya.Baru-baru ini seorang penjawat awam telah mendapat liputan sebuah surat khabar kerana khabarnya tidak pernah mengambil cuti sakit sepanjang puluhan tahun bekerja.Hebat!
Maha Suci Allah....
Ia merupakan satu kurniaan yang begitu besar di satu sudut.Namun disudut lain,adakah dia benar-benar fit? Hanya Allah yang tahu.
(...memetik pesanan/tips dari seorang sahabat)
Kesihatan/sihat adalah 1 perkara yang terlalu subjektif.Subjektif bagi orang orang yang tidak berapa nak sihat.Bagi yang berusaha dan makin sihat,ianya sangat objektif dan mudah difahami.Apapun ia perlu dilengkapi dengan pengetahuan tentang how your body works dan kena belajar jugak what is the good food and bad food.
Ibadah yang diulang-ulang.
Saya pernah dengar,ibadah/amalan yang diulang-ulang selama 40 hari berturut-turut akan mendatangkan kesan kepada hati dan pengamalnya (itu dalam konteks solat berjemaah).Mungkinkah ia juga boleh dikaitkan dengan amalan/ibadah yang lain? Wallahua`lam.
Hangat-hangat tahi ayam.
Saya pernah disindir oleh rakan sekerja dari Jepun yang mengatakan orang Malaysia khususnya orang melayu amat bersemangat dalam melakukan sesuatu kerja tetapi amat sukar untuk mengekalkan prestasi (hangat-hangat tahi ayam),sedangkan sudah bertahun-tahun membuat kerja berkenaan.Satu kenyataan yang pedas untuk didengar tetapi ia satu cabaran di suatu sudut.Di sudut lain kadangkala hati kecil ini membenarkan apa yang diluahkan olehnya.
Namun,
Islam mengajar kita akan istiqomah biarpun pada yang sedikit. (I like!)
Musuh vs Leka.
Hidup ini terkadang kita tidak suka bermusuh.Namun disebalik itu,Allah SWT sendiri telah menetapkan syaitan dan yahudi adalah musuh kita sehinggalah hari kiamat.Akan tetapi masih ada yang tidak sedar bahawa kita sentiasa mempunyai musuh.Malah yang paling dirisaukan bila golongan ini terperangkap dengan jerat musuh yang memang licik ini.
Malam tadi (5 Julai 2011-Surau Al Amin Taman Cempaka 2) Imam Besar Masjid Negara mengatakan parabola yang terbanyak di atas muka bumi adalah di tanah Mekah.Malah ada manusia yang berada di dalam Masjidil Haram berbual sesama mereka mengenai berapa banyakkah channel/siaran dari parabola mereka.Astaghfirullah.....
Barangkali syaitan dan yahudi sedang bertepuk tangan sekarang melihat situasi ini.
P/S : Moga Allah memberikan kesihatan yang terbaik disisiNya bagi diri kita dan seisi keluarga.
Salam Bulan Sya'ban.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment