Kaki ayam.
Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
Macam ayam patuk jagung.
Bagai ayam jantan,berkokok berderai-derai,ekor terpalit tahi sendiri.
Cakar ayam.
Tidur-tidur ayam.
Bapak ayam.
Ibu ayam.
Di atas adalah antara contoh perumpamaan melayu yang menjadikan kejadian dan perlakuan ayam sebagai bidalan/perumpamaan.Namun dari segi maksud sebenar,ada setengah bidalan/perumpamaan itu menggambarkan sesuatu yang negatif .
Contohnya,
i.'Cakar ayam' yang dikaitkan dengan tulisan tangan yang comot.
ii.Begitu juga dengan 'bapak/ibu ayam' yang biasa dirujuk kepada towkey pelacur.
iii.Malah 'macam ayam patut jagung' pula dikaitkan dengan orang yang solat terlalu laju (tonggang-tonggek perbuatan dan gerak-geri dalam solatnya)
Lalu,betulkah ayam itu hanya sesuai untuk bidalan/perumpamaan yang menggambarkan sifat negatif?
....saya tak pasti.
Tapi kewujudan ayam-ayam yang ada di rumah saya cukup banyak memberi hikmah kepada saya.
Ayam jantan saya ini baka dari Hulu Langat.
Setiap kali ada ibu ayam yang ingin bertelur,
si Jaguh ini pasti akan mencarikan tempat bertelur untuk pasangannya.
Jika tidak sesuai pada tempat yang sudah ditemui,pasti ia akan mencarikan
yang lain sehinggalah ibu ayam itu selesa untuk bertelur.
Apapun,kejadian ayam bahkan kejadian makhluk yang lain juga pasti ada nilai yang tertentu.
Harapnya selepas ini walaupun sudah ada peribahasa "Rambut sama hitam,hati lain-lain" tetapi biarlah juga ada peribahasa "Biar hati lain-lain,Iman sama kental"-mungkin sekental daging ayam kampung (walaupun bukan perumpamaan yang tepat).
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment