Nota kuliah maghrib Ustaz Hj Nor Azman.
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang.
Tarikh : 30 November 2010 (Selasa).
Jihad terbahagi kepada empat :
1. Jihad melawan nafsu.
2. Jihad melawan syaitan.
Antara janji syaitan di hadapan Allah SWT adalah ingin menyesatkan ummat manusia supaya manusia juga mengikut syaitan ke lubang neraka.
Sombong,bongkak,ego...
Takbur,riak dan ujub...
semuanya adalah perangai syaitan.Nauzubillah!
3. Jihad melawan kafir harbi.
Jihad kategori ini adalah untuk proses menyampaikan syiar Islam kepada orang kafir dan ianya perlulah melalui beberapa peringkat.Agama Islam yang hadirnya sebagai agama (deen) yang 'rahmatan lil 'aalamin' iaitu memberi rahmat kepada seluruh alam.Jadinya atas maksud berkenaanlah,proses penyebaran Islam perlu dibuat secara menyeluruh dan ke segenap pelusuk tempat.Dalam proses itu sekiranya ada kawasan/masyarakat yang tidak mahu menerima ajaran Islam,mereka akan diberi kefahaman terlebih dahulu tentang ajaran Islam.Sekiranya mereka tetap tidak mahu menerima ajaran berkenaan,sampai disatu tahap mereka boleh diperangi dan inilah jihad melawan kafir harbi.
4. Jihad menentang fasik (golongan yang memain-mainkan agama).
Kisah Imam as-Sya`rawi.
Imam As-Sya`rawi merupakan seorang tokoh ulama yang mashur terutama di bumi arab.Beliau terkenal dengan kitab tafsirnya iaitu tafsir As-Sya`rawi.Beliau juga adalah antara salah seorang ulama yang berani menyebut perihal kebenaran walaupun di hadapan pemimpin yang zalim.Pernah diceritakan,beliau memberi peringatan kepada Presiden Mesir,Hosni Mubarrak dengan menepuk dahulu bahu Presiden yang terkenal dengan sifat kediktatorannya itu.Bukan calang-calang orang boleh membuat teguran secara sebegitu.
Disebalik itu,sifat tawadhu yang di tunjukkan oleh Syeikh As-Sya`rawi memang patut di teladani.
....seperti resmi padi,semakin berisi semakin tunduk.
sekadar gambar hiasan.
Kisah Tawadhu` 1.
Antara trademark di dalam Al Azhar adalah kopiah berwarna maroon dan serban berwarna putih.Pernah sekali khabar berita Syeikh As-Sya`rawi disebut-sebut akan menjadi Syeikhul Azhar.Beliau lantas menukar kopiahnya kepada kopiah putih bagi mengelakkan orang umum membuat tanggapan sesuatu kepada dirinya.
Kisah Tawadhu` 2.
Beliau seperti mana ulama-ulama yang lain amat gigih dan aktif memberikan pengisian kuliah di merata tempat.Sekiranya di Malaysia,sesuatu kuliah yang dihadiri sekitar 60~70 orang sudah dikira ramai.Tetapi kuliah yang disampaikan oleh Syeikh As-Sya`rawi biasanya mencecah ribuan orang hadirin yang datang mendengar.Oleh itu apabila kuliah tamat,ramai hadirin yang datang berebut untuk bersalaman dengan beliau.Sekali apabila sudah tamat kuliah,dalam perjalanan pulang Syeikh As-Sya`rawi meminta pemandunya berhenti di sebuah masjid.Pemandunya pun memberhentikan kereta berkenaan dan menunggu Syeikh As-Sya`rawi di dalam kereta.Oleh kerana sudah terlalu lama dan risaukan keadaan Syeikh As-Sya`rawi,pemandunya itu pergi mencari beliau.Akhirnya pemandunya itu menemui Syeikh As-Sya`rawi sedang mencuci tandas di masjid berkenaan.Melihat kejadian itu,pemandunya itu berasa hairan lantas bertanyakan kepada Syeikh As-Sya`rawi. Syeikh As-Sya`rawi menjawab,"sebentar tadi ketika aku selesai menyampaikan kuliah,ramai bertemu dengan ku untuk bersalaman.Aku risau akan terlintas di dalam hatiku rasa riak lalu aku merendahkan diriku di depan Allah SWT dengan mencuci tandas ini."
Subhanallah....
Bagaimana dengan kita?
Wak,
Taman Desa Ixora,Senawang,
Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment