Saturday, October 2, 2010

Melentur Buluh Biar Dari Rebung-Bahagian 2.

Bismillah hirrahman nirrahim

Seperti yang telah di janjikan pada entri yang lepas @ PASTI ,saya meneruskan kembara melentur buluh dari rebung untuk edisi seterusnya.

Mukaddimah.

Memang benar kata orang tua-tua,penantian itu satu penyeksaan.

Namun tamat juga akhirnya penantian yang saya lalui sejak beberapa bulan dahulu.

Ceritanya begini.....

Sekitar bulan Jun 2010,saya telah di beri kesempatan oleh Allah untuk melawat sebuah sekolah rendah di bandar Seremban.Sekolah berkenaan adalah Sek Ren Islam As Sa`idiyyah terletak berhampiran Taman Guru,Senawang.Berbetulan anak saya yang sulung akan memasuki darjah 1 untuk sessi persekolahan 2011.

Saya tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 10 pagi dan kebanyakkan anak murid di situ sedang menikmati waktu rehat mereka.Ada yang bermain badminton,ada yang bermain kejar-kejar,ada yang duduk berkumpul antara sesama mereka.Minda saya tiba-tiba terus terkenang saat tika saya di alam persekolahan dahulu.

Tempat pertama yang saya tuju adalah pejabat pentadbiran sekolah yang letaknya di Tingkat 1 dan bloknya berhampiran dengan kawasan dataran perhimpunan.Saya masuk ke dalam pejabat dan saya dapati ada seorang staff di dalamnya.Lalu saya tanyakan kepadanya serba sedikit tentang sistem perjalanan sekolah.Setelah mendengar serba ringkas penerangan staff berkenaan,akhirnya saya meminta borang pendaftaran kemasukan darjah 1 untuk sessi hadapan.Setelah saya selesai mengisi borang berkenaan,saya kembalikan borang tersebut kepada staff tadi.Setelah mengembalikan borang berkenaan,saya ajukan soalan kepada staff berkenaan,tentang bilakah pemilihan pelajar untuk sessi tahun depan akan dijalankan.Oleh kerana staff tersebut masih tidak mempunyai maklumat tersebut,saya akur dengan keadaan itu.Sebelum keluar dari pejabat sekolah,saya meminta izin untuk meronda di sekitar kawasan sekolah.Setelah di benarkan,saya meluangkan sekitar 20 minat,melihat-lihat kawasan sekolah berkenaan.
Brochure tentang SRIAS.
Keluar sahaja dari pejabat sekolah,di bahagian kanan pejabat di tempatkan papan kenyataan yang menerangkan beberapa aktiviti yang di jalankan.Selang beberapa bilik,di tempatkan 3 kelas darjah 1,di hujung blok yang sama pula adalah tandas.Dalam hati terlintas,kedudukan tandas yang strategik,memandangkan murid darjah 1 biasanya mempunyai banyak masalah terutamanya untuk mereka menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah.Seterusnya saya melihat bangunan kantin,meninjau bangunan koperasi sekolah dan akhirnya menyusur di tepi bangunan surau sekolah.Dalam perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah,sempat saya mengucapkan terima kasih kepada pakcik security yang bermurah hati menunjukkan bangunan pejabat sewaktu saya tiba tadi.

Itu cerita 3 bulan lepas.

Minggu lepas,saya menerima sepucuk surat dari pihak pentadbiran SRIAS.Surat yang saya tunggu-tunggu sejak 3 bulan yang lepas.Setelah di buka oleh isteri,surat berkenaan adalah untuk memaklumkan bahawa pada tarikh 30 Sept 2010,akan di adakan sessi pemilihan kemasukan pelajar darjah 1 ke SRIAS.Saya sambut surat berkenaan dengan hati yang agak berdebar.Maklumlah,pengalaman pertama anak sulung masuk ke alam sekolah.
Surat SRIAS : Penilaian Calon Tahun 1/2011

Dua tiga hari selepas menerima surat berkenaan,dengan bantuan isteri saya,sedikit latihan intensif telah dijalankan.Silibusnya mengikut seperti panduan di dalam surat dari SRIAS,sekitar tentang membaca dan menulis jawi,membaca IQRA,membaca Bahasa Melayu dan mengira Matematik.Alhamdulillah,nampaknya kerjasama yang diberikan oleh anak saya kali ini agak memberangsangkan.

Tiba tarikh yang di tetapkan,saya mengejutkan anak lelaki saya pagi itu agak awal dengan tujuan agar mindanya sedikit segar memandangkan waktu subuh pagi itu agak sejuk cuacanya.Selepas solat subuh saya biarkan anak lelaki saya melayan perasaanya di sisi saya sementara menunggu saya menghabiskan bacaan Al Quran pagi itu.Selesai membaca Al Quran,saya tanyakan kepada anak saya,apa programnya untuk hari ini.Dengan penuh senyuman,dia menjawab ringkas,"Pergi Sekolah Taman Guru."
Saya mengurut dada sedikit lega dengan jawapannya itu.

Setelah bersiap dan mengambil sarapan pagi,saya terus bersedia untuk bertolak ke SRIAS memandangkan waktu yang di tetapkan untuk sessi berkenaan adalah jam 8 pagi.Hujan yang sedikit renyai pagi itu menemani kami menuju ke destinasi dengan sedikit rasa gugup menyelubungi di dalam hati saya.
Senyuman sebagai tanda yakin diri...
Hujan Rahmat mengiringi perjalanan kami.

Saya tiba di parking betul-betul di hadapan SRIAS jam 8:05 pagi.Di tempat letak kereta berkenaan terdapat beberapa buah kenderaan yang lain,yang saya kira mempunyai tujuan yang sama seperti kami.Kami terus masuk ke dalam kawasan sekolah dan pakcik security yang sama seperti sebelum ini dengan penuh senyuman menunjukkan ke mana patut kami tuju tanpa bertanyakan 1 apapun dari kami.Hebat aura pakcik ini.

Sampai di pejabat pentadbiran sekolah,sudah ramai ibubapa bersama anak mereka untuk sessi yang sama telah pun menunggu giliran masing masing.Saya menegur salah seorang dari mereka,tentang apa yang patut saya lakukan.Beliau menerangkan agar saya melihat senarai nama yang telah di tampal oleh pihak sekolah tidak jauh dari tempat saya berdiri.Saya terus melihat senarai nama berkenaan,dan saya dapati nama anak saya di tempatkan di meja 4.Jumlah meja yang di sediakan adalah tujuh meja.Dan sejumlah 39 calon di senaraikan untuk sessi tersebut.
Sebahagian dari Ibubapa.
Mereka pun berazam ingin menanamkan ruh cintakan
Islam ke dalam hati anak mereka.

Selepas selesai menyemak senarai nama yang di paparkan,saya terus meninjau bilik gerakan,di mana sessi pemilihan di adakan.Saya lihat semua 7 meja sudah berisi dan sessi sedang berlangsung.Jam menunjukkan sekitar 8:10 pagi.Sungguh menepati masa,detik hati saya.

Saya pergi ke pintu hadapan bilik gerakan tersebut untuk memerhatikan meja 4 yang dapat diperhatikan dengan lebih dekat dari situ.Saya biarkan anak saya duduk di kerusi menunggu.Lebih kurang 15 minit selepas itu,saya lihat ada seorang calon yang telah keluar dari bilik gerakan,menandakan sessinya sudah tamat.Saya lihat seketika selepas itu juga,beberapa calon dari kesuluruhan 7 meja itu juga turut menamatkan sessi mereka masing-masing.Namun calon di meja 4 masih lagi setia di mejanya.Meja-meja yang tadinya telah kosong,di isi oleh calon seterusnya.Saya masih lagi di serang gementar dan gugup sementara menunggu giliran anak saya.Mulut masih terkumat-kamit membaca selawat untuk menenangkan hati yang gelisah.

Tepat jam 8:30 pagi,calon meja 4 bangun dari kerusinya.Muallimah yang menguji calon tersebut telah mengiringi calon tersebut hingga ke pintu bilik gerakan,seterusnya menerangkan sesuatu kepada bapanya,mungkin sekitar keputusan sessi ujian pemilihan.Selepas seketika,nama anak saya di panggil oleh Muallimmah tersebut,lantas saya menapak ke hadapan beserta anak saya.Anak saya terus di bawa duduk ke meja 4 dan saya lihat Muallimah tersebut segera memberikan alat tulis serta menyerahkan beberapa helai kertas untuk sessi giliran anak saya pula.

Dari luar,saya hanya mendoakan agar urusan anak saya dipermudahkan olehNya.Sambil menunggu giliran anak saya selesai,saya mundar-mandir melihat sekitar suasana kelas darjah 1 yang letaknya tidak jauh dari bilik gerakan.Seingat saya suasana kelas hampir tidak berbeza dengan zaman saya berada di darjah satu tahun 1986.Waktu guru tiada di kelas,pelajar lelaki akan bermain sesama mereka.Pembaris di buat senjata ala-ala pedang sambil 'berlawan' dengan rakan sekelas.Murid perempuan agak lebih sopan duduk di meja sambil membuat kerja masing masing.Fenomena yang mampu mengimbau kenangan silam.
Pakcik! Ambiklah gambar saya...
(salah satu dari aksi mereka)

Mana perginya sang WIRA??
...pelajar perempuan membuktikan mereka juga MAMPU.
Apa yang penting?? Kerjasama....

Seketika sempat saya menjengah ke dalam bilik gerakan.Nampak anak saya sedang membilang sesuatu dengan jarinya,mungkin sedang membuat latihan kira kira.Seketika kepalanya digaru-garu,samada memang berasa gatal ataupun tidak,saya pun tak pasti.
i.Mualimmah yang perihatin.
ii.Calon yang sedang melalui pemilihan.
iii.'Paparazzi' yang sentiasa mencari ruang untuk membuat liputan.
(3 suasana berbeza dalam 1 masa)

Tepat jam 9:00 pagi,Mualimmah meja 4 beserta anak saya bangun dari kerusi masing-masing.Terus sahaja debaran hati saya meningkat secara tiba-tiba.Apa agaknya keputusan ujian anak saya.Namun sebelum itu,ketika saya menunggu giliran anak saya selesai,saya sempat memotivasikan diri saya sendiri,apa pun jua keputusan pemilihan itu,gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya.Namun doa tetap di panjatkan,"Ya Allah,Moga anak ku berjaya."

Tiba di muka pintu,Mualimmah memandang saya dengan muka yang agak berseri dengan senyuman.Sedikit lega menyerap ke dalam hati.Mualimmah itu lantas memberitahu saya akan keputusan ujian pemilihan anak saya.Alhamdulillah,semuanya lancar dan anak saya di terima masuk ke SRIAS untuk sessi hadapan.Namun Mualimmah berkenaan meninggalkan pesan,agar saya membeli beberapa buku jawi untuk bacaan anak saya kerana bacaan jawi anak saya perlu di baiki lagi.Saya hanya menganggukan kepala.Di dalam hati sudah mekar kesyukuran terhadapNya."Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala isi hati hambaMu." Selesai saya mendengar pesanan Mualimmah berkenaan,saya terus mengucapkan terima kasih dan kami berpisah setelah anak saya bersalaman dengan Mualimmah tersebut.

Keputusan : DITERIMA!!!!
Alhamdulillah.Segala puji hanya bagi Allah.

Aksi di hadapan bakal sekolahnya kelak.

Untuk urusan seterusnya ,saya bergerak masuk ke dalam Pejabat Pentadbiran untuk proses pembayaran yuran pendaftaran.

"Ya Allah,permudahkanlah urusan kami seterusnya."

Alhamdulillah,selesai sudah satu tugas.....

Selesai tugasan di SRIAS,saya perlu pula bergegas ke pejabat KWSP untuk menyelesaikan sedikit urusan.Sebagai mini-hadiah kepada anak saya,saya bawanya sekali ke bandar Seremban.Namun,sebelum saya ke pejabat KWSP,saya belokkan arah perjalanan kereta saya ke Masjid Negeri di hadapan Taman Tasik Seremban."Bapak,kita nak buat apa dalam masjid ni?",tanya anak saya.Saya menjawab ringkas,"Macam biasa,solat 2 rakaat." Lantas kami pun terus mengambil wudhu dan naik ke dewan solat untuk sujud merendahkan diri demi tanggungjawab seorang hamba yang patut mengucapkan syukur pada Allah SWT ke atas nikmatNya yang tidak pernah kunjung sudah.
Biarlah seawal mungkin kita didik
anak-anak kita agar mencintai Masjid.

Sujud merendahkan diri kepada Pencipta,
tanda kita sebagai hambaNya.

Doa itu mendekatkan diri kepada Allah.
"Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar" 

"Ya Allah peliharalah Iman kami."

(.......TUNGGU!!!! untuk keunculan bahagian 3 pula.InsyaAllah)

Wak,
23 Syawal 1431H.
Senawang,Seremban
Negeri Sembilan.

No comments: