Bingkisan R.A.M.A.D.H.A.N.
Rasanya baru semalam memulakan puasa,
Apakan daya hari ini sudah menjangkau 29 Ramadhan,
Malam Lailatul Qadar,entahkan sudah berlalu atau belum,
Andainya masih ada peluang,doalah bersama agar bertemu dengannya,
Dan kesempatan yang ada teruskanlah menunaikan amalan wajib dan sunat,
Hari Raya bukan garisan penamat untuk kita berhenti membuat amal,
Amalan perlu di teruskan walau di mana jua kita berada.
Niatkanlah di hati,agar Allah matikan kita dalam kita bersedia untuk mati.
Memetik kata kata Ustaz Hasrizal (saifulislam.com) :
"Jangan kau ucap selamat tinggal,
Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi,
Seandainya tidak di bumi Tuhan,
Mudah-mudahan di syurga-Nya nanti!"
Ya Allah ketemukan lah lagi Ramadhan padaku......
Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan kepada pembaca blog saya :
"Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alna minal 'aidin wal faizin."
-semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci)
dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.
Selamat Hari Raya 'Idul Fitri 1431 H.
-dari kami sekeluarga.
Mohd Rizal Salikon
Zaiton Othman
Abdul Aziz
Abdul Hadi
Ain Sofiah
Abdul Halim
2 comments:
salam.
terima kasih wak kerana sudi singgah dan tiggalkan jejak kat blog saya. rasanya inilah kali pertama wak bertandang ke blog saya.
pandai wak menyusun pesanan dari perkataan ramadhan itu. Saya suka.
selamat hari raya.
al-lavendari,
salam.
terima kasih kembali kepada tuan kerana sudi meninggalkan komen di blog ini.
Selamat Hari Raya :)
Post a Comment