Di sebat.
Dahulu ada seorang sahabat (N) yang di kenakan hukuman sebat di sebabkan kesalahan menyeludup masuk barangan terlarang dari Negara jiran.N menceritakan semula detik detik bagaimana hukuman itu di jatuhkan.
Apabila hukuman hendak di jatuhkan,pesalah akan di kejutkan seawal 4 pagi.Tanpa di beritahu dengan terlebih dahulu,pesalah akan di bawa ke bilik rawatan untuk di periksa keadaan kesihatan fizikal tubuh badan mereka.Apabila doktor mengesahkan pesalah terbabit yang akan di jatuhkan hukuman sebat berada dalam kesihatan yang baik,maka hukuman pun akan di jalankan.
dulu ketika zaman sekolah di asrama,malam Jumaat setelah pelajar
selesai membaca Yaasin,warden akan menghukum mereka yang
melakukan kesalahan displin dengan merotan mereka di khalayak ramai.
Ternyata,hampir muka yang sama sahaja yang 'naik' namanya.
Kata N,sebelum dia di jatuhkan hukuman,di dapati ada 2 orang pesalah lain yang baru sahaja di sebat.Kata N lagi,2 orang berkenaan kelihatan terduduk ke lantai akibat hukuman tersebut berkemungkinan disebabkan tidak dapat menahan kesakitan.Namun cerita N,ketika dia pulang semula ke dalam sel,2 orang berkenaan begitu bangga menceritakan saat-saat ketika mereka di sebat.Mereka mengatakan di hadapan rakan rakan yang lain seolah-olah mereka hebat kerana mereka dapat menahan segala sebatan berkenaan.Padahal sebenarnya mereka terkulai layu menahan sakit.
(...Oooo,masih eksen rupanya..)
ini baru demo.itupun dah NGERI
kita sebagai orang biasa-biasa yang melihatnya.
Di penjara.Kerana seorang pesalah (A) telah di hukum penjara selama 25 tahun,dia terhalang untuk bertemu muka di tempat terbuka dengan pelawatnya melainkan bertemu di bilik khas.Bilik khas tersebut memerlukan si pesalah dengan pelawatnya berbual hanya dengan menggunakan interkom.
penjara atau kurungan?
Adakah itu warisan dari penjajah??
Berikut adalah salah satu perbualan A ketika menerima pelawat :
Pelawat (B) : Ko nak tau,area ko dulu,C dah ambik alih.Dia dah bolot abis.Kita orang pun dia pijak-pijak jugak.Dia nak angkat anak anak buah dia naik atas.
A : #$!@k3 punya C!!! (sambil mengepal penumbuk).Tunggu aku keluar besok.Aku cincang lumat dia hidup-hidup.
(.....aik! Dah kena 25 tahun penjara pun masih nak cincang orang ke???)
Mengapa jadi begitu?
Ya.Kerana nafsu itu sifatnya memang begitu.Keras dan angkuh.Walau telah di sebat bahkan di penjara sekalipun,nafsu tetap degil dan mengekalkan keangkuhan sifatnya.Maka dengan di sebat dan di penjara sekalipun,nafsu belum boleh di didik.
Ada cerita lebih dahsyat????
Si Syaitan Laknatullah.
Kerana tahu yang Nabi Musa boleh berkata kata dengan Allah SWT,suatu hari syaitan telah berupa dengan seorang manusia dan pergi menemui Nabi Musa.Di hadapan Nabi Musa,syaitan telah menyatakan yang dia ingin bertaubat di hadapan Allah SWT tentang kesalahannya yang lalu.Maka Nabi Musa pun memanjat Bukit Tursina lalu menyatakan hajat syaitan kepada Allah SWT.Lalu Allah SWT memberikan syarat bahawa sekiranya syaitan ingin bertaubat,Allah memerintahkan syaitan supaya sujud pada kubur Nabi Adam.
Apabila Nabi Adam mendengar begitu,Nabi Adam pun turun bertemu semula dengan syaitan dengan membawa perkabaran tersebut.Dengar sahaja syarat yang telah di berikan oleh Allah SWT,syaitan terus menolaknya bulat bulat dengan mengatakan,”Ketika Adam masih hidup pun aku tidak sujud kepadanya,inikan pula ketika dia sudah mati.”
Begitulah hakikat dan sifat makhluk Allah yang bernama nafsu.Degil dan terlalu bongkak.
Mari kita lihat asal kejadian nafsu.
Dari kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, menerang bahawa,setelah Allah menciptakan akal,Allah SWT telah menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Akibat dari itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun.
Setelah di keluarkan dari Neraka Jahim,Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.
Setelah dikeluarkan dari neraka Juu’ maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Begitu degil sekalikah nafsu??
Bagaimana kita hendak mengawalnya??
Allah SWT telah memfardhukan kita supaya berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan.
Oleh itu :
1. Orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum.
2. Orang yang berpuasa tidak boleh melakukan hubungan jenis.
3. Orang yang berpuasa tidak boleh melihat sesuatu yang di larang.
4. Orang yang berpuasa tidak boleh marah tidak tentu pasal.
5. Orang yang berpuasa tidak boleh menipu.
Semua yang di sebut di atas dan banyak lagi larangan adalah berkaitan dengan NAFSU.Sekiranya perkara tersebut di atas dilakukan samada boleh membatalkan puasa ataupun mengurangkan pahala puasa.
Ya,salah satu cara untuk mendidik nafsu adalah dengan berpuasa....
Kata Ustaz Haji Hambali,puasa itu ibarat ‘maintenance’ kepada badan.Seumpama kereta yang memerlukan maintenance bila sampai tempuhnya,begitulah juga badan manusia.Dengan berpuasa sebulan,maka sebelas bulan yang mendatang nafsu kita akan dapat di tarbiah dari kesan kita berpuasa.
Namun tetapi,
Kereta yang telah di maintenance,sekiranya kita menukar alat ganti kereta kita dengan alat ganti ‘local’ dan murah/cap AYAM,maka di sebabkan alat ganti tersebut tidak tahan lama,maka ia mudah rosak.
Dengan demikian,
Untuk mendapat kesan tarbiah dari puasa yang berpanjangan selama 11 bulan berikutnya,maka kita hendaklah berpuasa dengan kadar yang ORI bukan sambil lewa dan menggunakan konsep ‘local’.
InsyaAllah,tinggal lagi lebih kurang 23/24 hari lagi bulan Ramadhan yang tinggal/berbaki.
pastikan kereta kita tidak 'BARAI'
di tengah jalan.Begitu juga halnya dengan puasa kita....
Jom jom perhebatkan keORIan puasa kita!!!
Madrasah 6 Ramadhan 1431.
Taman Desa Ixora,
Senawang.
Nota:
Di atas adalah sebahagian dari pengisian Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Hambali di Surau Ibn Khaldun (15 Aug 2010).Sebahagian pula di cedok dari sumber lain dengan harapan tidak mencacatkan isi kandungan Tazkirah.
No comments:
Post a Comment