Thursday, April 1, 2010

:: I.K.H.L.A.S ::

Engkau bagai air yang jernih,
Menyuci hati sanubari,
Menhilangkan titik hitam di hati ini,
Keikhlasan sebagai ganti.

Ikhlas bukan kata semata,
Ikhlas hadir di dalam jiwa,
Biarlah salah di mata mereka,
Biar keikhlasan terlihat sesama kita.
..................................................................
(nasyidkan mengikut irama lagu 'suci dalam debu' by IKLIM)
kredit kepada Ustaz Abdul Malik dari IP Raja Melewar yang mengajarkannya kepadaku...

Sesungguhnya dalam Islam juga ada ruang untuk berhibur.Selagi hiburan itu tidak melalaikan kita dari ingat Allah SWT.

Amma baadu,

Di ceritakan oleh ustaz bahawa sesungguhnya nikmat di syurga nanti adalah sesuatu nikmat yang tidak pernah di pandang oleh mata,tidak pernah terbayang di fikiran dan tidak pernah terlintas oleh hati.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Di ceritakan lagi,sekiranya seorang bidadari syurga memunculkan sedikit dari bahagian tubuh mereka ke dunia,cahaya yang terpancar dari tubuhnya akan menerangkan seluruh alam dari timur ke barat dan keharuman yang datang dari tubuhnya juga semerbak ke seluruh alam dari timur ke barat.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Di ceritakan juga di syurga nanti ada kenderaan seperti kereta kuda.Di kisahkan bagaimana tempat letak cemeti kereta kuda itu jika hendak di buat perbandingan,nilai kebesaran tempat letak cemeti itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.Itu baru tempat letak cemeti di syurga.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Juga di kisahkan bagaimana Malaikat Jibril telah pergi melawat syurga yang nantinya menjadi tempat tinggal Saidina Abu Bakar r.a.Ketika melawat itu Malaikat Jibrail terasa kepenatan walaupun mempunyai 600 sayap.Berapa agaknya keluasan syurga yang Allah sediakan untuk Saidina Abu Bakar?

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Dan kata ustaz lagi,kemuncak dari segala nikmat yang ada di dalam syurga adalah Redha ALLAH swt terhadap makhluknya.Bagaimana nikmatnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.


Agaknya begitulah keadaan kita semasa di alam rahim ibu kita dahulu.Kita hanya beranggapan,rahim ibu kita itu sahajalah alam yang ada.Jika di sebutkan pokok kelapa sekalipun,walau ia memang wujud di muka bumi,tentu kita sang bayi langsung tidak dapat menggambarkan apa-apa.Jauh sekali untuk merasa nikmat yang datang dari wujudnya pokok kelapa itu.Dan mungkin juga,di antara kita ada yang berasa ragu-ragu antara yakin atau tidak akan wujudnya pokok kelapa itu.Bagi seorang bayi,kehidupan 9 bulan 10 hari di dalam rahim itu sudah cukup selesa dengan keadaan sekeliling yang memberi cukup keperluan dan perlindungan.

Namun akhirnya,bila lahir ke bumi,melihat segala apa yang ada di atas muka bumi,maka di situlah nanti si bayi akan mula merasa nikmatnya kehidupan baru di alam yang juga baru.Dan merasakan alam di rahim ibu itu hanya tempat persinggahan.

Namun….

Hakikatnya,nikmat sebenar syurga adalah….berganda ganda ganda ganda ganda ganda…….lagi dari cerita di atas.Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.

Dan....

Antara pesan ustaz lagi,masa kita sakit ni biasanya hati kita mudah ingat ALLAH.

Dan lagi,jadikanlah amalan supaya untaian biji tasbih di letakkan dekat dengan tempat kita berbaring samada kita dalam keadaan sihat atau sakit.Selain boleh di gunakan sebagai `counter` zikir,ia juga boleh menjadi `reminder` kepada hati dan mata kita supaya ingat pada ALlah bila melihat biji tasbih tadi,sepertimana rotan bapak kita mengingatkan kita supaya jangan buah salah.

Tidak lupa juga antara doa yang ustaz ajarkan adalah :

1.Minta jauh diri kita dan kaum kerabat serta keluarga kita dari fitnah ZINA.
2.Doa kepada ALlah SWT supaya kita di kurniakan rezeki dan kita tidak membazir dan tidak kedekut pula untuk membelanjakannya.
3.Sentiasa berdoa supaya kita dan keluarga sentiasa dapat menjaga dan menunaikan solat pada waktunya.

Moga dapat menjadi ingatan pada diriku jua.

(sebahagian isi kuliah Ustaz Haji Hambali di Surau Al Amin-23 Mar 2010)

Thursday, March 25, 2010

:: Daya Tarikan Magnet ::

"Ya Allah! Curahkanlah yang bermanafaat"
....Amin

Segala puji pujian bagi Allah SWT,Tuhan pentadbir sekalian yang telah menurunkan nikmat hujan di bumi Senawang 2,3 hari kebelakangan ini.Bumi yang kering kontang kerana tersejat kandungan airnya dek kerana teriknya pancaran matahari kini kembali segar di basahi air hujan.Cuaca malam yang kadangkala bahangnya membuatkan tidur menjadi tidak selesa secara tiba tiba menjadi nyaman bersama hembusan angin malam juga asbab dari turunnya hujan yang merupakan Rahmat (kasih sayang) dari Allah SWT kepada hambanya.

Amma ba`du.Arakian.....

Seusai kuliah maghrib Muntakhab Ahadis di Surau Al Amin yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Hambali (insyaAllah dalam proses mengedit isi kuliah untuk dien3kan dalam blog) entah mengapa motor EX5 yang di tunggang oleh saya di lencongkan ke jalan `belakang` .Walaupun jalan itu agak gelap,saya amat suka menghirup udara segar jalan tersebut yang jauh dari kesibukan lalulintas.Namun ianya hanya sebentar,tidak sampai beberapa minit saya telahpun tiba di persimpangan besar Taman Matahari Height menuju ke Desa Ixora.

Dan entah mengapa juga,motorsikal saya di lencongkan sekali lagi ke deretan kedai di Taman Matahari dan bukannya terus menuju ke Desa Ixora.Hala tuju saya adalah 2 kedai `BUNDLE` yang berada di situ.Walaupun pada asalnya saya hanya ingin ke X BUNDLE ,tapi tarikan Y BUNDLE(YB) pada malam tadi lebih kuat menyebabkan kaki saya melangkah masuk ke dalam pintu kedai tersebut.
contoh kedai bundle yang menjual pakaian kanak kanak di Jepun

Memang agak lama saya tidak melangkah masuk ke kedai YB.Kerana melihat susun atur dalaman kedai berkenaan agak berlainan pada malam tadi membuatkan hati saya tertarik untuk melihat dengan lebih dekat apa sebenarnya kelainan berkenaan.

Sebelum itu,
.....setiap orang mempunyai kegemarannya masing masing

Entah mengapa,saya amat gemar dengan barangan terpakai.Semua sedia maklum,kedai baju bundle adalah salah satu dari kedai barangan terpakai selain kedai `used car`,kedai menjual alatan eletrik,perabut dan bermacam lagi.Pendek kata,selagi barangan itu mempunyai nilai jualan walaupun sudah di guna pakai,sudah tentunya akan wujud kedai yang menjualnya semula sebagai barangan terpakai.Jangan tak percaya,atap genting pun masih ada harga tau,jangan di buang kalau sudah tidak mahu di guna.
........yang menjadi idaman sesetengah jejaka `buttonfly` levis 501

Semasa di Jepun dahulu pun saya amat gemar ke kedai barangan terpakai.Kebanyakkan koleksi seluar jeans saya,di beli dari kedai kedai tersebut.Bayangkan,manalah taraf seorang pelajar membeli sepasang jeans Levis 501 original yang harganya kalau di Jepun mencecah hingga kira kira 15,000 yen (lebih kurang RM500) minimum dan sudah tentulah ada yang lebih mahal lagi.Kerana terlalu mengidam untuk merasai nikmat menyarung sehelai Levis 501 original,jadi saya membuat `operasi` dengan mencari di merata kedai di sana.Akhirnya dalam mencari cari itu,saya berjumpa dengan sebuah kedai menjual pakaian yang agak berjenama berdekatan dengan tempat saya tinggal.Namun apa yang menarik,di sebahagian rak rak yang tersusun rapi di dalam kedai,ada di letakkan khas beberapa ruangan untuk pakaian terpakai dan salah satunya adalah rak seluar jeans Levis 501.Dan yang lebih menarik lagi,harganya hanya sekitar 4000~10,000 yen (sekitar RM120~RM 300) mengikut kualiti.Apa lagi,dalam pada semangat yang teruja dan sibuk memilih,sempat juga saya menyambar 2 pasang Levis 501 yang telah lama di impikan dan dompet saya hanya luak 7000 yen sahajan ketika itu.

Iklan sedikit...

antara kedai yang di usahakan oleh golongan masyarakat
orang asli di Rengit atau lebih di kenali dengan 'Kedai Kuala'

Dan sesiapa yang ingin mencari perabut,barang eletrik,perkakas rumah,barang permainan kanak kanak,set golf dan macam macam lagi dengan harga yang agak murah dan masih berkualiti,bolehlah pergi ke `KUALA` sebuah pertempatan orang asli di Rengit Batu Pahat.Pasti anda akan tersenyum berpuas hati sekiranya anda berkenan dan dapat membeli barangan di sana.Dan yang pastinya semua adalah barangan terpakai dari Singapura.

Kembali ke kedai YB.

Memang benar,mata kita memang tidak pernah menipu.Hanya mulut sahaja yang bersifat begitu.ehehhehe...Kesian si mulut.Kerana mulut badan binasa.Kerana mata dompet ’binasa’.Boleh ke macam tu?

Banyak benar perubahan dalam kedai YB yang dapat saya perhatikan malam tadi.Pakaian kanak kanak yang menjadi barangan utama kedai berkenaan semakin banyak dan di gantung rapi.Ada tambahan ruangan di mana ada sebuah bilik kaca yang mengasingkan dari ruangan utama.Di dalamnya masih lagi pakaian kanak kanak dan ada di tambah sedikit jaket dan baju lengan panjang.

Setelah 2,3 round mencuci mata,ada seorang pekerja menegur saya.
.........hanya ilustrasi penulis

Pekerja : Nak cari apa bang? (ayat skema)
Saya : Tengok2 je (ayat skema gak)
Saya : Baju2 ni harga dia macamana? (walo ada tag harga..tanya sbb nak ‘memancing’harga)
Pekerja : Yang bahagian sini (ruang utama) semua pakaian bawah RM 10.
Saya : Memang dah tetap ke harga?
Pekerja : Mengangguk kepala.
Saya : Kalau tulis RM 8.90 memang tak boleh kurang lagi?
Pekerja : Mengangguk kepala lagi.
Saya : ………… (kecewa sedikit sebab takde chance untuk tawar menawar)
Pekerja : Tapi bang,kalau beli lebih RM50,dapat membership dan kalau datang next,boleh beli barang gred A kat bilik cermin tu less 30%.
Saya : Oooo...yang dalam bilik cermin tu barang gred A (dalam hati saya).

Saya pusing 1 round lagi,dan terus keluar kerana tiada lagi apa yang menarik kerana harganya tidak memenuhi citarasa saya.

Dalam hati saya,dari luar memang ada gaya tarikan,susun atur juga menarik perhatian,kualiti barangan juga tak kalah dan banyak pilihan namun harganya sahaja sudah cukup untuk membunuh selera membeli saya dan mungkin juga selera orang kebanyakkan yang lain.

Serba sedikit aspek yang saya pertimbangkan untuk membeli di kedai bundle adalah :
1.Murah
2.Ada kualiti
3.Ada jenama
4.Murah.

Mengapa sampai 2 kali murah saya senaraikan??

Murah pertama itu harga yang di tawarkan oleh pemilik kedai dari asal memang murah,dan murah yang kedua itu adalah harga barangan yang menjadi lebih murah selepas saya tawar lagi harganya.eheheh...

Percaya atau tidak saya pernah membeli baju bundle kanak kanak sehelai berharga RM1 dan kualitinya amat puashati dan saya bagi 4 bintang.Dan hasilnya saya memborong hampir 20 helai pasang baju pada malam tersebut di sebuah kedai bundle di dataran senawang ketika bulan Ramadhan yang lepas.Baru RM20.Walaupun di dalam kedai yang sama,ada barangan bundle yang lain untuk di jual dengan harga yang agak berbeza,namun dengan meletakkan rak untuk RM1 sehelai itu sahaja sudah menjadi daya penarik untuk pelanggan singgah sebentar mencuci mata di kedainya.Jadilah,janji ada yang singgah untung untung ada yang berkenan.Masuk juga duit dalam poket.Betul tak?

Jadi apa implikasinya?

Sesungguhnya dalam minda pencinta bundle yang sejati,barangan bundle itu biasanya adalah barangan terpakai dengan harga jualan semula yang biasanya berlipat ganda jauh lebih murah dari barangan baru.Jika menjual barangan bundle dan kesemua barangan itu pula di jual dengan harga yang tidak jauh dari barangan baru,walaupun ianya berjenama lambat laun sudah pasti pencinta bundle akan beralih arah atas alasan,’kalau harga macam tu,baik aku beli baru.tambah sikit je duit’

Tamat di situ??

Tidak,sesungguhnya hidup ini berkait antara satu sama lain antara sedar atau tidak.
Antara langkah awal dakwah Nabi SAW di Madinah
adalah membina masjid.Dan dari situlah jentera dakwah
di susun dan di gilap agar sentiasa aktif  membuat usaha.

Begitu juga dalam hal kita beramal dalam ajaran agama.Jangan di sebabkan sesuatu tindakan yang kita buat,membuatkan orang yang mahu dekat pada agama kembali menjauhinya.

Dan.....

Yang pasti,sabit dengan hadith Nabi SAW,walaupun iman di dalam seseorang Muslim itu hanya sebesar zarah,hakikatnya dengan Rahmat Allah,iman itu jugalah yang membolehkan tuan punya badan masuk ke dalam Syurga Allah SWT.

Sebab itulah.....

Kita jangan memandang serong kepada si pelaku maksiat.Mungkin ada di antara mereka benar benar jahil tentang hukum hakam.Pandanglah golongan ini dengan penuh kasihan,kerana dengan asbab itu mereka mahu dekat ke arah agama.Makin kita sisihkan mereka,makin jauhlah mereka dari batas batas agama.

Dan....

Kalau ada tanda tanda mereka mahu mendekati agama,sambutlah mereka dengan sebaik mungkin dengan muka yang manis walaupun kita bukanlah pakar dalam bidang hal ehwal agama.Dan wajib di ingat,kerja agama ini adalah kerja warisan dari Nabi yang amat mulia.Ia bukan untuk di bangga bangga jauh sekali untuk di jual mahal.

Kesimpulannya.....

1.Barang bundle janganlah semuanya di jual dengan harga yang mahal hanya kerana mementingkan keuntungan dan untuk mendapatkan pulangan modal yang berlipat kali ganda tanpa mengekalkan identiti asal istilah BUNDLE.Takut takut nanti ’mati’ industri bundle yang majoritinya saya lihat di usahakan oleh Melayu Islam.

2.Islam adalah 1 deen dan cara hidup yang lengkap dan melengkapi.Jangan serongkan pandangan orang terhadap agama tercinta ini hanya kerana kita hanya mementingkan keuntungan dunia ataupun keuntungan peribadi.

Moga untung dunia,untung akhirat dan moga berjumpa di Syurga Firdaus.

Amin.

Thursday, March 18, 2010

:: KoMPiL@Si ::

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Semalam (15 Mar 2010),sekali lagi kuliah bulanan di Surau Taman Seri Pagi yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Hambali telah berlangsung.Hadith di atas antara hadith yang di baca oleh ustaz pada malam itu.

Ustaz juga membacakan hadith berikut :

Kabsyah al-Anmary berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya;
1. Tidak akan berkurangan harta 1 orang hamba dengan sebab bersedekah.
2. Seorang yang kena zalim dengan 1 kezaliman dan dia sabar dengan kezaliman yang kena padanya,melainkan Allah akan menambahkan kehebatan dalam dirinya
3. Apabila seorang hamba membuka pintu untuk meminta minta,Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya” (HR. Ahmad).

Di penghujung kuliah ustaz ada mengingatkan para ahli jemaah tentang hakikat berhutang.

Pesan ustaz,

"Orang yang berhutang akan terbeban dengan 2 perkara dalam hidupnya:

1. Pada siang hari,mukanya menjadi tebal kerana setiap orang mengetahui sifat buruknya suka berhutang.
2. Pada malam hari,berasa risau kerana memikirkan cara untuk menyelesaikan hutang keliling pinggang."


Sempat `ziarah` blog Ustaz Amin (di sini) pagi tadi dan terus jatuh hati dengan barisan ayat-ayat di atas.Saya baca dan terus `paste` kan di sini.Dan tiba-tiba,terus sahaja teringat ayat Ustaz Haji Hambali dalam salah satu kuliahnya di Surau Al Amin :

"Orang yang biasa menjaga solat,walau sempit bagaimana pun keadaannya,pasti dia akan dapat menjaga solatnya walau ketika itu dia terlantar di katil hospital".Dan kata ustaz lagi,"salah satu kekuatan untuk dapat menjaga solat,adalah berkawan dengan orang orang yang kuat menjaga solat."

Terkadang kita sibuk dengan pelbagai urusan sehinggakan terlalai dan tidak sedar bahawa solat fardhu sudah pun masuk waktunya.Jika kawan kawan kita orang yang jaga solat,tentulah mereka dapat mengingatkan kita ketika itu.

Macamana pula kalau waktu berseorangan? Siapa yang boleh sedarkan kalau kita terlalai.

Sebelum di jawab soalan itu,pernah terbaca kisah Saidina Umar r.a?

Ketika selepas di tikam dengan Abu Lu`luah al majusi,keadaan Saidina Umar r.a agak tenat.Sehinggakan susu yang di minum,keluar dari kesan tikaman di badannya.Akibat dari kecederaan itu,Saidina Umar pengsan tidak sedarkan diri.Namun bila tibanya masa untuk solat fardhu,Saidina Umar r.a terus sedar dari pengsannya dan bersolat dalam keadaan yang termampu ketika itu.Selepas solat,Saidina Umar kembali pengsan seperti keadaan sebelumnya.Dan bila tiba waktu solat,beliau akan sedar kembali.

Mungkin kerana kesan amalan yang Saidina Umar r.a lakukan menjadikan peribadinya menjadi begitu.Wallahua`alam.

Tetapi.....

Kata ustaz lagi,

Orang yang biasa tidak menjaga solatnya,walau macamana lapang sekalipun waktu yang di miliki, pasti solatnya akan terabai begitu sahaja walaupun baru sahaja pulang dari menunaikan haji di Mekah.Adakah orang yang sama di atas akan dapat menjaga solat sewaktu dalam keadaan sempit seperti terlantar di atas katil hospital? .......Saya tiada jawapan untuk itu.

Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan saya kelak.Mungkin sekarang kita boleh menjaga solat kita,namun masa mendatang tak siapa yang tahu melainkan Allah SWT.

Di kesempatan ini,saya kongsikan sebuah puisi yang di sampaikan oleh Adik Umar Al Faruq anak murid Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz , Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Hufaz Lampung , Indonesia ketika berceramah sempena Maulidur Rasul di Surau Al Irsyadiah pada 7 Mar 2010 yang lalu.

Sebelum membaca puisi yang saya edit sedikit dengan ayat saya,cuba bayangkan seorang kanak kanak yang baru berumur 10 tahun dan telah menghafaz 4 juzuk Al Quran memberi tazkirah di hadapan hadirin yang hadir yang umurnya mungkin sebaya dengan umur bapanya di Indonesia.

Hayatilah.....
"untuk ingatan pada diriku yang selalu lupa...."

Wednesday, March 17, 2010

:: Aku sebuah kereta ::

kereta di peringkat awal penjelajahan teknologi

Semua dari kita sedia maklum bahawa sejarah penciptaan kereta melalui zaman yang panjang sebelum di iktiraf berjaya hingga ke peringkat sekarang ini.Melalui penciptaan dan perkembangan teknologi pembuatan kereta,ia sebenarnya menyumbang pelbagai faktor dalam kehidupan manusia di zaman ini.Manusia sebagai pengguna monopoli teknologi kereta,secara tidak langsung membentuk perkumpulan mengikut sudut pandangan masing masing mengenai KERETA.

Mari kita renungi sejenak kisah di bawah ini......

Secara umumnya di Malaysia,pengguna kereta boleh di kategorikan dalam beberapa golongan di bawah :

Golongan 1.
sekadar gambar hiasan sahaja

Golongan ini memilih dan membeli mengikut kemampuan mereka.Kerana kengkangan ekonomi,mereka hanya mampu membeli samada kereta buatan tempatan ataupun kereta terpakai (used car).

Golongan 2.
sekadar gambar hiasan sahaja

Golongan ini memilih dan membeli mengikut kemampuan mereka.Kerana tiada kengkangan ekonomi,kebanyakkan pilihan dan kereta yang di miliki adalah dari buatan luar yang sudah pasti harganya agak mahal.Kadangkala golongan ini juga memiliki lebih dari 2 atau 3 biji kereta dalam satu satu masa.Malahan ada juga dari golongan ini menjadikan kereta bukan sebagai kenderaan tetapi lebih sebagai koleksi peribadi dan di jadikan sebagai hobi sampingan.

Golongan 3.
sekadar gambar hiasan sahaja

 Golongan ini membeli kereta kerana ingin mengubah suai kenderaan berkenaan.Golongan ini pula boleh di pecahkan dalam beberapa kumpulan.Ada yang mengubahsuai luaran kereta sahaja,ada yang mengubahsuai dalaman kereta sahaja,malah yang mempunyai kemampuan ekonomi,bukan sahaja luaran dan dalaman kereta yang di ubah,prestasi enjin juga turut di ubah mengikut citarasa.

Apa pun.....

Pesan Ustaz Haji Hambali (16 Mar 2010 @ Surau Al Amin),dalam apa jua perkara berbelanjalah dengan jangan terlalu kedekut dan tidak membazir.Janganlah kerana mengidam `sport rim` baru,perbelanjaan keluarga terpaksa di catu sehingga makan pun hanya asyik berlauk kangkung yang di petik belakang rumah,kicap dan telur goreng.

Dan.....

Janganlah pula berbelanja `sakan` sehinggakan anak anak terkadang hanya mencuit sedikit sahaja makanan yang ada kemudian mencuit makanan yang lain pula dengan meninggalkan begitu sahaja makanan yang mula mula di cuit tadi dek kerana terlalu ghairah dengan makanan yang `terlampau` banyak.

Terkadang.....

Anak anak pula sampai meleleh air liur walau hanya memandang sebuah lori tembikai yang lalu di hadapan matanya dek kerana bapanya terlalu berkira untuk berbelanja isi rumah.

Kata Ustaz lagi,

"Kata setengah dari setengah pendapat,harta yang di infakkan untuk keluarga tidak akan di hisab di hari akhirat kelak"

Moga cerita cerita di atas dapat di jadikan pedoman dan batas sempadan dalam kita mengejar hidup dunia dan beramal untuk bekalan di hari akhirat.

Sebagai perkongsian ilmu dari Ustaz Haji Hambali sendiri,

Sekiranya di landa kesempitan hidup,amalkanlah doa di bawah.Bacalah setiap pagi dan petang.(InsyaAllah dengan izinNya...)


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Amin....

Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin....

Friday, March 12, 2010

:: Mengukur baju di badan sendiri ::

Senyumlah...senyumlah..wahai cik mek molek..
(senyum juga salah satu dari ibadah sedekah)

Segala puji pujian kepada Allah SWT dalam segala hal.Moga moga nikmat syahadah,iman dan Islam dapat terus kita kecapi sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Dengan keadaan suasana persekitaran kehidupan kita sekarang ini yang kebanyakkannya tidak membantu dan membawa kepada taqwa kepada Allah SWT,seharusnya usaha dakwah kepada cara hidup Islam mengikut apa yang di tunjuk oleh Baginda SAW haruslah dilipat gandakan.

Ya Allah...Jauhilah kami dari fitnah sebegini...
(hanya sekadar peringatan)

Tragedi pembuangan bayi,kanak kanak sudah pandai merogol,kanak kanak di bunuh dengan kejam dan bermacam lagi fitnah ke atas ummat Islam berlaku di kala ini.Dengan tekanan seperti ini,sekiranya kita masih mengekalkan cara hidup seperti yang ada sekarang,pasti dan pasti gejala gejala lebih buruk bahkan yang tidak pernah terlintas akan melanda masyarakat kita akan berlaku.

Tahukah anda?

Fakta 1.

Masyarakat Malaysia secara purata hanya membaca 4 muka surat buku setahun.
Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002.
(di sini )

Fakta 2.

Dalam sehari masyarakat Malaysia secara puratanya menonton televisyen selama 3 jam.

Cukuplah 2 fakta ini bagi menggambarkan serba sedikit perihal aktiviti masyarakat kita dewasa ini.

Komen Ustaz Haji Hambali ketika kuliah di Surau Al Amin (9 Mar 2010),sekiranya menonton TV selama 3 jam sehari itu di peruntukkan untuk membaca bahan ilmiah,dalam masa setahun insyaAllah seorang itu boleh menimba ilmu dengan berlipat ganda.MasyaAllah.

Bak kata pepatah melayu “masa itu EMAS”

Terang ustaz lagi,sesungguhnya dengan banyak melihat Kebesaran Allah SWT kita akan dapat bermuhasabah tentang diri kita sendiri.

Contohnya,

Dengan melihat pertukaran antara kejadian siang dan malam mengajar kita bahawa masa yang berlalu dan beredar pergi tidak akan menunggu kita.Masa yang beredar pergi itu kadangkala membawa bersama dosa dosa yang kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak.Dan maka dengan itulah kita di tuntut untuk memperbanyakkan istighfar sebagai tanda penyesalan kita terhadap dosa yang kita telah lakukan.

Satu perkara lagi,

Dengan banyak melihat kebesaran ciptaan Allah SWT akan timbul satu perasaan tenang di dalam hati.Tidak pernah terjadi pada seorang yang melihat bintang di langit lalu hatinya merasa gusar dan tidak senang hati.Yang pasti,bila melihat dan merenung kejadian bintang yang bertaburan di langit itu hati kita akan merasa senang dan terpukau dengan keindahan ciptaan-Nya.Subhanallah.

Dan….

Perasan atau tidak,sekiranya di renung sejenak,masa yang ada pada kita sekarang ini seperti bergerak terlalu cepat.Dalam diam tahun 2010 telah masuk bulan Mac.Rasanya seperti beberapa hari lepas sahaja kita menyambut dan meraikan Tahun Baru Masihi.Anak kita yang sulung dalam tidak sedar hampir menjangkau umur 7 tahun.Dan tanpa sedar juga antara waktu subuh hari ini dengan waktu subuh semalam seperti sela masa yang terlalu sekejap.Rasanya antara sela masa tersebut tidak banyak pun perkara yang dapat kita selesaikan.

Naper ek? (guna slang orang muor skit…eheheh)

Jom kita reverse kebelakang sebentar sekitar 20 atau 30 tahun yang lepas.

.
tali besen (television) zaman 70-an

Sekitar tahun 70-an,penduduk Malaysia masih lagi kebanyakkannya bekerja sebagai petani.Antara mereka,ada yang ke sawah,ada yang ke kebun getah,ada yang ke kebun sawit malah ada yang ke kebun sayur.Yang ke sawah,bila tiba waktu dhuha,mereka membersihkan diri lalu menyempatkan diri untuk solat sunat dhuha di tepi bendang.Bila matahari hampir tegak di kepala,mereka lekas lekas pulang untuk bersiap solat jemaah zuhur di surau atau masjid.Waktu malam pula di isi dengan mendengar kuliah pengajian dari mana mana ustaz.Waktu itu kewujudan TV dalam rumah pada setiap kampung hanya boleh di bilang dengan jari.Menonton TV secara beramai ramai sesama penduduk kampung hanya bila berlangsungnya musabaqah Tilawah Al Quran.Begitulah terang ustaz.Waktu itu,kebanyakkan masyarakat merancang hidup demi untuk kesesuaian agama.

Kita lihat pula versi 2010-an.

Masyarakat di kala ini kebanyakkannya terdiri dari golongan yang makan gaji.Kalau di N9 ini,ada penduduknya mencari rezeki sehingga sampai ke KL dan Selangor.Untuk itu,mereka perlu bersiap dan bertolak awal demi untuk sampai di tempat kerja tepat pada masanya.Bagi yang menggunakan kenderaan awam (bas) mereka perlu berada di stesen seawal 6 pagi kerana bas akan bertolak sekitar itu juga.Tiba ke destinasi yang di tuju sekitar jam 7 lebih.Satu persoalan,yang beragama Islam,berapa ramaikah yang mampu menjaga solat subuh dengan desakan keadaan seperti itu?

Tidak tamat di situ,kebanyakkan pejabat tamat waktu bekerjanya sekitar jam 5 setengah atau jam 6.Sudah semetinya,mereka yang pulang untuk ke destinasi yang jauh akan segera menuju kembali ke stesen bas.Dan bas akan bertolak pulang sekitar jam 7 dan sampai destinasi sekitar jam 8. Satu persoalan lagi,yang beragama Islam,berapa ramaikah yang mampu menjaga solat maghrib dengan desakan keadaan seperti itu?

Begitulah ragam manusia menyesuaikan hidupnya.Samada urusan dunia yang di kejar sambil urusan akhirat tidak di cicirkan atau sebaliknya,itu semua sebenarnya bukan masalah peribadi tapi masalah kita semua.Jika antara kita masih tidak mengendahkan permasalahan ini dan usaha dakwah tidak dijalankan untuk membetulkan keadaan,sebut apa sahajalah cadangan/usaha pasti ia tidak akan bertahan lama dan masalah yang pernah di sebut di atas pasti akan berulang kembali.

Jom jom…

Dengan lafaz Basmallah,
Doa itu senjata ummat ISLAM

Saya menyeru diri saya dan rakan pembaca semua agar mari kita beramai ramai berdoa ke atas diri kita,keluarga kita,jiran jiran kita,saudara mara kita,sahabat sahabat kita agar mereka mempunyai kesedaran tentang kepentingan membuat dan menjaga usaha atas agama,dan moga moga kita dapat kekal dalam iman dan mati dalam iman,bangkit di akhirat kelak dengan iman dan Allah masukkan kita ke dalam Jannat ul-Firdaus.

Amin…
(sekadar gambar hiasan)

"sesungguhnya kalau setiap orang menyapu kotoran di setiap halaman rumah mereka,pasti dan pasti sebuah Negara itu akan menjadi bersih"

Catatan dari isi kuliah ustaz Haji Hambali dari diri yang lemah,moga mendapat iktibar.

Thursday, March 11, 2010

:: hOmeLEss ::

Homeless atau golongan yang tidak berumah kerap boleh kita jumpai di bandar bandar besar.Di Malaysia saya belum pernah jumpa atau dengar ada kawasan yang menjadi pilihan golongan homeless ini untuk menetap.Mungkin juga wujud,tapi kewujudan mereka tidak mendapat liputan.Wallahua`alam.
homeless @ sidewalk

Ketika saya belajar di Jepun,saya dapat tahu golongan homeless ini memang ramai dan ada di merata tempat,terutama sekali di bandar bandar besar.Pertama kali saya menjumpai golongan homeless ini ketika saya di bawa melawat bandar Osaka oleh salah seorang senior saya.Apa yang saya dapat perhatikan ketika itu adalah,seorang yang agak tua dan duduk betul betul di kaki lima jalanraya.Berdekatan dengan tempat duduknya (juga di atas kaki lima) terdapat beberapa kotak kecil yang saya kita mungkin di isi dengan barang keperluannya.Di tepinya pula terdapat kotak yang sudah di jadikan alas tempat dia berbaring.Keadaan diri pakcik tua itu amat tidak terurus namun kewujudannya di situ tidak menyemakkan pemandangan.Segala alatan dan perkakasnya terurus kemas dan di susun rapi.Tidak pula saya lihat pakcik tua itu cuba untuk meminta sedekah.Bagaimanakah agaknya dia menyara dirinya. Wallahua`alam.
penduduk dhaif @ Malaysia

walaupun dhaif rakyat Malaysia masih lagi mempunyai rumah...

Bagi saya dan mungkin ramai lagi pelajar Malaysia yang belajar di Jepun,fenomena manusia homeless amatlah janggal di tempat kita.Mungkin pelbagai anggapan akan terlintas di minda masing masing apabila mereka terserempak dengan golongan ini.Tentu ada lintasan fikiran yang berasa,walaupun Malaysia tidaklah semaju Jepun,namun rakyatnya masih mampu mempunyai rumah walaupun kadangkalanya tidaklah sesempurna mana.

Agaknya apa kaitan fenomena homeless dengan negara maju??

Selang beberapa bulan selepas itu (kalau tak silap ingatan ini…) ada sebuah dokumentari Jepun yang di terbitkan oleh salah satu siaran TV swasta mereka menerbitkan perihal golongan homeless ini.Rancangan itu di rakam khas sekitar kehidupan realiti golongan ini.Saya tidak dapat ingat babak dan adegan kesemua rakaman berkenaan,namun apa yang saya dapat kongsikan melalui pemerhatian saya,kebanyakkan golongan homeless yang di rakamkan ketika itu mempunyai kerjaya yang agak kukuh.Pelikkan.

Mengapa mereka jadi begitu?

Dalam rancangan itu,seorang homeless dengan sukerela bersetuju kehidupan uniknya itu untuk di rakam.Dia telah menjadi golongan homeless agak lama.Dia memilih untuk hidup homeless berdekatan dengan sebuah taman awam di sebabkan taman awam itu mempunyai tandas dan bilik air serta persekitaran di situ agak selamat.Maka lelaki tersebut tinggallah di dalam sebuah kotak kertas yang telah di ubahsuai dan di jadikan tempat tidur pada waktu malam.Pada waktu pagi,ketika rakaman tersebut di teruskan,tandas berkenaan memang menjadi destinasi pertama lelaki tersebut.Walau pun tandas itu tidak ada sesiapa yang masuk ke dalamnya kecuali lelaki tersebut,namun yang keluar dari tandas berkenaan adalah seorang lelaki yang hampir tidak di kenali.Kalau tadinya lelaki yang masuk adalah seorang yang agak compang camping,tapi yang keluar adalah lelaki yang lengkap berkemeja lengan panjang dengan sepasang kot yang agak kemas di samping tali leher dan beg bimbit di sebelah tangan.Agak hairan kan?

Apa sebenarnya yang terjadi dalam sela masa yang singkat itu?

Sebenarnya lelaki tersebut bekerja sebagai ‘salariman’ atau salesman jikalau bahasa biasa kita di sini.Salesman atau jurujual mengikut kata lelaki itu hidupnya tidak menentu.Kadangkala terpaksa berpergian jauh dan kadangkala terpaksa kerja hingga larut malam.Dengan cara hidup yang sebegitu,baginya adalah tidak berbaloi untuk mempunyai sebuah rumah sendiri mahupun rumah yang di sewa.Hidup yang banyak masanya di habiskan di luar rumah mungkin baginya amat tidak berbaloi sekiranya wang hasil pendapatannya di peruntukkan untuk membayar sewa.Semua sedia maklum,taraf hidup di Jepun amat tinggi di tambah pula sewa rumah juga cukup mahal walaupun hanya menyewa sebuah bilik yang kecil.Dengan alasan itulah,lelaki tadi memilih untuk menjadi homeless.Sekurang kurangnya hasil pendapatannya dapat di gunakan di tempat lain ataupun di simpan di dalam bank.Pelik juga kan.

mungkin juga ada homeless yang begini.mungkin
juga mempunyai laman blog sendiri.siapa tahu....

Namun itulah hakikatnya.Itu baru kisah seorang homeless.Ada beribu malahan mungkin ramai lagi golongan yang seperti itu di Jepun ketika itu.Dan yang pasti mereka juga mungkin ada alasan sendiri mengapa mereka memilih untuk menjadi golongan homeless.

Baru baru ini…..(ayat apa pulak ni? Tergantung pulak tu… Eheheh…)

Keluar sejenak dari tajuk perbincangan….

Sejak saya mengikuti kuliah Ustaz Haji Hambali,jadual hidup saya kembali berisi.Dunia saya yang dahulunya penuh dengan lopak dan kadang kala bertakung air,namun saya dapat rasakan dari pengisian pengisian Ustaz yang saya dapat ikuti menjadi asbab mengapa kini dunia saya sudah berturap walaupun tidak secantik jalan di lebuhraya,

Dan suatu yang menarik dalam kuliah kuliah pengajian Ustaz selain dari berjalan aktif di beberapa surau yang berdekatan adalah cara penyampaian Ustaz sendiri.Dari pemerhatian saya yang serba dhaif ini,setiap kali kuliah pengajian di jalankan,Ustaz pasti akan menyelitkan samada kisah kisah zaman sahabat Nabi SAW mahupun kisah kisah peribadi yang ada kaitan secara langsung dengan isi kuliah.

Baru baru ini (sambungan dari sinopsis di atas…eheheh) dalam sebuah kuliah,Ustaz ada menceritakan kisah bagaimana seorang homeless yang tiba tiba menjadi kaya secara sekelip mata.Di takdirkan pada suatu hari,seorang homeless menjumpai sehelai tiket loteri dan di takdirkan juga tiket loteri itu mendapat hadiah utama (jack pot barangkali).Maka tidak kepalanglah gembiranya si homeless itu tadi kerana mengikut firasatnya tentulah dengan hadiah wang tunai yang dia akan perolehi nanti hidupnya akan berubah serta merta menjadi `orang senang`.

Apa jadi selepas itu….

Selepas beberapa ketika,sebuah rancangan televisyen telah menemuramah si homeless yang telah bertukar menjadi `orang senang` ketika itu.Memang benar,si homeless itu telah menjadi apa yang di firasatkannya dahulu.Hidupnya kini mewah dan dikelilingi dengan kemudahan yang tidak pernah terpikir dan tergambar malahan terlintas yang ianya akan berlaku kepada dirinya ketika dia menjadi homeless dahulu.

Namun…
aku suka tempat ni,jadi aku tidurlah
di sini,walaupun di tepi jalan.apa orang kata nanti??
"Peduli apa aku..."

Di akhir temuramah itu,si `orang senang` itu menyatakan yang hakikatnya dalam dirinya memberontak untuk kembali menjadi seorang homeless seperti dahulu.Baginya walaupun sekarang kehidupannya telah berubah menjadi orang yang berharta namun itu hanya pada pandangan mata kasar sahaja.Kalau dahulu dia boleh tidur di mana sahaja yang dia suka tanpa memikirkan apa pandangan umum terhadapnya kini dia terpaksa tidur di tempat yang berkualiti demi menjaga pandangan umum terhadapnya.Hidupnya terkongkong dengan harta dan pandangan masyarakat keliling.Orang yang tidak di kenali pun mengaku saudara di saat dia di limpahi dengan harta.Keadaan ini bagi dirinya amat tidak menyelesakan dan sebab itulah dalam hati nuraninya dia lebih menyukai cara hidupnya dahulu walaupun hanya sebagai seorang homeless.

Agak agaknya,kalau kitalah berada di tempat lelaki homeless itu…..Apalah yang akan terjadi pada diri kita…

Memetik sedikit isi ceramah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Khusairi di surau Senawang Jaya (8 Mar 2010) tempohari.Terang ustaz,ketika Isra` dan Mikraj,Nabi SAW telah melawat syurga Allah SWT yang mana di perlihatkan olehNya,bahawa penghuni syurga itu ramainya terdiri dari golongan miskin.Dan ketika Nabi SAW melawat Neraka Allah SWT yang mana di perlihatkan olehNya,bahawa penghuni neraka itu ramainya terdiri dari golongan wanita.(Nauzubillah…)

Mengapa golongan miskin dipilih oleh Allah SWT untuk meramaikan isi syurga??
bawah lori pun Kastam DiRaja Malaysia buat pemeriksaan.
agak agak kalau bawa basikal cabuk,Kastam buat pemeriksaan atau tidak?

Kata ustaz lagi,pihak kastam selalu akan membuat pemeriksaan yang terperinci kepada penumpang kapal terbang yang baru mendarat yang membawa banyak barangan bersamanya.Sebaliknya melepaskan tanpa memeriksa penumpang yang tidak langsung membawa bersamanya sebarang barangan.Begitulah perbandingan orang miskin di akhirat kelak,kerana tiada sebarang harta ketika di dunia,maka HISAB bagi dirinya akan menjadi mudah dan sebaliknya.

Di akhir ceramah ustaz memberi peringatan kepada hadirin semua tentang anjuran Nabi SAW tentang hakikat doa.Nabi SAW mengajar ummatnya supaya berdoalah ke Hadrat Illahi supaya dengan Rahmat Allah SWT kita dapat masuk ke syurga Firdaus dan di jauhkan dari siksa api neraka jahannam.

Amin....

Banyakkanlah berdoa dengan hati yang tunduk dan penuh tawaddu`.

Thursday, March 4, 2010

:: Persidangan Meja Bulat ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Memang benar sepertimana yang Ustaz Abdul Basit kongsikan pada Forum Maulidur Rasul yang lepas,bila kita duduk dengan orang `alim (orang yang berilmu),kita akan terasa diri kita memang jahil.

..............secangkir kopi gebres

Malam kelmarin selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Surau Irsyadiah,salah seorang dari mereka mengajak kami untuk `ngeteh` di sebuah warung tidak jauh dari taman kami.Apalagi,kata salah seoarang antara kami,rezeki jangan di tolak,musuh jangan di cari.Dan jangan tak percaya,dengan hanya menunggang EX5 saya membonceng seorang YB malam kelmarin untuk pergi ke warung berkenaan.(eheheh…iklan je ni)

Sampai di warung dan setelah order di ambil,masing masing agak pelik mengapa sahabat di sebelah saya tidak mahu makan.Kata sahabat di sebelah saya,"dah berbulan aku tak makan roti canai." Sahabat yang lain mulalah `mencucuk` menu nasi lemak pula kepadanya.Sahabat saya membalas,"nasi lemak lagi berat,mahu pukul 1 baru boleh tidur." Seorang lagi sahabat menambah,"mengikut kajian memang betul,dalam sistem pencernaan badan,makanan yang di telan dan mula masuk ke dalam salur esofagus hanya boleh sampai ke perut dalam masa 4 jam.Dalam masa 4 jam itulah makanan yang di telan akan di lembutkan oleh enzim enzim tertentu.Sebab itulah tidak di galakkan makan berulam dengan air.Makanan yang cepat sampai ke perut di sebabkan tekanan air akan menyebabkan makanan tidak cukup lembut dan perut mudah meragam." Panjang lebar Haji B menerangkan.Saya yang dari tadi khusyuk menghirup teh tarik hanya mengangguk-angguk sahaja.

Bermula dari situlah menjalar perbualan kami tentang cerita bab makanan.Pelbagai jenis makanan menjadi topik sehinggakan terkadang pecah juga gelak antara kami kerana lawak jenaka yang spontan.Perbualan kembali rancak bila masuk cerita madu yang di jual oleh orang asli di sepanjang sungai Perak.Kata salah seorang sahabat dan bekas askar yang pernah membeli madu di tempat itu,orang asli yang menjual madu itu hanya menjadi alat pembekal madu berkenaan.Setelah di kaji,madu tersebut bukanlah madu asli.Hakikat ini masih ramai yang tidak tahu kerana sesetengah pelanggan menganggap madu yang di jual itu benar benar asli kerana telah di kaburi dek kerana penjualnya orang asli.

Salah seorang pegawai FAMA yang ada malam itu juga membenarkan penyataan itu.Pihak FAMA yang mempunyai kilang penghasilan madu sendiri ada mengambil sampel sampel madu yang di jual oleh orang asli berkenaan,ternyata bukan madu asli sepertimana tanggapan orang ramai.Jumlah kandungan airnya tinggi,kadangkala ada yang di campur dengan gula kabung.

Tiba tiba saya teringat cerita Ustaz Hambali di mana suatu hari seorang Indonesia menceritakan kepada ustaz bagaimana madu tiruan di hasilkan.Kawah yang besar akan di isi dengan air dan di masukkan kuantiti gula yang agak banyak dan bagi menampakkan warna seperti madu,gula merah akan di jadikan salah satu bahan dalam resepi tiruan itu.Dan akhir sekali,bagi menambah `kick` madu tiruan berkenaan,tuak akan di campurkan ke dalam bahan tadi.Dan bila madu tadi di minum,memang terasa seperti asli dan terasa panas di dalam badan dek kerana sifat tuak tadi.Dan yang paling besar peranan tuak tadi,bila gabus penutup botol madu di buka,akan berbunyi `pop`.Kerana bunyi `pop` itu kata sesetengah `pakar` madu sebagai tanda madu itu benar benar asli.Dalam hati saya,ingatkan bila sebut pakar,memang betul betul pakar,rupanya tauke madu itu lagi pakar mengelentong.

Bila sudah masuk cerita sekitar orang asli,tambah seronok lah perbualan malam tadi apabila bekas askar tadi menceritakan pengalamannya yang kadangkala terpaksa bertugas di dalam hutan selama 6 bulan berturut turut.Sebenarnya kata saudara F,"orang asli ni ramai yang ambil kesempatan.kebanyakkan tauke tauke perniagaan besar membeli bahan hasil hutan dari mereka namun dengan harga yang cukup murah.Umpannya mudah,rokok dan bekalan daging babi.Cukup bulan pula,akan di punggah orang orang asli ini dengan lori untuk di bawa ke bandar Bentong untuk menonton wayang.Percaya atau tidak,orang asli antara filem yang mereka minati adalah filem Hindustan." Wah,hebat juga mereka ini bermain strategi dan sandiwara.Kesian orang asli itu di akal akal oleh peraih/pemborong barangan hutan,sedangkan rotan,manau dan pelbagai hasil hutan itu kalau hendak di bandingkan kuantiti dan keuntungan mereka sebagai peraih jauh lebih besar di banding dengan bayaran dan sogokan bulanan yang di beri.

Selain dari itu,salah satu pihak lain yang mengambil kesempatan ke atas orang asli adalah pihak `missionary` dari gereja.Salah satu faktor kejayaan pihak ini di bandingkan pendakwah agama Islam adalah sumbangan material mereka lebih besar dari pendakwah kita.Bayangkan ada satu ekspidisi pendakwah kita masuk ke dalam perkampungan orang asli mendapati bangunan gereja telah terbina di dalam kampung mereka sejak agak lama dulu.Kampung mereka itu pula telah lengkap dengan keperluan asas termasuk eletrik yang di jana oleh generator sumbangan pihak gereja.Bekalan-bekalan makanan telah di salur ke setiap rumah hampir tidak putus.Dan bila sampai satu masa,bila mereka bertanya mengapa bekalan yang selalu mereka terima seperti sudah putus,di sini lah `jarum-jarum` mereka akan mula berfungsi.Para pendakwah pendakwah gereja itu tadi akan mengatakan,mereka sudah tidak akan menghantar makanan ke rumah-rumah,namun mereka boleh mendapatkan bekalan yang sama sekiranya mereka pergi sendiri ke gereja mereka.

Nampakkan taktik mereka??

Umpan di pasang dan akhirnya bila umpan mengena,secara tidak langsung gereja mereka pun ada pengunjung tetap.Dan paderi yang menunggu sebagai wakil mereka dapatlah menjalankan dakwah ketika itu.Dan terang saudara F lagi malam itu,antara salah satu sebab lagi selain dari dana yang besar sebagai peruntukkan pihak gereja yang kebanyakkannya tidak mampu di tandingi oleh badan badan dakwah kita adalah sumbangan makanan ruji mereka iaitu daging babi yang turut di sumbang oleh pihak gereja.Kata saudara F,"takkan pendakwah kita nak sumbang benda yang sama,iaitu daging babi itu".Semua yang ada malam tadi khusyuk mendengar pengalaman dan kisah benar tersebut.

Salah seorang antara kami malam tadi memang aktif dengan ABIM dan biasa menyertai badan dakwah yang lain dan pergi ke kampung-kampung orang asli serata semenanjung Malaysia.Dan katanya,antara faktor dakwah kita kurang berjaya adalah kerana pihak gereja lebih awal sampai ke kampung-kampung mereka dan orang orang asli itu telah di doktrin dengan materialistik.Sehinggakan pendakwah kita pun di aju dengan soalan yang sama dari orang asli berkenaan,dapat duit/rokok etc kalau mereka datang program dakwah kita.Sekali sekala mungkin boleh di raikan,kata sahabat ABIM berkenaan.Tetapi kalau sudah tiap kali,terang sahabat saya,itu bukan cara dakwah kita kepada orang bukan Islam.Dalam hati saya,sampai begitu sekali cabaran untuk berdakwah kepada mereka.Diam diam saya doakan semoga usaha dakwah dapat di teruskan walaupun cabarannya tinggi dan moga moga Hidayah Allah SWT turun kepada mereka.

Hmmm...orang lain duk sibuk berdakwah sana sini.Kita pula sibuk dengan EPL,Raja Lawak,FBing etc...

Cerita malam tadi tidak terhenti di situ sahaja.Tiba tiba sahaja saya di jadikan bahan bicara antara kami.Entah mengapa tiba tiba sahaja YB menyelit,"kalau nak suruh cakap Jepun,Rizal ni pandai." Saya sendiri tak pasti mengapa ayat tersebut boleh terpancul keluar di saat itu.Mulalah mereka menyoal selidik saya dengan apa yang saya buat ketika di Jepun.Mujur ada satu bab yang di sentuh oleh Haji B malam tadi dapat melarikan kisah saya dari topik perbincangan.Kata Haji B,untung pelajar ke Jepun tajaan JPA sebab tajaan kami tidak perlu di bayar balik.Sedangkan student JPA yang belajar bidang perubatan terpaksa berkhidmat dengan hospital kerajaan sekurang kurangnya 5 tahun untuk `melepaskan` diri dari pembayaran balik kos pembelajaran yang memang agak tinggi.Dari titik cerita itulah,saudara F turut menambah,"banyak juga lepasan JPA bidang perubatan yang memasuki tentera sebagai doktor.Selain mendapat layanan yang istimewa mereka juga cepat naik pangkat.Panggil Tuan Doktor pun dapat panggilan Kapten etc pun dapat.2 dalam 1." Saudara F juga berkata,"ustaz ustaz pun ramai masuk tentera di bawah KAGAT (kor agama Islam).Dulu sebelum KAGAT di wujudkan,memang ada di tempatkan di setiap kem seorang ustaz,namun di sebabkan ustaz ini di bawah jawatan awam,mereka tidak boleh menegur sebarang kesalahan dalam tentera.Jadi bila KAGAT di perkenalkan,ustaz ustaz ini di serap ke dalam tentera dan di beri pangkat.Dari sebab KAGAT di wujudkan dan ustaz ustaz sudah pun berpangkat,maka mudahlah mereka berdakwah di dalam tentera."

Perbualan malam tadi semakin rancak bila saudara F menceritakan lebih lanjut tentang KAGAT."Dalam tentera,bila wujud KAGAT,sesiapa yang ingin bernikah dan mendirikan rumahtangga perlu menjalani kursus intensif selama lebih kurang 2 bulan.Di hujung 2 bulan itu nanti akan di adakan temuramah dan soal selidik sekitar kursus intensif yang telah di lalui,sekiranya memuaskan barulah surat pengiktirafan LULUS akan di keluarkan.Dengan sijil itu sahajalah pemohonan kahwin seseorang askar itu akan di luluskan.Sekiranya sebaliknya,akad nikah tidak boleh di jalankan walaupun persiapan perkhawinan telah lengkap." Detik hati saya,macam ni baru betul betul intensif.Pengendali kursus kahwin untuk orang awam patut mengambil langkah yang sama untuk persediaan bakal bakal pengantin.Kursus nikah yang selama 2 hari itu,saya rasa belum cukup memantapkan persiapan bakal pengantin terutama dalam bab persediaan rohani.

Sekitar jam 11 malam,cawan teh tarik pun sudah nampak dasarnya.Pinggan roti canai sudah lama kosong dan tekak pun sudah kering kerana terlalu banyak bercakap.Eheheheh…

Namun sebelum pulang Haji B sempat lagi berkongsi dengan kami semua isi ceramah yang beliau hadiri baru baru ini.Ustaz yang memberi ceramah menerangkan aspek perubatan di dalam Islam.Terang ustaz bekenaan,setiap punca penyakit dan ubat untuk penyakit tersebut biasanya tidak duduk jauh.Contohnya Nabi SAW menyuruh kita menenggelamkan keseluruhan badan lalat yang jatuh ke dalam makanan/minuman kita.Ini kerana sayap lalat itu salah satunya membawa penyakit dan salah satunya membawa ubat.

Kata ustaz tersebut :

Untuk pesakit gout yang alah makan udang : Hendaklah makan kulit udang sebagai ubat.
Untuk pesakit gout yang alah makan seafood : Sangan (goreng tanpa minyak) sejumlah garam laut sehingga hitam dan masukkan ke dalam kain dan tuam pada kaki yang gout.

Untuk gatal gatal kerana resdung : Sapukan tahi hidung di kawasan yang gatal.

Untuk pesakit kulit dan gatal gatal : Sapukan air liur basi.

Wallahua`lam.

Sesengguhnya hidup ini satu perkongsian.

Akhir kalam,ucapan terima kasih kepada semua atas perkongsian kisah mereka semua malam kelmarin.

......ikhlas dari :
Fakir Ilallah (`_`)