Wednesday, January 16, 2013

:: Nasi Arab Dapur Kayu ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Tergerak hati pada minggu lepas (entri ini mula ditulis pada 5 Jan) untuk mencari resepi nasi arab.Setelah mencari dan membaca beberapa resepi di dalam internet,akhirnya dengan izin Allah saya berjumpa dan berkenan dengan satu resepi yang agak lengkap.

Jumaat malam,sedang saya dan isteri menyiapkan barang untuk memasak nasi arab,kakak ipar saya menelefon isteri saya.Katanya mereka sekeluarga hendak datang bertamu ke rumah kami pada esok harinya.Alhamdulillah,mungkin rezeki mereka dapat merasa nasi arab (walaupun dalam percubaan).

Hari Sabtu,seawal pagi lagi saya telah memulakan operasi.Dengan budget basmathi 2 kg dan ayam 2 ekor,dengan lafaz Bismillah saya pun memulakan proses memasak.

Nasi Arab Dapur Kayu.

Alhamdulillah,sedang elok nasi di periuk kering,tetamu dari Johor pun sampai.Bersama mereka juga adalah saudara mereka dari Felda Kahang,Kluang.Mereka sebanarnya dalam perjalanan untuk menziarahi ahli keluarga mereka yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.

Selepas tetamu selesai menunaikan solat zohor,kami semua pun menjamu selera dengan hasil percubaan nasi arab.Alhamdulillah,menu hari itu dapat dihidangkan kepada tetamu yang datang dari jauh.Moga ada berkat yang masuk ke dalam teratak buruk kami dengan kedatangan mereka semua.

Terima kasih juga pada penulis resepi nasi arab (saya lupa sumbernya-saya sertakan resepinya seperti di bawah.).Hasil kerja menaip dengan hujung jari anda itu memberikan menfaat kepada kami semua di luar ini.

Klik imej untuk paparan besar.


Kata Sheikh Nuruddin (@Masjid Klana Petra Sendeng-5 Jan 2013),Nabi SAW pernah berpesan agar berhati-hati dengan hujung jari kerana ia boleh membinasakan (lebih kurang maksud hadith).Sheikh Nuruddin menerangkan hujung jari boleh membinasakan contohnya seperti bila hujung-hujung jari itu digunakan untuk menaip sesuatu yang tidak benar maka ada manusia lain yang akan mendapat kesan buruk dari hasil tulisan itu.Sudahlah yang menulis itu menulis sesuatu yang tidak elok,tulisan itu pula kekal di medianya sehingga bila-bila.

Oleh itu berhati-hatilah ketika menggunakan hujung jari ketika menulis.

Jom berusaha untuk menulis yang bermenfaat.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat,

Wak,
TDI.

No comments: