Kolah tempat wudhu.
Kebanyakkan masjid/surau lama masih mengekalkan
kewujudannya.Wajar dikekalkan selain dapat menjimatkan air
ia juga mempunyai simboliknya sendiri.
(sekadar gambar hiasan)
Sebuah kolah besar yang air penuh berisi,sekiranya dituang dengan sekilo gula sudah pasti kita belum dapat mengecapi manis airnya.Begitu juga sekiranya di tambah sekilo lagi,pasti rasa asal air kolah tersebut masih lagi belum berubah.Tapi sekiranya seorang demi seorang datang lagi ke kolah berkenaan membawa gula,lalu dituangkan ke dalamnya,tidak kiralah berapa banyak jumlah yang mereka bawa masing masing,sudah tentu akan sampai satu tahap/peringkat,air dalam kolah itu akhirnya akan bertukar menjadi manis.Dan sekiranya orang yang selepas itu membawa sesudu gula sekalipun,lalu ditambahkan sesudu gula berkenaan ke dalam air kolah tadi,ia juga akan berasa manis.Akhirnya apabila semakin banyak gula yang ditambah,kemanisan air kolah itu akan sampai ke satu tahap di mana kemanisannya sudah ke tahap tepu.Itulah kemuncak tahap kemanisan.Sehinggakan sesiapa yang datang tanpa membawa gula sekalipun,akan dapat merasakan kemanisan air kolah tersebut.
Tamsilan itulah yang dapat digambarkan tentang curahan sumbangan dari awal pengembangan Islam di bumi Mekah dan Madinah yang dibuat oleh para sahabat r.anhum.Mereka sedikit demi sedikit membuat pengorbanan samada dari segi material,tenaga,titik peluh,idea dan pelbagai lagi sumbangan demi menegakkan syiar Islam di atas muka bumi yang asalnya ‘tawar’ dari sebarang rasa.Pengorbanan yang mereka buat bersama-sama Rasulullah SAW sedikit demi sedikit memberikan kepada mereka kemanisan Iman yakni keyakinan tentang kebenaran Islam yang timbul dari dalam diri mereka.Hinggalah satu peringkat di mana keImanan yang teguh yang mereka rasai itu sampai kesatu tahap kemuncaknya.Sehinggakan sesiapa sahaja melihat perilaku dan tingkah laku Rasulullah SAW dan para sahabat,mereka boleh mendapat hidayah lalu mereka sama-sama memeluk agama Islam.
Bagaimana dengan tahap sumbangan kita?
Sempena bulan Rabiul Awal (bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW) ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Baginda SAW.
Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang N9.
2 comments:
salam ukhwah
entri yang menarik dengan perumpamaan yang menarik...
seperti jugak untuk mendapat kemanisan iman dalam diri masing masing...
bukannya sekali buat terus dapat..tapi kena istiqamah dan yakin dengan janji ilahi..
err kalau salah tolong tunjuk ye..saya pun kurang bab bab ni.. :)
si para para :
salam ukhwah :)
hidup itu satu perkongsian.kita berkongsi ruang udara dan berkongsi apa yang ada.yang penting kita saudara seagama :)
Post a Comment