Tuesday, April 13, 2010

:: Permata Gemilang 1 ::

Perkongsian isi Kuliah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki @ Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng (11 April 2010)

Sheikh Nuruddin (gambar ihsan dari rakan blogger.)

Bismillahirrahman nirrahim.

Bila....

Makanan pun sudah tidak boleh di jamah,
minuman sudah tidak dapat di teguk,
mata sudah tidak dapat melihat,
telinga sudah tidak dapat mendengar,
hidung sudah tidak dapat menghidu,
tangan sudah tidak dapat bergerak,
kaki sudah tidak dapat di hayun,
jantung sudah tidak berdegup,

Maka....

Itulah tandanya kita sudah berada di alam barzakh dan kematian sudah menjemput kita.

Dalam keadaan demikian dan kita sedar akan ketetapan yang begitu dari Allah kepada semua makhluk ciptaanNya,kita sebagai ummat Islam seharusnya lebih bijak mengambil kesempatan.Dengan keadaan kita sebagai makhluk Allah,berapa banyakkali kah lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan,berapakali lagi kah kita dapat bersolat secara berjemaah,kita sendiri pun tidak tahu.Oleh yang demikian,jangan jadikan amalan dan tabiat,dengan melengah lengahkan peluang yang ada dalam hidup ini untuk beribadah.

Dalam hidup ini,kita selalu mengharapkan turunnya Rahmat dari Allah SWT kepada kita.Kita juga tahu,sesuatu itu terjadi dengan asbab.Dan Rahmat Allah juga turun kepada kita juga dengan asbab.Tidak semestinya dengan ibadah ibadah yang besar seperti solat,puasa,haji atau zakat sahaja yang menjadi asbab turunnya Rahmat,bahkan ibadah ibadah yang kecil seperti selawat,tasbih juga boleh menjadi asbab turunnya Rahmat Allah sekiranya di buat mengikut adab.Dan yang paling penting,apa pun jua ibadah,yang mustahak adalah kita dengan sedaya upaya untuk menghindarkan diri dari sifat dan unsur ujub,riak,sum`ah dan ego.

Kisah 1.

Natijah dan kesan dari tamatnya sebuah perlawanan akhir bola sepak.

FIFA World Cup Trophy: Impian setiap pasukan bola sepak.

Bagi pihak yang menang :

Pemain akan mendapat:
1. Hadiah perlawanan dari persatuan bola sepak
2. Hadiah sumbangan kerajaan negeri
3. Hadiah sumbangan dari penaja

Penyokong :
1. Merasa puas dan gembira kerana pasukan mereka bergelar juara
2. Rasa pengorbanan mereka menyokong pasukan bola sepak mereka berbaloi.
3. Merasa seronok kerana penyokong lawan yang sebelum ini begitu kuat menyorak dan terlampau berlagak dengan pasukan yang mereka sokong akhirnya kalah di tangan pasukan mereka.

Bagi pihak yang kalah :

Pemain :
1. Terlepas peluang meraih gelaran juara.
2. Ada kemungkinan antara pemain akan kehilangan kerja kerana tidak di sambung kontrak.
3. Elaun/gaji pada musim baru tidak akan naik kerana prestasi tidak memuaskan.

Penyokong :
1. Sedih dan stress kerana pasukan yang mereka sokong kalah.
2. Penat,mengantuk,letih,tak lalu makan dan hilang semangat kesan dari kekalahan pasukan mereka.
3. Balik ke rumah anak dan isteri tidak di layan secara sepatutnya kerana gangguan perasaan.
4. Marah kepada pasukan mereka kerana tidak memanafaatkan peluang untuk menjaringkan gol.
5. Geram dan cemburu dengan penyokong pasukan lawan yang begitu angkuh menyorak kekalahan mereka.

Secara keseluruhan,sebenarnya penganjur perlawanan secara langsung telah menzalimi para penyokong yang datang ke stadium,samada dari penyokong yang menang atau yang kalah.Para penyokong yang datang terpaksa berkorban duit petrol,duit tol,duit tiket stadium semata mata mahu menyaksikan pasukan yang mereka sokong berentap untuk merebut gelaran juara.Malah masa yang sepatutnya boleh di manafaatkan dengan zikir,solat berjemaah terbiar begitu sahaja.

Pesan Syeikh Nuruddin malam itu,

Bahawa sesungguhnya tiada yang di pandang kecil sekiranya sesuatu Muamalat itu di jalankan dengan Allah SWT.

Kisah 2.

Di kisahkan lagi oleh Syeikh Nuruddin,

Suatu masa,ada seorang telah bersin dan mengucapkan Alhamdulillah.Sejenak selepas itu,ada seorang yang lain terus menyeberangi sungai untuk berjumpa dengan lelaki yang bersin itu untuk menjawab Tahmidnya.Ketika di tanya,mengapa lelaki itu sanggup menyeberangi sungai semata mata untuk menjawab tahmid lelaki yang bersin itu,maka jawab lelaki itu,aku berharap dengan doanya nanti aku mendapat keselamatan.
bersin juga nikmat pemberian Allah SWT

Di dalam hadits Abu Hurairah yang lalu, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bersin hendaknya dia mengucapkan Alhamdulillah, dan saudaranya atau temannya mengucapkan untuknya "Yarhamukallah", dan apabila saudaranya mengucapkan yarhamukallah maka hendaknya dia mengucapkan “Yahdikumullah wa yushlihu balakum". atau dia mengucapkan "Yarhamunallah wa iyyakum wa yaghfiru lana wa lakum ". Doa tersebut dijelaskan pada riwayat hadits Nafi’ dari Ibnu Umar : "Bahwa Abdullah bin Umar apabila dia bersin dan diucapkan baginya Yarhamukallah, beliau berkata : "Yarhamunallahu wa iyyakum, wa yaghfiru lana wa lakum."

Syeikh Nuruddin juga ada mengingatkan para hadirin,
Modify? atau terlebih berani? (sekadar gambar hiasan.)

Hidup kita jangan sampai menggangu kehidupan orang lain.Contohnya,apabila kita memulas minyak motor kita,tambahan pula dengan keadaan ekzos motorsikal kita yang sudah di 'modify', sudah tentulah mendatangkan kebisingan.Sebagai pemilik motorsikal,kita mungkin tidak sedar tindakan kita itu kadangkala menggangu ketenteraman orang yang sedang bersolat ataupun berzikir.Mungkin juga menggangu kesihatan orang yang sakit jantung.Tanpa kita sedari tindakan kita membuat bising walaupun dengan jarak tunggangan motorsikal yang dekat sebenarnya memberi masalah kepada kita di akhirat kelak.

Pesan Syeikh Nuruddin lagi,

Janganlah di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan maksiat dan kesalahan di sisi Allah.

Dan...

Janganlah juga di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan ibadah dan kebaikan kepada Allah SWT.

Kisah 3.

Sheikh Nuruddin juga mengisahkan kisah seperti di bawah :

Nabi s.a.w. bersabda:"Dahulu pada umat-umat yang terdahulu, terjadi seorang telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, kemudian dia ingin bertaubat, maka dia mencari seorang alim, dan ditunjukkan kepada seorang pendeta, maka dia bertanya bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa maka apakah ada jalan untuk bertaubat?
Jawab pendeta tersebut tidak ada. Maka segera dibunuh pendeta tersebut sehingga genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian dia mencari orang alim yang lainnya, dan ketika telah ditunjukkan maka dia menerangkan bahawa dia telah membunuh seratus orang, apakah ada jalan baginya untuk bertaubat?
Jawab si alim tersebut: Ya ada, dan siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat?
Pergilah ke sebuah dusun,kerana di sana banyak orang-orang yang taat kepada Allah.Maka berbuatlah sebagaimana perbuatan mereka, dan jangan kembali ke negerimu ini kerana ianya tempat penjahat. Maka pergilah orang itu ke sana. Tatkala di tengah perjalalanan dia mati secara mendadak. Maka bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.
Berkata Malaikat Rahmat: Dia telah berjalan untuk taubat kepada Allah dengan sepenuh hatinya.
Berkata Malaikat Azab: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Maka datanglah seorang malaikat yang menyerupai manusia dan dijadikannya sebagai juri (hakim) di antara mereka.
Maka dia berkata: Ukurlah sahaja di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang ditujui, maka ke mana dia lebih dekat,maksukkanlah dia kepada golongan orang di sana. Maka diukurnya dan didapati dia lebih dekat kepada dusun baik yang ditujunya berukuran sejengkal, maka dipegang ruhnya oleh Malaikat Rahmat”.

Bagaimana dengan kita? Banyak manakah dosa kita? (wallahua'alam).
Sudah kah kita bertaubat?

Peringatan dari syeikh Nuruddin lagi,

Daripada Abdullah ibn Umar ibn Al-Asr radhiallahuan berkata:saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Apabila kalian mendengar muadzin melaungkan azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan dan berselawatlah keatasku, kerana sesiapa yang berselawat keatasku dengan satu selawat nescaya Allah berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat, kemudian pohonlah kepada Allah supaya mengurniakan kepada ku wasilah kerana wasilah merupakan satu kedudukan didalam syurga yang tidak diperolehi/dikurniakan kecuali bagi seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Aku berharap semoga aku adalah hamba tersebut. Sesiapa yang meminta bagiku wasilah maka berhaklah dia mendapat syafaatku."

Dan doanya adalah seperti didalam hadis Jabar bin Abdullah al-Ansari radhiallahuan berkata: Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang berdoa selepas mendengar seruan (azan): Ya Allah! Tuhan yang mensyariatkan seruan azan yang sempurna ini, dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam al-Wasilah dan al-Fadhilah, kurniakanlah juga kepadanya maqam yang terpuji yang telah engkau janjikan, maka berhaklah baginya mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak."

Kata Syeikh,

Apakah nilai yang lebih besar lagi di akhirat kelak melainkan syafaat dari Nabi Besar kita Muhammad SAW.

Akhir sekali,antara pesanan terakhir Syeikh Nuruddin :

Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan memakai jam di tangan kanan kerana memuliakan tangan kanan untuk membuat perkara kebaikan.

Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan melapik tangan kanan di bawah cawan ketika minum (kerana tangan kanan kita masih melekat kesan makanan).Namun kadangkala pada masa yang sama,ada orang yang minum dengan tangan kiri tetapi menghisap rokok dengan tangan yang kanan.Mana sebenarnya perbuatan yang mulia?

Dan akhirnya....

Janganlah memandang remeh dan rendah untuk mengutip saki baki makanan di tepi pinggan/talam,mungkin kerana perbuatan kita menghabiskan sisa makanan itu Allah jadikan asbab untuk kita mudah untuk berbuat ibadah dan mendapat maghfirah (keampunan) dariNya..

Moga perkongsian dari penulis yang serba lemah ini dapat menjadi renungan bersama.InsyaAllah.

No comments: