Tuesday, July 28, 2009

Alah bisa,tegal biasa

(....edisi tanpa gambar)

Semangat berkobar kobar yang ada di dalam diri ketika sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan suata masa dahulu pasti masih segar dalam minda dan peti simpanan sejarah.Manakan tidak,satu alam yang tidak pernah di tempuh dan tergambar akan di lalui sendirian tanpa kehadiran ibu dan bapa yang tersayang.

Zaman saya dahulu,tadika atau yang sewaktu dengannya bukanlah satu ‘kewajiban’ seperti sekarang.Kalau di tempat saya dahulu yang ada hanyalah Taman Bimbingan Kanak Kanak (TABIKA) yang di kelolakan oleh KEMAS.Itu pun hanya beberapa kerat sahaja kanak kanak yang di hantar ke situ.Selebihnya lebih ‘sayang’kan dunia permainan dan dunia khayalan ketika itu,lantas ‘liat’ untuk ke TABIKA.

Oleh yang demikian,bagi mereka yang tidak ke TABIKA,darjah 1 adalah pengalaman yang cukup baru dan AURA yang datang bukan calang calang untuk di tempuhi.
Bayangkan,sebelum ini kehidupan sehari hari hanya di isi dengan berlatih di ‘medan perang’ dengan bertemankan senapang buluh ataupun belajar ‘memburu’ bertemankan lastik dan sekantung peluru buatan sendiri.Aktiviti seharian yang begitu bebas tanpa sekatan undang undang.Pulang ke rumah hanya bila perut lapar itupun terkadang terlalai di sebabkan khusyuk dengan alam masing masing.

Dan bila hampir tiba usia persekolahan,ibu bapa akan mula memberi teguran,’dah sekolah besok,tak boleh lagi main main macam ni.Kena ikut cakap cikgu.Nanti cikgu rotan.’ Begitu pengenalan yang di beri kepada saya tentang alam persekolahan.Sudah tiada lagi alam yang masih saying untuk di tinggalkan,yang hanya tergambar pada masa itu hanyalah,cikgu yang garang dan rotan.

Tapi dek kerana semangat jugalah,hari hari yang mendatang di raikan juga.Itupun disebabkan rakan rakan seperjuangan juga mula ber’gossip’ sekitar cerita panas itu.Masing masing mula menggambarkan apa yang akan mereka lakukan bila bermulanya alam persekolahan nanti.Tidak ketinggalan juga persediaan yang sedang dan akan di lakukan.

Perkara pertama yang tidak kurang pentingnya adalah seragam sekolah.Semuanya serba putih hanya seluar sahaja yang berwarna biru.Itupun ada yang panjang ada yang pendek.Dek malu kerana banyaknya parut dan kesan luka di kaki,saya lebih gemar berseluar panjang.Rambut yang terjurai sudah di potong kemas,kuku yang panjang sudah di potong rapi dan badan yang berdaki sudah di sental entah berapa kali.Yang di tunggu hanyalah hari pertama pendaftaran di sekolah.Sudah tentunyalah Sek Ren Bukit Naning,kerana itulah satu satunya sekolah yang paling hampir.

Semuanya seperti tidak menjadi sehari sebelum sessi persekolahan tahun 1986 bermula.Pengalaman mem’bedak’kan kasut Fong Keong yang bertapak merah itu memulakan diari baru.Mengapa kasut yang sedia baru dan masih lagi putih bersih perlu di kapur lagi? Dan tentunya yang merimaskan adalah sepasang stokin yang perlu di pakai sebagai sebahagian seragam sekolah.

Kalau dahulu ketika berlatih perang atau memburu,kami lebih selesa berkaki ayam untuk mengelakkan pergerakkan kami di kesan,tapi kini seolah olah semuanya perlu di‘zero set’kan.Walaupun telah beberapa kali mencuba seragam yang serba baru,tapi tetap tidak berkenan.Terutamanya stokin dan kasut putih.Seolah olah sedang mengayakan satu fesyen baru yang kalau di pandang orang boleh membuatkan diri sendiri malu pada diri sendiri.Semuanya tersimpan di lubuk hati,tidak berani menyuarakan walaupun sepatah perkataan kepada sesiapa pun.

Tersedar dari lamunan hanyalah bila nama di sebut ketika sudah berada di dalam kelas 1 Kuning.Barulah sedar sekarang ini saya di kelilingi oleh 25 orang kawan baru.Kawan kawan sepermainan semuanya di kelas 1 Merah.Bapa saya cukup pantas bertindak.Di tukarnya kelas saya mungkin kerana melihat kawan kawan saya ramai di kelas 1 Merah.Duduk di bangku dan meja yang di cantum lima di samping rakan rakan baru yang entah dari mana datangnya membuatkan saya rasa terasing.

Guru kelas,Cikgu Nazir bin Kasri mula memulakan sessi pembelajaran pertama hari itu.Perkara pertama adalah melantik Ketua kelas dan penolongnya.Satu ‘jawatan’ baru yang tidak pernah di dengar sebelum ini.Tidak ada lagi ‘jawatan’ Kapten mahupun komunis seperti sebelum sebelum ini.Dan yang peliknya,papan hijau di hadapan kelas boleh di ‘conteng’ dengan pensel berwarna putih.Tidak seperti kami yang di bekalkan dengan beberapa batang pensel kayu dan beberapa buku tulis bergaris garis dan ada pula yang berpetak petak.

Semua yang terbuku sebentar tadi hanya terurai bila bertemu kembali dengan kawan kawan lain bila loceng berbunyi menandakan waktu rehat tepat jam 10 pagi.Masing masing bercerita hal masing masing.Rehat setengah jam terasa berlalu begitu sahaja.Dan yang menunggu di dalam kelas selepas itu adalah kawan kawan yang masih belum kenal dan tidak tahu dari mana asal usul mereka.Walaupun begitu,yang menyamakan kami adalah seragam sekolah yang di pakai.Pelajar lelaki dengan seragamnya dan pelajar perempuan dengan seragamnya sendiri.

Walau bermacam kisah dan bermacam cerita,seragam inilah yang sentiasa menyatukan antara kami.Selain dari lencana sekolah yang tersemat di dada,seragam inilah yang menjadi teman suka duka.Kalau lama di ganti baru,andaikata salah satu tiada,pasti terasa canggung walau kadangkala hanya sepasang stokin yang tidak di pakai.

Pagi selepas selesai mandi,pasti pakaian yang dipakai adalah seragam sekolah,tidak lain dan tidak bukan kemeja putih,sepasang seluar,stokin dan kasut sekolah.Bagi pelajar perempuan mungkin ada sedikit variasi selain baju kurung sepasang, stokin dan kasut sekolah tapi antara mereka ada yang memilih untuk bertudung atau tidak. Begitulah rutin yang akan di ulang laku hari demi hari,tahun demi tahun.Bahkan berbelas tahun.

Namun setelah tamat zaman persekolahan,barulah sedar didikan displin tentang pakaian seragam inilah serba sedikit membentuk peribadi kita.Ucapan berbanyak terima kasih bagi penggubal dasar yang telah menetapkan pakaian seragam para pelajar samada bagi sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Mereka mereka inilah yang menjadi penyebab kedisplinan ditrampilkan oleh murid murid ketika di sekolah.Bahkan displin yang terterap inilah yang terus di bawa kemana mana di jadikan budaya dan etika berpakaian.

Sebagai buktinya,cuba kita lihat suasana di tempat kerja di mana mana pun.Ada waktu masuk yang di tetapkan, ada peruntukkan waktu rehat dan di tetapkan bilakah waktu tamat bekerja.Masih mirip kepada alam persekolahan.Cuma seragamnya sudah ada sedikit kelainan.Tapi dari segi dasar,konsepnya tetap sama.Pendisplinan untuk semua.

Namun…cuba renungi ayat berikut ini.

Di lihat dari pemakaian golongan lelaki,nampak begitu kemas dengan kemeja lengan panjang,berseluar slack dan berkasut hitam.Tapi mungkin serba sedikit akan ternampak cacat dan nampak pelik sekiranya tanpa dilengkapi dengan sepasang stokin.Mengapa ya?

Di bandingkan dengan golongan wanita,tentu nampak lebih anggun dan gah dengan baju kurung,bertudung litup dan di hiasi dengan pelbagai aksesori tambahan.Tapi tidak pula dipandang pelik sekiranya berkasut/sandal atau apa sahaja ‘alas kaki’ tanpa berstokin/sarung kaki..

Tadi dari pandangan orang yang melihat…..Cuba kita selami perasaan individu pula.

Golongan lelaki mungkin akan ada timbul rasa ‘malu’ sekiranya mereka sedar ada sesiapa yang perasan akan kekurangan mereka walaupun hanya tidak berstokin.
Tetapi mengapa….?

Sebaliknya,mungkin juga kerana tiada siapa yang memandang pelik atau serong terhadap cara pemakaian mereka menyebabkan golongan wanita tidak merasa ‘malu’ walaupun bergaya tanpa sarung kaki.Mengapa pula?

Perkara perkara di atas menjadi persoalan yang tidak pernah terungkai dalam kotak pemikiran saya.

Pelbagai tanggapan yang dibuat kadangkala tidak tepat.Bagi mewakili golongan lelaki,bagi saya memakai kasut tanpa stokin adalah janggal.Manakan tidak,sudah terlatih sekian lama sejak umur kanak kanak untuk berpakain begitu.

Tetapi kenapa persepsi itu tidak ada pada golongan wanita secara umum.
Mungkin hanya golongan wanita punyai jawapannya.

Sebenarnya dimanakah tanda aras dalam hal ini……

Mari kita rujuk sebentar di mana sandaran dan pedoman kita ;

Batasan aurat:
1.Lelaki: Bermula dari pusat hingga ke lutut.

Ini berdalilkan hadis :

حديث الدارقطني وأحمد وأبي داود عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده قال:ما دون سرته حتى يجاوز ركبته)

Maksudnya: "Diantara benda (aurat) yang tidak boleh (dilihat) ialah dari pusat sehingga lutut."

2.Perempuan dan khunsa: Keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan termasuk juga rambut.

Ini berdalilkan firman Allah Taala:

(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (النور: 31).

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Kini jelaslah persepsi umum yang ada sekarang mungkin perlu di ubah semula.Bagi saya tidak janggal kalau mahu di mulakan kembali.Ini kerana ‘budaya’ memakai sarung kaki adalah rutin bagi semua kita selama sekurang kurangnya 11 tahun,samada golongan lelaki mahupun wanita.Mungkin juga lebih….

Posting kali ini mungkin motifnya jelas.Menggalakkan golongan wanita untuk menutup aurat.

Jom tutup aurat!!

Sebagai rujukan:
Dari segi bahasa,aurat membawa maksud kekurangan, Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutupnya dan apa-apa yang haram untuk dilihatnya (anggota badan).

No comments: