"Ya Allah! Curahkanlah yang bermanafaat"
....Amin
Amma ba`du.Arakian.....
Seusai kuliah maghrib Muntakhab Ahadis di Surau Al Amin yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Hambali (insyaAllah dalam proses mengedit isi kuliah untuk dien3kan dalam blog) entah mengapa motor EX5 yang di tunggang oleh saya di lencongkan ke jalan `belakang` .Walaupun jalan itu agak gelap,saya amat suka menghirup udara segar jalan tersebut yang jauh dari kesibukan lalulintas.Namun ianya hanya sebentar,tidak sampai beberapa minit saya telahpun tiba di persimpangan besar Taman Matahari Height menuju ke Desa Ixora.
Dan entah mengapa juga,motorsikal saya di lencongkan sekali lagi ke deretan kedai di Taman Matahari dan bukannya terus menuju ke Desa Ixora.Hala tuju saya adalah 2 kedai `BUNDLE` yang berada di situ.Walaupun pada asalnya saya hanya ingin ke X BUNDLE ,tapi tarikan Y BUNDLE(YB) pada malam tadi lebih kuat menyebabkan kaki saya melangkah masuk ke dalam pintu kedai tersebut.
contoh kedai bundle yang menjual pakaian kanak kanak di Jepun
Memang agak lama saya tidak melangkah masuk ke kedai YB.Kerana melihat susun atur dalaman kedai berkenaan agak berlainan pada malam tadi membuatkan hati saya tertarik untuk melihat dengan lebih dekat apa sebenarnya kelainan berkenaan.
Sebelum itu,
.....setiap orang mempunyai kegemarannya masing masing
Entah mengapa,saya amat gemar dengan barangan terpakai.Semua sedia maklum,kedai baju bundle adalah salah satu dari kedai barangan terpakai selain kedai `used car`,kedai menjual alatan eletrik,perabut dan bermacam lagi.Pendek kata,selagi barangan itu mempunyai nilai jualan walaupun sudah di guna pakai,sudah tentunya akan wujud kedai yang menjualnya semula sebagai barangan terpakai.Jangan tak percaya,atap genting pun masih ada harga tau,jangan di buang kalau sudah tidak mahu di guna.
........yang menjadi idaman sesetengah jejaka `buttonfly` levis 501
Semasa di Jepun dahulu pun saya amat gemar ke kedai barangan terpakai.Kebanyakkan koleksi seluar jeans saya,di beli dari kedai kedai tersebut.Bayangkan,manalah taraf seorang pelajar membeli sepasang jeans Levis 501 original yang harganya kalau di Jepun mencecah hingga kira kira 15,000 yen (lebih kurang RM500) minimum dan sudah tentulah ada yang lebih mahal lagi.Kerana terlalu mengidam untuk merasai nikmat menyarung sehelai Levis 501 original,jadi saya membuat `operasi` dengan mencari di merata kedai di sana.Akhirnya dalam mencari cari itu,saya berjumpa dengan sebuah kedai menjual pakaian yang agak berjenama berdekatan dengan tempat saya tinggal.Namun apa yang menarik,di sebahagian rak rak yang tersusun rapi di dalam kedai,ada di letakkan khas beberapa ruangan untuk pakaian terpakai dan salah satunya adalah rak seluar jeans Levis 501.Dan yang lebih menarik lagi,harganya hanya sekitar 4000~10,000 yen (sekitar RM120~RM 300) mengikut kualiti.Apa lagi,dalam pada semangat yang teruja dan sibuk memilih,sempat juga saya menyambar 2 pasang Levis 501 yang telah lama di impikan dan dompet saya hanya luak 7000 yen sahajan ketika itu.
Iklan sedikit...
antara kedai yang di usahakan oleh golongan masyarakat
orang asli di Rengit atau lebih di kenali dengan 'Kedai Kuala'
Kembali ke kedai YB.
Memang benar,mata kita memang tidak pernah menipu.Hanya mulut sahaja yang bersifat begitu.ehehhehe...Kesian si mulut.Kerana mulut badan binasa.Kerana mata dompet ’binasa’.Boleh ke macam tu?
Banyak benar perubahan dalam kedai YB yang dapat saya perhatikan malam tadi.Pakaian kanak kanak yang menjadi barangan utama kedai berkenaan semakin banyak dan di gantung rapi.Ada tambahan ruangan di mana ada sebuah bilik kaca yang mengasingkan dari ruangan utama.Di dalamnya masih lagi pakaian kanak kanak dan ada di tambah sedikit jaket dan baju lengan panjang.
Setelah 2,3 round mencuci mata,ada seorang pekerja menegur saya.
.........hanya ilustrasi penulis
Saya : Tengok2 je (ayat skema gak)
Saya : Baju2 ni harga dia macamana? (walo ada tag harga..tanya sbb nak ‘memancing’harga)
Pekerja : Yang bahagian sini (ruang utama) semua pakaian bawah RM 10.
Saya : Memang dah tetap ke harga?
Pekerja : Mengangguk kepala.
Saya : Kalau tulis RM 8.90 memang tak boleh kurang lagi?
Pekerja : Mengangguk kepala lagi.
Saya : ………… (kecewa sedikit sebab takde chance untuk tawar menawar)
Pekerja : Tapi bang,kalau beli lebih RM50,dapat membership dan kalau datang next,boleh beli barang gred A kat bilik cermin tu less 30%.
Saya : Oooo...yang dalam bilik cermin tu barang gred A (dalam hati saya).
Saya pusing 1 round lagi,dan terus keluar kerana tiada lagi apa yang menarik kerana harganya tidak memenuhi citarasa saya.
Dalam hati saya,dari luar memang ada gaya tarikan,susun atur juga menarik perhatian,kualiti barangan juga tak kalah dan banyak pilihan namun harganya sahaja sudah cukup untuk membunuh selera membeli saya dan mungkin juga selera orang kebanyakkan yang lain.
Serba sedikit aspek yang saya pertimbangkan untuk membeli di kedai bundle adalah :
1.Murah
2.Ada kualiti
3.Ada jenama
4.Murah.
Mengapa sampai 2 kali murah saya senaraikan??
Murah pertama itu harga yang di tawarkan oleh pemilik kedai dari asal memang murah,dan murah yang kedua itu adalah harga barangan yang menjadi lebih murah selepas saya tawar lagi harganya.eheheh...
Percaya atau tidak saya pernah membeli baju bundle kanak kanak sehelai berharga RM1 dan kualitinya amat puashati dan saya bagi 4 bintang.Dan hasilnya saya memborong hampir 20 helai pasang baju pada malam tersebut di sebuah kedai bundle di dataran senawang ketika bulan Ramadhan yang lepas.Baru RM20.Walaupun di dalam kedai yang sama,ada barangan bundle yang lain untuk di jual dengan harga yang agak berbeza,namun dengan meletakkan rak untuk RM1 sehelai itu sahaja sudah menjadi daya penarik untuk pelanggan singgah sebentar mencuci mata di kedainya.Jadilah,janji ada yang singgah untung untung ada yang berkenan.Masuk juga duit dalam poket.Betul tak?
Jadi apa implikasinya?
Sesungguhnya dalam minda pencinta bundle yang sejati,barangan bundle itu biasanya adalah barangan terpakai dengan harga jualan semula yang biasanya berlipat ganda jauh lebih murah dari barangan baru.Jika menjual barangan bundle dan kesemua barangan itu pula di jual dengan harga yang tidak jauh dari barangan baru,walaupun ianya berjenama lambat laun sudah pasti pencinta bundle akan beralih arah atas alasan,’kalau harga macam tu,baik aku beli baru.tambah sikit je duit’
Tamat di situ??
Tidak,sesungguhnya hidup ini berkait antara satu sama lain antara sedar atau tidak.
Antara langkah awal dakwah Nabi SAW di Madinah
adalah membina masjid.Dan dari situlah jentera dakwah
di susun dan di gilap agar sentiasa aktif membuat usaha.
Dan.....
Yang pasti,sabit dengan hadith Nabi SAW,walaupun iman di dalam seseorang Muslim itu hanya sebesar zarah,hakikatnya dengan Rahmat Allah,iman itu jugalah yang membolehkan tuan punya badan masuk ke dalam Syurga Allah SWT.
Sebab itulah.....
Kita jangan memandang serong kepada si pelaku maksiat.Mungkin ada di antara mereka benar benar jahil tentang hukum hakam.Pandanglah golongan ini dengan penuh kasihan,kerana dengan asbab itu mereka mahu dekat ke arah agama.Makin kita sisihkan mereka,makin jauhlah mereka dari batas batas agama.
Dan....
Kalau ada tanda tanda mereka mahu mendekati agama,sambutlah mereka dengan sebaik mungkin dengan muka yang manis walaupun kita bukanlah pakar dalam bidang hal ehwal agama.Dan wajib di ingat,kerja agama ini adalah kerja warisan dari Nabi yang amat mulia.Ia bukan untuk di bangga bangga jauh sekali untuk di jual mahal.
Kesimpulannya.....
1.Barang bundle janganlah semuanya di jual dengan harga yang mahal hanya kerana mementingkan keuntungan dan untuk mendapatkan pulangan modal yang berlipat kali ganda tanpa mengekalkan identiti asal istilah BUNDLE.Takut takut nanti ’mati’ industri bundle yang majoritinya saya lihat di usahakan oleh Melayu Islam.
2.Islam adalah 1 deen dan cara hidup yang lengkap dan melengkapi.Jangan serongkan pandangan orang terhadap agama tercinta ini hanya kerana kita hanya mementingkan keuntungan dunia ataupun keuntungan peribadi.
Moga untung dunia,untung akhirat dan moga berjumpa di Syurga Firdaus.
Amin.
SGT setuju dengan entry nie..
ReplyDeleteberniaga pun ada cara yang betul..
bukan untuk keuntungan peribadi semata2 kan.~~
salam kenal dr CT =D
Cik Tomyam :
ReplyDeleteada seorg makcik di pasar malam bangi (setiap hari sabtu) yang meniaga rojak buah.pada pandangan saya beliau meniaga bukan keuntungan yang di kejar semata,tapi lebih kepada kepuasan melayan pelanggan.manakan tidak,kadangkala sebelum menjelang maghrib beliau telah mula mengemas segala perkakas jualannya kerana barang jualan sudah habis diniagakan.kalau ditempat lain,peniaga semakin berasak utk mengeluarkan hasil jualan,kerana waktu itu adalah waktu puncak.sifat dan sikap yang boleh kita renung renungkan...